Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, December 30, 2009

Bot ikan bilis jejas pendapatan nelayan

PULAU PINANG 29 Dis. - Sebanyak 300 nelayan pantai di Kuala Sanglang, Kedah terjejas pendapatan akibat kegiatan bot ikan bilis dan pukat boya yang semakin berleluasa.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, masalah yang berlaku sejak lima tahun itu menyebabkan sumber laut di situ berkurangan sehingga hasil tangkapan nelayan merosot daripada 60 kepada lima kilogram sehari.
Pada masa sama katanya, kegiatan bot pukat bilis yang berpangkalan di Bukit Malut, Pulau Langkawi juga dikesan tidak menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap ikan kembung untuk dijadikan baja.

''CAP difahamkan permintaan tinggi dari pembekal ikan negara jiran menyebabkan kegiatan ini berlaku dengan sebuah bot pukat ikan bilis mampu memerangkap kira-kira 20 tan metrik ikan kembung setiap kali beroperasi.

''Kegiatan ini dikesan berlaku sekitar satu batu hingga lima batu nautika dari pantai berhampiran Kuala Sanglang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata, penggunaan pukat boya oleh segelintir nelayan di Kuala Kedah dan Kuala Perlis juga menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk apabila kawasan tangkapan nelayan di sini sering diceroboh.

Jelasnya, keadaan bertambah buruk apabila operasi bot pukat boya bukan sahaja memerangkap ikan-ikan kecil tetapi juga membunuh burung camar yang terperangkap pada pukat tersebut.
''CAP amat kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Jabatan Perikanan walaupun laporan mengenai kegiatan tersebut telah dibuat beberapa kali oleh nelayan-nelayan terbabit.
''CAP juga percaya sekiranya perkara ini dibiar berlarutan bukan sahaja nelayan pantai di sini akan terjejas kehidupan mereka pada masa depan, malah hidupan laut mungkin mengalami kepupusan,"
tegasnya.

Justeru, S.M. Mohamed meminta Jabatan Perikanan Kedah membuat pemantauan lebih kerap di kawasan terbabit di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 selain mengharamkan penggunaan pukat boya.

Anaklangkawi :-
Betuikan bot ikan bilis Langkawi terlibat. ? Pihak berwajib tolong siasat.

MTPL tunggu 'lampu hijau' kerajaan

KUAH (SinarHarian) - Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL) merayu kepada Kementerian Pelancongan untuk menempatkan anggota bagi menyelaras aktiviti pembangunan di Langkawi. Pengurus Besarnya, Shaharudin Itam berkata, selepas MTPL dibubarkan, sektor pelancongan di Langkawi memerlukan satu unit penyelaras membabitkan aktiviti pelancongan yang beribu pejabat di Langkawi. Menurutnya, pada dasarnya kementerian telah bersetuju namun pelaksanaannya masih belum diketahui dan terdapat kemungkinan unit baru yang ditubuhkan itu akan beroperasi mengikut Kerajaan Negeri.

“Kami berharap pihak kementerian dapat melanjutkan kakitangan dan pegawai MTPL mulai 15 Januari ini sehingga 31 Disember 2010. “Kini terdapat 12 kakitangan dan pegawai MTPL yang menyelaras segala aktiviti pelancongan di pulau ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perpisahan bersama rakyat di Kampung Wang Tok Rendong, Kisap. Shaharudin berkata, sekiranya unit tersebut bernaung di bawah Kerajaan Negeri maka perlaksanaan tugasan dan bidang kuasa adalah terhad. Menurutnya, sejak kewujudan MTPL segala aktiviti pelancongan dilaraskan sepenuhnya terus melalui kementerian.

“Kami masih menanti lampu hijau dari pihak kerajaan bagi mengetahui hala tuju unit baru yang akan diwujudkan itu nanti,” katanya. Menyentuh keperluan pelancongan di Langkawi, beliau berkata Langkawi memerlukan pemantauan berterusan daripada kerajaan memandangkan status pulau ini bertaraf antarabangsa. “Aktiviti enap desa (homestay) perlu ditingkatkan sebagai pusat budaya produk pelancongan dengan melebarkan aktiviti seperti seni budaya, kerajinan tangan atau produk kraf dan masakan.

“Semua elemen ini mempunyai nilai pasaran tinggi dalam meningkatkan promosi Langkawi ke persada antarabangsa,” katanya. Beliau berkata penglibatan masyarakat tempatan adalah penting dalam menjalankan kerjasama antara kerajaan untuk memajukan industri pelancongan di pulau ini.

Langkawi sebagai tempat pendaratan Tuna ~ Soalan MP Langkawi


Dato' Paduka Abu Bakar Taib minta Menteri Pertanian & Industri Asas Tani menyatakan :-

Soalan MP Langkawi :-

(a) Prestasi pendaratan ikan tuna di seluruh negara mengikut kawasan & adakah Malaysia mencapai kuotanya; dan

(b) Adakah Kerajaan bercadang utk membuka laluan kepada Langkawi sekiranya ada pelabur yg berminat utk mendaratkan ikan tuna.

Jawapan :-

Di Malaysia, terdapat dua kawasan pendaratan tuna iaitu Malaysia International Tuna Port (MITP) di Pulau Pinang & Semporna, Sabah. Pendaratan tuna bagi tahun 2008 di MITP adalah sebanyak 3,437 tan metrik & telah meningkat sebanyak 68% jika dibandingkan dgn tahun 2007 iaitu sbyk 1,616 t.m. Manakala pendaratan tuna di Semporna Sabah pula, didapati trend pendaratan tuna menurun sbyk 407 t.m pd tahun 2007 menjadi 328 t.m. pd tahun 2008. Walau bagaimanapun, Indian Ocean Tuna Commision (IOTC) tidak mengenakan kuota pendaratan kepada Malaysia.

Buat masa sekarang, Kerajaan belum ada rancangan utk membina @ menyediakan kemudahan pendaratan ikan tuna di Langkawi. Pembinaan Pelabuhan Perikanan Antarabangsa MITP di Batu Maung, Pulau Pinang dijangka dapat menampung & memberi perkhitmatan pendaratan serta pengendalian ikan tuna tempatan & antarabangsa kpd 4 negeri di Utara Semenanjung Malaysia termasuk Langkawi Kedah.

Anaklangkawi :-

Jika dilihat drpd soalan & jawapan satu yg pasti Kerajaan tidak bercadang utk membina kemudahan pendaratan ikan tuna di Langkawi. Persoalan skrg adalah kenapa tidak langkawi tidak dimajukan sebagai pusat pendaratan ikan tuna sedangkan IOTC tidak mengenakan kuota pendaratan kepada Malaysia?

Jika dilihat dr segi geografi Langkawi jika dimajukan sebagai pusat pendaratan Tuna ia merupakan keputusan yg strategik memandangkan kedudukan Langkawi yg dekat dgn Lautan Hindi (kawasan tangkapan tuna). Manakala Pulau Pinang adalah sedikit jauh daripada Langkawi. Menjadikan Langkawi akan mengurangkan kos operasi kapal2 & status Langkawi sebagai bebas cukai akan menjadikan ia lebih menarik utk pendarat Tuna.

Sekaligus ini bakal mengurangkan kos ikan Tuna tempatan & menjadikan Malaysia sebagai pusat pendaratan yg berdaya saing dgn jiran2 terdekat.

Jadi, bukankah membuka peluang ekonomi adalah salah satu kewajipan kerajaan. Langkawi telah mempunyai kawasan pelabuhan yg besar utk aktiviti pendaratan jika hendak dilaksanakan. Tiada alasan utk Kerajaan tidak mahu memperkenalkan Langkawi sbg pusat pendaratan alternatif.

p/s: Satu lagi amat sedih melihat bilamana Malaysia gagal memainkan peranan yg aktif dalam IOTC malah tidak menyediakan report pada tahun 2009 (page 58).

Monday, December 28, 2009

Pelancong gesa tingkat perkhidmatan

Pulau peranginan Langkawi menerima kehadiran lebih dua juta pelancong setahun terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan umum. Kepadatan mitos dan lagenda terhadap pulau bebas cukai ini menjadikan ianya tumpuan ramai terutama tarikan pantai dan beberapa destinasi menarik seperti kereta kabel di Gunung Matcinchang, Underwater World Langkawi, Kota Mahsuri dan lain-lain.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa rungutan disuarakan oleh pelancong domestik terhadap gambaran sebenar pulau ini. Rungutan terhadap ketepatan waktu perjalanan feri, kebersihan, lokasi pelancongan, kemudahan asas dan makanan menjadi perhatian utama.

Feri lewat

Waktu puncak seperti sekarang ini mengakibatkan kesesakan pelancong berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan feri sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk ke Langkawi melalui Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang. Malah, ketika ini jugalah pelancong domestik dan antarabangsa memberikan nilai standard terhadap keupayaan pulau ini dan masyarakatnya pada semua jenis kemudahan yang disediakan. Bagi Muzamir Musa, 24, berkata, perkhidmatan feri selalu tidak mengikut masa, kadang kala lewat dan sebaliknya.

“Saya membawa kawan dari Kuala Lumpur untuk bercuti di sini, kami menggunakan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah, ada ketikanya jadual perkhidmatan feri tertunda sehingga 1 jam 55 minit seperti yang berlaku beberapa minggu lalu. “Perkara ini sedikit sebanyak memalukan kami penduduk Langkawi, ini membuatkan pelancong serik untuk datang ke sini dan menggunakan perkhidmatan feri,” katanya.

Muzamir berkata, perkara itusering berlaku dan diajukan kepada pihak pengusaha feri namun mereka sendiri tidak memberikan jawapan sewajarnya. Menurutnya, ia berlaku hanya ketika musim cuti sekolah sahaja, namun pada waktu lain turut terjadi perkara yang sama namun tidak begitu ketara.

Tandas kotor

Selain masalah pengangkutan, masalah tandas kotor juga diajukan kepada wakil Sinar Harian ketika membuat tinjauan. Rata-rata pelancong merungut terhadap tahap kebersihan tandas di beberapa tempat pelancongan di pulau ini. Tandas adalah satu-satunya pengukur terhadap tahap kebersihan keseluruhan sesebuah tempat pelancongan, malah orang ramai biasanya akan ‘singgah’ di situ.

Seorang pelancong, Zobaidah Dehudi, 56, berkata, tandas di destinasi kereta kabel di Oriental Village terlalu kotor dan sentiasa lembab. Menurutnya, bayaran yang dikenakan adalah 30 sen namun keadaannya kotor dan bau yang kurang menyenangkan. “Saya memasuki tandas di situ bersama seorang pelancong antarabangsa, namun melihat keadaan yang kotor pelancong tersebut merungut dan keadaan ini memalukan kami sebagai rakyat Malaysia. “Pihak bertanggungjawab sepatutnya membuat pemantauan setiap hari terhadap perkara ini kerana kereta kabel adalah destinasi utama pulau ini,” katanya. Zobaidah berkata dia menghabiskan tiga hari dua malam bersama lima anggota keluarga sempena cuti sekolah dan Krismas. Menurutnya, keindahan Langkawi masih menyengat sebagai destinasi percutian unggul terutama dengan pantai yang masih cantik dan bersih.

“Di Underwater World juga turut menggamit perhatian kerana kini terdapat lebih banyak spesies ikan dan semakin menarik,” katanya.

Makanan mahal

Ketika musim cuti ini, pengusaha restoran mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan rungutan ini juga turut dilontarkan kepada wakil Sinar Harian. Seorang pelancong, Mohd Anwar Ahmad, 55, dari Kuala Lumpur menyifatkan kos makanan paling mahal adalah di pulau ini berbanding di tempat lain. “Kami sekeluarga kerap melancong tetapi harga makanan paling mahal adalah di Langkawi dan harga tersebut tidak tetap dari satu restoran dengan yang lain.

“Nasi campur paling murah untuk seorang makan termasuk minuman adalah RM7 seorang, tetapi kualitinya tidak bersesuaian dengan kuantiti duit yang dibayar,” katanya. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa restoran menyokong dakwaan itu apabila harga seketul ayam goreng berharga RM3 ke RM3.30 berbanding RM2.30 di Kuala Lumpur. Manakala sepinggan nasi putih adalah RM1.30 berbanding RM1 di beberapa tempat lain, harga itu jauh berbeza ketika bukan musim puncak.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam perkara ini? Jika perkara ini masih berterusan, maka ia akan menjejaskan industri pelancongan dan yang paling membimbangkan Langkawi mungkin akan kehilangan pelancong-pelancongnya yang dari dulu sentiasa menjadi sumber penggerak ekonomi.

Sinar Harian

Friday, December 25, 2009

Syarikat sewakan van bermasalah jejas keseronokan cuti di Langkawi ~ Komen Pelancong

SEPANJANG Disember, Langkawi menjadi tumpuan rakyat untuk melancong dan membeli-belah. Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat sewa kereta yang beroperasi tanpa premis di jeti Kuah ketika bercuti di pulau itu, baru-baru ini. Sebaik melangkah keluar dari balai ketibaan di jeti Kuah, kami didekati individu menawarkan kenderaan sewa yang tidak asyik memujuk dan mengekori kami. Disebabkan rimas kerenahnya dan masih kebingungan dengan suasana di jeti, kami sekeluarga bersetuju menyewa van ditawarkan.

Tanpa teragak-agak, saya membayar deposit dan sewa van untuk sehari RM150 sekali gus kepada individu itu yang kemudian memberikan resit. Kami diberi van agak usang, namun itu tiada masalah kerana yang penting boleh dinaiki untuk menikmati keindahan Langkawi. Malangnya van itu rosak di satu tempat dan apa yang lebih mengecewakan hampir dua jam kami menunggu bantuan daripada syarikat itu untuk menggantikannya dengan van lain.

Bayangkan, bayi lapan bulan dan anak berumur setahun menangis di tepi jalan akibat lama menunggu, namun yang dihantarnya ialah kereta, bukan van. Keesokannya, kami dijanjikan van dihantar ke hotel penginapan, malangnya hampir sejam menunggu tiada khabar berita. Saya bergegas ke tempat penyewaan untuk menuntut hak sebagai penyewa dan selepas puas menunggu baru kami diberikan van. Saya mengharapkan pihak berkuasa memantau syarikat sewa kenderaan supaya kebajikan dan keselamatan pengunjung terjamin.

Mereka yang menjalankan perniagaan ini juga patut mengutamakan kebajikan penyewa.
Kami membelanjakan banyak wang bagi menikmati percutian yang indah, bukan untuk menghadapi tekanan di pulau itu. Kepada bakal pengunjung ke Pulau Langkawi, pastikan anda mencari syarikat sewa kenderaan yang baik dan melakukan urus niaga selepas melihat van yang dijanjikan.

PENGUNJUNG MALANG, Tanah Merah, BH

Anaklangkawi :- Adalah amat malang surat2 begini masih diterima oleh akhbar. Nampaknya ada pihak yg tidak serik2 di langkawi. Surat2 inilah yg bakal menjejaskan sektor pelancongan langkawi. Cuba lah kita layan pelancong sebaik mungkin.

Mungkin disebabkan inilah JPJ & pihak berwajib perlu lakukan pemantauan yg rapi terutama di jeti utk menangkap ulat-ulat yg tiada permit.

Kepada bakal pelancong. Hanya buat urusan di kaunter.. Jgn layan mereka2 yg berada di tepi2 jalan.

Pusat Info Taman Agro Teknologi Mardi Mula Beroperasi Jan Depan

LANGKAWI, 24 Dis (Bernama) -- Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi yang menjadi satu daripada produk pelancongan di sini akan mempunyai pusat info pelancongan yang akan mula beroperasi Jan tahun depan untuk memberi kemudahan kepada pengunjungnya. Pengurus stesen Mardi Langkawi, Hassim Mat berkata, Mardi memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membina pusat itu yang turut dilengkapi kemudahan ruang menunggu, kaunter jualan tiket serta pusat jualan buah-buahan dan makanan ringan.

"Orang ramai dan pelancong akan lebih selesa dengan kemudahan di pusat itu berbanding sebelum ini," katanya di sini hari ini.Taman berkenaan mempunyai keluasan lebih 25 hektar mula dibangunkan sebagai stesen penyelidikan pada Ogos 1990 dan dilancarkan sebagai Taman Agro Teknologi pada Julai 2005. Pelancong yang berkunjung ke taman itu berpeluang melawat dengan kenderaan khas disediakan dan memetik sendiri buah-buahan sambil menikmatinya.Hassim berkata, jumlah kedatangan pelancong ke taman itu juga menunjukkan peningkatan dan sehingga sepuluh bulan pertama tahun ini sahaja seramai 32,000 orang telah mengunjungi taman itu berbanding tahun lepas dengan 25,000 orang, 18,820 orang (2007) dan 9,206 orang (2006).-- BERNAMA

SMK Mahsuri catat keputusan cemerlang

KUAH - Tiga sekolah di Langkawi mencatat keputusan cemerlang :Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila SMK Mahsuri muncul sebagai pelajar teramai mendapat A bagi keseluruhan mata pelajaran. Kejayaan ini menewaskan dua sekolah lain iaitu SMK Tunku Putra dengan enam pelajar dan SMK Kelibang dengan tiga pelajar mendapat A bagi semua mata pelajaran. Manakala Maktab Sains Mara (MRSM) Langkawi, memperoleh 95 pelajar lulus cemerlang dari 147 calon. Pengetua SMK Mahsuri, Sabri Abdul Rahim berkata, seramai 383 calon menduduki peperiksaan dengan 261 pelajar atau 68.15 peratus lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14 pelajar pada tahun lalu.

Menurutnya, pencapaian ini adalah yang terbaik dalam tempoh kira-kira lima tahun terutama dalam mata pelajaran Matematik yang mempunyai peningkatan dari 80.4 peratus kepada 89.9 peratus dan kelemahan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Cina akan di analisa kelak. Nor Syamimi Azhari dan sepupunya Nazatul Najwa Nasran berkongsi kejayaan apabila masing-masing berjaya memperoleh 8A. Menurut Nor Syamimi, sepupunya adalah teman akrab ketika mengulang kaji pelajaran dan sentiasa berkongsi nota.

“Kami wujudkan persaingan sesama sendiri, setiap hari selama tiga jam kami akan menelaah pelajaran bersama-sama.

“Selepas ini kami akan memohon untuk memasuki MRSM bagi mencapai kejayaan dalam SPM, ini adalah hadiah buat keluarga kami,” katanya ketika ditemui di SMK Mahsuri. Nor Syamimi yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang sentiasa dipantau oleh ayahnya Azhari Hasim dan ibunya Norazizah Abdul Hamid.

Azhari berkata, dia turut belajar dan berbincang bersama-sama atas tanda sokongan seorang ayah kepada anaknya. “Kami memberi kebebasan terhadapnya untuk mengulang kaji pelajaran, kini kami akan berusaha bagi mendapatkannya tempat di MRSM untuk lanjutan ke tingkatan empat,” katanya.
Sinar Harian

Anaklangkawi :- Tahniah kepada yg berjaya dalam PMR baru2 ini.. Sambunglah belajar ke peringkat yg lebih tinggi. Ramaikan anak-anak langkawi yg berjaya di persada negara.. Kepada parti politik & NGO.. Bantulah mana2 yg patut.

Lebih 500 Atlet Sah Sertai Ironman Antarabangsa Langkawi 2010

LANGKAWI, 21 Dis (Bernama) -- Seramai 580 peserta dari 36 buah negara sudah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini pada Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia yang akan berlangsung pada 27 Feb ini. Pengarah kejohanan itu, A.Chandrakumanan berkata, antara peserta-peserta yang sudah pun mengesahkan penyertaan mereka ialah Amerika Syarikat, Itali, Argentina, Belgium, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada dan negara-negara Asean.

"Bagi kejohanan kesebelas ini, kita mensasar 700 peserta mengambil bahagian dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Februari tahun depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin. Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer, menjadi antara pusingan kelayakan ke kejohanan dunia 2010 di Kona, Hawaii.

Anaklangkawi :- Langkawi adalah tempat terbaik utk segala macam event. Maka dicadangkan Kerajaan Negeri mahupun Pusat buatlah sbyk mungkin acara disini..
Yg untung org langkawi jugak..

Dr Mahathir Gembira Kehidupan Penduduk Langkawi Berubah


LANGKAWI, 20 Dis (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan gembira kerana kehidupan penduduk Langkawi telah bertambah baik hasil pembangunan pesat di pulau legenda itu. Katanya beliau mendapati banyak rumah yang daif serta serba kekurangan kini berubah kepada rumah-rumah batu dalam tempoh beberapa tahun pembangunan ini sebahagian besarnya kerana Langkawi mempunyai kilang pengeluar simen di Teluk Ewa, Ayer Hangat.

Ini merupakan sebahagian daripada pembangunan pesat yang dialami di Langkawi dan turut dirasai penduduk Langkawi, katanya pada majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Langkawi di sini malam Sabtu. Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir turut menerima cek sumbangan daripada pelbagai pihak berjumlah RM65,000 untuk disumbang kepada tabung Pemadam Langkawi.Beliau berkata, dengan kehadiran pelancong ke Langkawi sebanyak dua juta orang setahun dan jika seorang membelanjakan RM500, hasil pendapatan yang boleh mencecah sehingga RM1 bilion itu akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terbabit dalam industri pelancongan.

Dr Mahathir berkata masih ada ruang untuk membangunkan Langkawi dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan termasuk cadangan pertukaran barangan di pelabuhan Teluk Ewa, Ayer Hangat. Terdahulu, beliau menyarankan ibu bapa dan guru-guru agama memberi kesedaran kepada anak-anak dan pelajar mengenai bahaya najis dadah.Katanya ini penting bagi menanam rasa benci terhadap najis dadah yang menjadi musuh utama negara.

Anaklangkawi :- Org Langkawi masih ingat jasa Tun. Tapi anak-anak langkawi perlu ambil peluang yg terbuka luas utk memajukan diri sendiri.

Lisram hanya gah pada nama

KUALA LUMPURLapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) hanya gah pada nama, tetapi pada hakikatnya ia tidak praktikal untuk dijadikan gelanggang kejohanan.
Selain memerlukan kos yang tinggi untuk menganjurkan sebarang kejohanan di sana, Lisram juga tidak memiliki kepakaran, manakala hampir separuh peralatannya telah rosak.
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Lisram, yang turut disenarai sebagai antara projek gajah putih pada Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 kelmarin adalah sama ada dengan menyerahkannya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau diswastakan.

Malah, lapang sasar tersebut juga memerlukan banyak kerja-kerja baik pulih, yang mungkin menelan kos jutaan ringgit sekiranya mahu dijadikan tuan rumah kejohanan antarabangsa. Ketika ini, Lisram dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), mengadakan kejohanan di Lapang Sasar Subang adalah lebih praktikal dari segi kos serta penyelenggaraan berbanding di Lisram.

“Sejak Lisram dibina, hanya ada tiga kejohanan besar pernah diadakan di situ, Kejohanan Menembak Komanwel (1997), Sukan Komanwel (1998) dan Kejohanan Asia (2000).

“Dengan kos pembinaan mencecah RM83 juta dan menggunakan sistem elektronik yang canggih, ia sepatutnya boleh dijadikan gelanggang untuk Kejohanan Dunia atau Piala Dunia, namun semua itu tidak dapat diadakan kerana ia tidak diselenggara dengan baik.

“Bagi NSAM pula, untuk mengadakan kejohanan tempatan di Lisram amat mustahil kerana ia menelan kos yang terlalu tinggi terutama untuk mengangkut senjata api, yang memerlukan pengangkutan udara kerana feri tidak mahu mengangkut senjata.

“Memandangkan kos untuk menyertai pertandingan dibiayai sendiri oleh persatuan negeri, mereka tidak mahu mengambil bahagian kalau kejohanan diadakan di Langkawi kerana tidak mampu menanggung kos yang tinggi,’’ ujar Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar Jasni Shaari.
Kata Jasni lagi, moral yang dapat dipelajari daripada apa yang berlaku bukan saja kepada Lisram, malah kepada stadium-stadium lain yang terbiar, pihak kerajaan sepatutnya mendapatkan pandangan daripada persatuan sukan yang lebih arif sebelum membina sesuatu projek.

Ujarnya, pemilihan Langkawi sendiri untuk membina Lapang Sasar Menembak Antarabangsa adalah satu kesilapan besar, kerana lokasinya yang menyukarkan sebarang kejohanan diadakan di sana.

“Kalau lapang sasar sehebat Lisram dibina di Kuala Lumpur, saya fikir ia akan digunakan secara maksimum dan banyak kejohanan boleh diadakan.
“Sekarang apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan keadaan, kita kena tubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada pengurus dan pakar untuk mengendalikan lapang sasar dengan baik dan kemudian, kita fikirkan rancangan yang boleh dibuat di sana,’’ katanya lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara pada Konvensyen Sukan Kebangsaan kelmarin.

Anaklangkawi :-
Betui apa yg dikatakan.. LISRAM tidak dipromosikan sebaik mungkin utk digunakan sepenuhnya.. Maka buatlah promosi baik2.. Kes org tembak binatang kat Pulau dah tutup belum?

Wednesday, December 16, 2009

Gembira dapat bantuan persekolahan

KUAH - Keceriaan anak yatim dan keluarga daif memilih pakaian dan peralatan sekolah bagi musim baru persekolahan 2010 terpancar pada setiap wajah mereka. Seramai 200 kanak-kanak bersama waris masing-masing sibuk memilih baju, kain tudung dan kasut serta beg di salah sebuah pusat beli belah di Kuah. Program ‘Jom Pi Sekolah’ anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Langkawi itu melibatkan 30 cawangan Puteri dengan masing-masing menerima RM70 seorang.

Ketua Puteri UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman, berkata, program ini adalah agenda tahunan yang dilakukan sejak tiga tahun lalu. “Kami memperuntukkan RM15,000 untuk program ini bagi meringankan beban ibu atau bapa tunggal serta keluarga daif di sekitar Langkawi. “Ini menunjukkan kami amat menitik beratkan soal pendidikan walaupun mereka tidak berkemampuan kerana kemiskinan bukan lagi alasan untuk mereka tidak menghantar anak ke sekolah,” katanya ketika ditemui di Kuah. Hisyam berkata, baucar RM70 yang diberikan membolehkan mereka memilih sama ada sepersalinan pakaian sekolah, beg atau peralatan pembelajaran. Menurutnya, antara cawangan yang terlibat adalah Selat Lubuk Chempedak, Chandek Kura, Kampung Belak, Bukit Tangga dan dua sekolah angkat Puteri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temoyong dan SK Sungai Menghulu.

“Program komuniti ini turut dilakukan setiap kali musim perayaan seperti Aidilfitri dan jumlah peruntukan juga meningkat setiap tahun,” katanya. Bagi adik Muhammad Zul Helmi Awang kadir, 10, ini adalah pengalaman pertama membeli belah bersama rakan yang senasib dengannya. Menurutnya, dia bergelar anak yatim sejak Ogos lalu selepas kematian ayahnya, namun itu bukan penghalang untuknya meneruskan persekolahan. Murid SK Temoyong yang bercita-cita bergelar juruterbang itu kini tinggal bersama ibunya di Kampung Temoyong.

“Dahulu saya akan bersama ayah untuk membeli kelengkapan sekolah, kini semuanya ditaja orang, bila terkenangkan ayah saya berasa sedih. “Tetapi ayah sentiasa berpesan supaya menjaga adik dan ibu malah sentiasa mementingkan pelajaran kerana itu adalah kunci kejayaan,” katanya yang sedang mencuba kasut. Berbeza bagi Hatun Ismail, 61, dari Kedawang, dia terpaksa menjaga tiga cucu selepas mereka bergelar anak yatim piatu. Menurutnya, bantuan yang diberikan ini sungguh bermakna malah meringankan beban buatnya yang tidak bekerja. “Alhamdulillah, tahun ini cucu saya dapat bantuan, duit yang ada dapatlah disimpan untuk kegunaan persekolahannya yang lain,” katanya. Cucunya, Mohd Mukimin Fadzin, 7, akan memulakan dan pengalaman baru persekolahan darjah satu di SK Temoyong.

“Saya tidak sabar untuk mengenakan pakaian dan beg baru ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita sebagai doktor,” katanya. Turut serta pada program itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Hamid dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Alhamdulillah. Di alu-alukn program seperti ini. Lagi byk lagi baguih.. Parti lain mcmana?

Saturday, December 12, 2009

Peluang Rebut Dua Kejuaraan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

LANGKAWI, 12 Dis (Bernama) -- Juara remaja kebangsaan, Syed Agil Syed Naguib dari Negeri Sembilan mempunyai peluang merebut dua kejuaraan apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir acara perseorangan dan bergu bawah 16 tahun pada Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi Geopark 2009 di Kompleks Sukan LADA Langkawi di sini Ahad.Syed Agil menundukkan rakan sepasukannya Kamal Hazim Hassan 6-3 dan 6-7 pada perlawanan separuh akhir hari Sabtu untuk acara perseorangan bertemu Krissna Kanthong dari Thailand yang mengalahkan Kevin Voon dari Singapura 6-0 dan 6-2.

Bagi acara bergu bawah 16 tahun, Syed Agil yang berpasangan denan Kamal Hazim akan berdepan dengan Krissna Kanthong/Faeez Said (Thailand/Sabah).Pemain Filipina, Hannah Grace Erpinasi yang mengalahkan Sabarina Tan dari Singapura 6-3 dan 6-1 untuk layak ke pertandingan akhir perseorangan wanita bawah 14 tahun untuk bertemu dengan Keriabbw Roos dari Afrika Selatan yang sebelum itu mengalahkan Yasmin Welter dari Singapura 4-6, 7-5 dan 10-5.Lebih 300 pemain dari 13 negara menyertai kejohanan lima hari itu anjuran Persatuan Lawn Tenis Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang merupakan sirkit terakhir dari empat kejohanan.-- BERNAMA

Friday, December 11, 2009

Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi Dinaik Taraf

LANGKAWI, 7 Dis (Bernama) -- Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi, merupakan antara produk pelancongan yang sedang dinaik taraf bagi projek pembangunan prasarana pelancongan di pulau peranginan itu. Pengurus Stesen Mardi Langkawi, Hassim Mat berkata, menara tinjau, dewan terbuka, pembangunan hutan tropika untuk tarikan eko-pelancongan, pondok rehat serta laluan siar kaki adalah antara projek yang sedang dilaksanakan di taman berkenaan.

"Taman itu mempunyai keluasan lebih 25 hektar mula dibangunkan sebagai stesen penyelidikan pada Ogos 1990 dan dikenali sebagai Taman Agro Teknologi pada Julai 2005," katanya di sini.Beliau berkata pelancong yang berkunjung ke taman itu berpeluang melawat serta memetik sendiri buah-buahan yang ditanam Mardi. Kedatangan pelancong ke taman itu meningkat kepada 32,000 orang dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 25,000 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

"Taman itu mempunyai visi untuk menjadi destinasi pelancongan teknologi pertanian yang tersohor dan bertaraf antarabangsa, selain itu menjadi pusat pembelajaran serta pemindahan teknologi pertanian, menggalakkan aktiviti agro pelancongan berasas teknologi."Pada masa ini, taman itu turut dibangunkan sebagai destinasi agro-pelancongan yang mempunyai lebih 20 jenis buah-buahan bermusim seperti rambutan, belimbing, jambu, nanas, durian, ciku, mangga, betik dan limau," katanya. -- BERNAMA

Quiet Affairs For Armed Forces During LIMA 2009

LANGKAWI, Dec 6 (Bernama) -- The just-concluded Langkawi International Maritime and Aerospace exhibition (Lima 2009) proved to be a quiet affair for the armed forces, especially for the navy and air force. Due to the crunching impact of the global financial crisis, the government had had to slash its defence spending, forcing it to defer several major arms procurements.

One of the major deals that was expected to be sealed during this year's edition of Lima, but failed to materialise, involved the government's contract for the purchase of the Eurocopter EC-725 Cougar Combat Search and Rescue (CSAR) helicopter.The goverment, according to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Finance Minister, needed to work out its financial capabilitity and affordability.

Wednesday, December 9, 2009

Status Feri Ambulan Langkawi ~ Soalan MP Parlimen

Soalan MP Langkawi :-

Dato' Paduka Abu Bakar Taib minta Menteri Kesihatan menyatakan :-

(a) Sejak dilancarkan, brp kali penggunaan 'Sea Ambulance' membawa pesakit dr Langkawi ke Tanah Besar; dan

(b) Berapa lamakah masa yg diambil bagi satu-satu perjalanan & mengapakah kebelakangan ini pesakit terpaksa dibawa dgn feri, sistem yg lama juga.

Jawapan :-

(a) Sejak dilancarkan pada 7 Mei 2009, 'Sea Ambulance' telah membuat 3 perjalanan membawa pesakit ke Tanah Besar.

(b) Tempoh masa yg di ambil utk ke Kuala Kedah adalah 1 1/2 jam, sementara utk ke Kuala Perlis tempoh masa adalah 1 jam.

Ambulan Laut ini yg dipunyai & diselenggarakn oleh Jabatan Laut Langkaw didapati tidak dapat memenuhi sepenuhnya keperluan Hospital Langkawi. Misalnya, selain berfungsi sebagai ambulan laut, ia juga digunakan oleh Jabatan Laut bagi tujuan lain utk perkhitmatan jabatan tersebut seperti membantu dalam 'disaster management' . Disampung itu, sejak 16 Mei 2009, AmbulanLaut, Jabatan Laut Langkawi tidak dapat digunakan kerana mengalami kerosakan & masih dalam proses baik pulih.

Dgn itu, pihak hospital masih menggunakan perkhitmatan feri yg beroperasi di Langkawi, sebagai perkhitmatan alternatif @ tambahan utk merujuk pesakit ke tanah besar.

Utk pengetahuan YB 'Sea Ambulance' tersebut telah diperbaiki & beroperasi semua pada awal Disember 2009. Kementerian berharap agar Sea Ambulance tersebut dapat diselenggara dgn bak oleh Jabatan Laut Langkawi bg memastikan perkhitmatan yg lebih baik dapat diberikan kepada org ramai.

Anaklangkawi :-

Inilah soalan & jawapan yg saya tunggu2 & juga org tanjung. Maka betullah khabar angin mengatakan Ambulance Langkawi antara projek gajah putih.. Yg peliknya 'Sea Ambulance' dilancarkan pada 7 Mei 2009. Tetapi setelah seminggu kapal tersebut rosak (16 Mei 2009)?? Wow?

Apa dah jadi.. takkan Jabatan Laut lenjan bot sampai seminggu terus rosak & 'unoperational' sehingga Disember 2009? Jadi maksudnya, sepanjang dr bulan Mei 2009 hingga Disember kapal tersebut dikira rosak. Hm.. persoalan sekarang knp kapal yg baru dibeli lepas seminggu rosak sehinggakan kepentingan awam terabai.

Cek minta SPRM turun siasat perkara ini. SPRM kena siasat berapa peruntukan $$ duit yg habis waktu beli feri? berapa duit habis sejak kapal tersebut beroperasi? & berapa pulak duit habis utk membaiki kapal tersebut?

p/s:- Sedih setiap ke Aloq Setaq kadang2 melihat pesakit menumpang di feri penumpang.

Thursday, December 3, 2009

RM3.4 Billion Worth Of Contracts Sealed At Second Day Of LIMA

LANGKAWI, Dec 2 (Bernama) -- The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 2009) saw RM3.4 billion worth of contracts sealed at the second day Wednesday.The deals were between the Malaysian government and private sector companies both foreign and local, as well as between local and foreign companies. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak witnessed the signing of all the deals.

The government, through the Defence Ministry (MINDEF) signed seven memoranda of agreements and a memorandum of understanding (MoU) with four local companies namely Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd, Ikramatic Synergy Sdn Bhd and Star Fest Sdn Bhd and three foreign companies.The foreign companies were MBDA France, DCNS France and SAAB Avitronics of South Africa."The contract with the local companies is worth RM949.6 million for training simulators, spares and missile systems upgrade while the foreign companies contracts were worth RM321.3 million," said the Defence Ministry in a statement issued here. Meanwhile, the MoU signed was for cooperation in the Malaysian Defence and Security Technology Park in Sungkai, Perak between MINDEF and Masterplan Consulting Sdn Bhd.

The contracts between local and international companies meanwhile involved two contracts, one memorandum of agreement and three MoU. The value of these contracts amounted to RM2.2 billion.One of the deals involved Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd securing contracts worth over RM1 billion from Spirit AeroSystems (Europe) Ltd, which among others was for the manufacture and supply of wing composites components for Airbus A350XWB.

-- BERNAMA

Race On To Offer Replacement As RMAF Phases Out MiG-29N

LANGKAWI, Dec 2 (Bernama) -- International arms manufacturers have joined the race to offer a replacement for the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Mikoyan MiG-29N fighter aircraft to be phased out next year.At the ongoing 2009 Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima 2009) exhibition here, several of these manufacturers openly stated their desire to supply Malaysia such an aircraft.One company which has swiftly made known its intention is BAE Systems, which touts its Eurofighter Typhoon as the perfect replacement.

"We certainly have an interest in the MiG-29N replacement programme. We would expect that the Malaysian air force would consider every aircraft available in the market," said its Regional Director-Business Development Dave Potter.Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had reportedly said that the ministry would phase out the air-to-air interdiction aircraft next year and replace it with a more capable multirole combat aircraft (MRCA).

"Funding for the purchase, which is expected to run into billions of ringgit, will come from the (next) 10th Malaysia Plan," said an industry source which declined to be identified.According to the source, the proposal to find a suitable replacement for the 18 MiG-29N aircraft was still at the initial stage and no final decision has been made by the government or the air force."We have to wait until the government issues a 'Request For Proposal' (RFP) before we can definitely know the specification and what type of aircraft they are interested in," the source said.The decision of the ministry on the successful bidder, said the source, could also hinge on the level of transfer-of-technology the company was willing to undertake with Malaysia. Nevertheless, as of now and based on what the defence minister has announced, it said, all MRCA-type of aircraft in the market is a contender, whether it is a single or twin engine plane.

The list, according to the source, is long but the most likely aircraft would be the Russian-made twin-engine Sukhoi SU-30 MKM and SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 or, perhaps, the F-15 Eagle.The Sukhoi SU-30 MKM, SU-35 and FA-18 E/F Super Hornet would be the main contenders to meet RMAF's quest to find the replacement."If the RMAF chooses commonality as the main factor behind its decision in finding the replacement for the MiGs, then the Sukhoi and the Hornet will come out tops," the source said.The RMAF has 18 Sukhoi SU-30 MKM and eight FA-18D Hornet in its inventory.

-- BERNAMA

AL :- Why not we plan to buy Helicopters like apache or russian made instate of Aircraft? After all, the helicopters is more less durable & excellent to land anywhere in Malaysia?

Keputusan strategik – Sultan Kedah

LANGKAWI 2 Dis. – Pembinaan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini merupakan keputusan strategik Kementerian Pertahanan bagi memantau kemasukan kapal-kapal di Selat Melaka.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, ia sekali gus menjaga keutuhan serta integriti perairan Semenanjung Malaysia.

“Beta percaya dengan adanya pangkalan itu, keselamatan perairan Langkawi khususnya akan terjamin. “Selain berperanan memantau selat tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka, pangkalan ini menyumbang kepada pembangunan kemajuan sosioekonomi serta kemakmuran negeri Kedah amnya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena istiadat penamaan kapal TLDM, KD Sri Langkawi kepada KD Sultan Badlishah dan pentauliahan pangkalan TLDM di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
Hadir sama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidon; Sultan Selangor yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharifuddin Idris Shah; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pangkalan itu juga akan berperanan untuk membersihkan kegiatan lanun dan penyeludupan di Langkawi serta membantu agensi-agensi kerajaan dalam keadaan kecemasan. Titah baginda, penamaan KD Sri Langkawi sebagai KD Sultan Badlishah merupakan penghormatan pucuk pimpinan TLDM.

“Ia juga mendapat pengiktirafan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan untuk menama dan mentauliahkan unit ini.

“Beta bersyukur dan berterima kasih kepada TLDM dan ATM kerana memilih nama ayahanda beta, Almarhum Sultan Badlishah Abdul Hamid Halim Shah kerana ia sesuai dengan jasa bakti baginda kepada negara yang menentang penjajah Inggeris dan semangat patriotik baginda,” titah baginda.

Utusan Malaysia