Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, August 25, 2010

Tiada cadangan bina jambatan dari Perlis ke Langkawi

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kerajaan tidak pernah menerima cadangan daripada mana-mana pihak termasuk dua syarikat di Perlis untuk projek membina jambatan sepanjang 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sehingga hari ini projek berkenaan tidak pernah dibincangkan.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memberitahu, pembinaan jambatan itu tiada dalam perancangan projek oleh agensi itu.

"Projek tersebut tidak pernah dibincangkan dan tiada dalam perancangan LADA," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bantahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Menurut Ahmad Husni, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan semua projek-projek
pembangunan yang melibatkan destinasi pelancongan negara terpelihara daripada kemusnahan alam sekitar.

"Setiap projek pembangunan yang dijalankan perlu mengambil kira kepentingan ekosistem, keunikan, keaslian dan juga penerimaan rakyat,'' ujarnya.

Utusan

Anaklangkawi :
Alhamdulillah. Akhirnya terjawab.

No comments: