Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, August 12, 2009

10 penagih, seorang peniaga daun ketum diberkas ~ Kuah

KUAH - Seorang penagih daun ketum mengalami kecederaan jari kelingking apabila cuba melarikan diri daripada serbuan polis di markas mereka yang terletak di Kampung Kelibang. Ketua Polisnya, Superintendan Ishak Hasan berkata, seramai 11 orang berusia antara 30-an hingga 49 tahun diberkas dalam operasi yang dilakukan oleh Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Langkawi. Menurutnya, kegiatan mereka dipercayai bermula sejak tiga bulan lalu dan berjaya dihidu lama atas maklumat orang awam.

“Ketika diserbu dipercayai lima orang yang terdiri daripada pelanggan asyik menikmati air daun ketum yang siap diproses. “Manakala yang lain adalah pelanggan yang baru sampai ke markas atau pondok tersebut bagi tujuan yang sama bersama peniaganya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian. Ishak berkata, seramai 11 anggota yang diketuai Asisten Superintendan Zulkifli

Khalim mengintip kegiatan mereka sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan. Menurutnya, seorang daripada penagih tersebut cuma melarikan diri melintasi sungai berdekatan bagi meloloskan diri ke belukar berdekatan, namun setelah dikepung penagih tersebut jatuh dan mengalami kecederaan.

“Pelanggan yang ditangkap rata-rata adalah pemandu bas, tukang kebun hotel dan juru jual,” katanya Beliau berkata, antara barang rampasan adalah sebuah dapur, tong gas, penapis, gelas dan periuk yang dipercayai digunakan untuk merebus daun ketum tersebut dan air daun ketum siap diproses sebanyak 25 liter dan 20 kilogram daun ketum mentah. “Kami juga merobohkan pondok tersebut dari dikunjungi penagih lain dan ini adalah beberapa siri kejayaan Unit Narkotik dalam membanteras gejala ketagih meminum air daun ketum.

“Kami akan membuat pemantauan berterusan di Langkawi dan kegiatan yang berlaku ini adalah dilakukan pada waktu siang dan malam dan dijual dengan harga RM2 segelas,” katanya. Beliau berkata, penagih yang ditangkap didakwa mengikut Akta Racun Seksyen 30 (3) jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari empat tahun dan denda tidak lebih RM50,000.

Sinar Harian 11/8/09

Anaklangkawi :-
Terkejut..masih ada benda2 macam ni kat langkawi.. Mehla sama2 kita report kat polis benda2 tak elok..

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Lagi terkezut bilamana orang langkawi mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan mengganggu tugas JPJ. Dah ler bodoh undang-undang, nak tunjuk jaguh kampung pulak.

JPJ tak buat kerja org langkawi kata makan gaji buta. Bila depa buat kerja, habih satu langkawi pi kepung pegawai JPJ buat kerja.

Rupanya masih ada lagi benda-benda macam ni kat Langkawi.

Naya saja aku pi Langkawi, sangkut dlm tunjuk perasaan tu. Risau keta kena tutuh tak pasai pasai...

Memalukan sungguh org langkawi nih, tak bertamadun betui.

Wow! CAVEMAN is just better

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Ai..Yaka.. teruk sungguh..buat malu ja

Anonymous said...

Nak report kes ketum. Nak call siapa?Di Langkawi