Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, December 30, 2009

Langkawi sebagai tempat pendaratan Tuna ~ Soalan MP Langkawi


Dato' Paduka Abu Bakar Taib minta Menteri Pertanian & Industri Asas Tani menyatakan :-

Soalan MP Langkawi :-

(a) Prestasi pendaratan ikan tuna di seluruh negara mengikut kawasan & adakah Malaysia mencapai kuotanya; dan

(b) Adakah Kerajaan bercadang utk membuka laluan kepada Langkawi sekiranya ada pelabur yg berminat utk mendaratkan ikan tuna.

Jawapan :-

Di Malaysia, terdapat dua kawasan pendaratan tuna iaitu Malaysia International Tuna Port (MITP) di Pulau Pinang & Semporna, Sabah. Pendaratan tuna bagi tahun 2008 di MITP adalah sebanyak 3,437 tan metrik & telah meningkat sebanyak 68% jika dibandingkan dgn tahun 2007 iaitu sbyk 1,616 t.m. Manakala pendaratan tuna di Semporna Sabah pula, didapati trend pendaratan tuna menurun sbyk 407 t.m pd tahun 2007 menjadi 328 t.m. pd tahun 2008. Walau bagaimanapun, Indian Ocean Tuna Commision (IOTC) tidak mengenakan kuota pendaratan kepada Malaysia.

Buat masa sekarang, Kerajaan belum ada rancangan utk membina @ menyediakan kemudahan pendaratan ikan tuna di Langkawi. Pembinaan Pelabuhan Perikanan Antarabangsa MITP di Batu Maung, Pulau Pinang dijangka dapat menampung & memberi perkhitmatan pendaratan serta pengendalian ikan tuna tempatan & antarabangsa kpd 4 negeri di Utara Semenanjung Malaysia termasuk Langkawi Kedah.

Anaklangkawi :-

Jika dilihat drpd soalan & jawapan satu yg pasti Kerajaan tidak bercadang utk membina kemudahan pendaratan ikan tuna di Langkawi. Persoalan skrg adalah kenapa tidak langkawi tidak dimajukan sebagai pusat pendaratan ikan tuna sedangkan IOTC tidak mengenakan kuota pendaratan kepada Malaysia?

Jika dilihat dr segi geografi Langkawi jika dimajukan sebagai pusat pendaratan Tuna ia merupakan keputusan yg strategik memandangkan kedudukan Langkawi yg dekat dgn Lautan Hindi (kawasan tangkapan tuna). Manakala Pulau Pinang adalah sedikit jauh daripada Langkawi. Menjadikan Langkawi akan mengurangkan kos operasi kapal2 & status Langkawi sebagai bebas cukai akan menjadikan ia lebih menarik utk pendarat Tuna.

Sekaligus ini bakal mengurangkan kos ikan Tuna tempatan & menjadikan Malaysia sebagai pusat pendaratan yg berdaya saing dgn jiran2 terdekat.

Jadi, bukankah membuka peluang ekonomi adalah salah satu kewajipan kerajaan. Langkawi telah mempunyai kawasan pelabuhan yg besar utk aktiviti pendaratan jika hendak dilaksanakan. Tiada alasan utk Kerajaan tidak mahu memperkenalkan Langkawi sbg pusat pendaratan alternatif.

p/s: Satu lagi amat sedih melihat bilamana Malaysia gagal memainkan peranan yg aktif dalam IOTC malah tidak menyediakan report pada tahun 2009 (page 58).

3 comments:

Unknown said...

Untuk perhatian Anak Langkawi,sebuah GLC telah ditubuhkan iaitu Langkawi Tuna Corporation Bhd untuk menjalankan bisnes berkaitan tuna. Sayangnya, company hanya hidup kejap je... dah tutup 2 bulan lalu. MP Langkawi patut tanya lagi awat depa tutup... adakah tiada prospek? Atau depa salah urus? Atau Saalah fokus? Penutupan ni satu kerugian kepada masa depan industri ini kepada Langkawi, ia membawa mesej dan imej tidak baik kepada Langkawi sendiri.

Kamal Sanusi said...

Langkawi Tuna Corporation sebenarnya mempunyai prospek tinggi tetapi disebabkan beberapa kekangan maka, mereka telah menukar operasi ke Kerpan mengambil alih kolam udang di sana.

Kekangan:

1. Hanya tuna hidup saja yg dibenarkan didaratkan di Langkawi menyebabkan mereka terpaksa menunda tuna yg ditangkap, bawa pulang ke Langkawi dgn kelajuan 1 knot di dalam sangkar. Lama perjalanan tuuu... Kos minyak lagi!

2. Kemudian terpaksa membela tuna tersebut sehingga saiz yg dikehendaki baru boleh di eksport ke Jepun. Kos makanan tuna adalah tinggi tuuu!

3. Tuna yg dicukup saiz perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang ke Jepun bagi memastikan kesegarannya, klu tidak Jepun tak terima. So lugi lor!

Kesimpulan:

1. Prospek memang ada tetapi byk sgt kekangan KERAjaan kerana Batu Maung boleh mati kalau dibenarkan pendaratan tuna di Langkawi. Itu yg depa takuttt!

Kena plak la ni KERAjaan dah berkalih, lagi laaa...

Kah kah kah!!!...

anaklangkawi said...

:) ya betul.. nampaknya Org tanjung get my point..
bukan disbbkan Soalan Lambat.. tapi sebenarnya kerana Kekangan Kerajaan yg tidak membenarkan Langkawi dibuka utk pendaratan ikan tuna..

apa2 pun terima kasih kepada hangpa berdua ttg info yg dinyatakan

p/s: sama2 kita pressure kerajaan