KUAH - Tiga sekolah di Langkawi mencatat keputusan cemerlang :Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila SMK Mahsuri muncul sebagai pelajar teramai mendapat A bagi keseluruhan mata pelajaran. Kejayaan ini menewaskan dua sekolah lain iaitu SMK Tunku Putra dengan enam pelajar dan SMK Kelibang dengan tiga pelajar mendapat A bagi semua mata pelajaran. Manakala Maktab Sains Mara (MRSM) Langkawi, memperoleh 95 pelajar lulus cemerlang dari 147 calon. Pengetua SMK Mahsuri, Sabri Abdul Rahim berkata, seramai 383 calon menduduki peperiksaan dengan 261 pelajar atau 68.15 peratus lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14 pelajar pada tahun lalu.
Menurutnya, pencapaian ini adalah yang terbaik dalam tempoh kira-kira lima tahun terutama dalam mata pelajaran Matematik yang mempunyai peningkatan dari 80.4 peratus kepada 89.9 peratus dan kelemahan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Cina akan di analisa kelak. Nor Syamimi Azhari dan sepupunya Nazatul Najwa Nasran berkongsi kejayaan apabila masing-masing berjaya memperoleh 8A. Menurut Nor Syamimi, sepupunya adalah teman akrab ketika mengulang kaji pelajaran dan sentiasa berkongsi nota.
“Kami wujudkan persaingan sesama sendiri, setiap hari selama tiga jam kami akan menelaah pelajaran bersama-sama.
“Selepas ini kami akan memohon untuk memasuki MRSM bagi mencapai kejayaan dalam SPM, ini adalah hadiah buat keluarga kami,” katanya ketika ditemui di SMK Mahsuri. Nor Syamimi yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang sentiasa dipantau oleh ayahnya Azhari Hasim dan ibunya Norazizah Abdul Hamid.
Azhari berkata, dia turut belajar dan berbincang bersama-sama atas tanda sokongan seorang ayah kepada anaknya. “Kami memberi kebebasan terhadapnya untuk mengulang kaji pelajaran, kini kami akan berusaha bagi mendapatkannya tempat di MRSM untuk lanjutan ke tingkatan empat,” katanya.
Sinar Harian
Anaklangkawi :- Tahniah kepada yg berjaya dalam PMR baru2 ini.. Sambunglah belajar ke peringkat yg lebih tinggi. Ramaikan anak-anak langkawi yg berjaya di persada negara.. Kepada parti politik & NGO.. Bantulah mana2 yg patut.
No comments:
Post a Comment