Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, June 16, 2011

MPL Anjur Kempen Bandar Selamat

LANGKAWI, 13 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) akan menganjurkan Kempen Bandar Selamat bagi menjadikan Langkawi destinasi pelancongan yang selamat.

Yang Dipertua MPL Abdul Rahman Salleh berkata kempen dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi itu akan diadakan tidak lama lagi tetapi tarikhnya belum ditetapkan.

"Kita berharap semua pihak termasuk penduduk dan pelancong akan menyertai kempen untuk menjadikan Langkawi bandar selamat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata untuk tujuan sama, MPL memasang 16 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang dibiayai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Program Bandar Selamat.

Pasir Tengkorak, Pekan Padang Matsirat, Pantai Cenang, Taman CHOGM, Pantai Kok, Jeti Kuah dan pejabat MPL merupakan antara lokasi yang dipasang CCTV.

Selain MPL, Polis Langkawi turut memasang CCTV yang dibiayai Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

-- BERNAMA

AL :
Yg terbaik & utk pulau tercinta.. Tapi jgn sampai disitu saja.. Pi la buat operasi tempat bermasalah.. 

No comments: