Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, August 27, 2009

Matta serah memorandum minta JPJ kaji tindakan

KUAH - Kira-kira 50 pengusaha kereta sewa yang menganggotai Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah berhimpun secara aman dan menghantar memorandum meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji semula tindakan yang dikenakan ke atas mereka sejak awal bulan ini. Pengusaha terbabit yang diketuai Pengerusi Matta Kedah, Pishol Ishak, tiba di pekarangan Pejabat JPJ Langkawi, di sini, kira-kira jam 3 petang sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ketua Pejabat JPJ Langkawi, Sofian Sudin.

Ketika ditemui, Pishol berkata, pihaknya merayu kepada JPJ supaya mengkaji semula penguatkuasaan yang terlalu keras ke atas pengusaha kereta sewa kerana kebanyakan daripada mereka masih dalam proses memohon permit sah. “Saya mempunyai senarai kira-kira 2,000 individu yang sedang berusaha memohon permit sah daripada pihak berkuasa untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah di pulau pelancongan ini.

“Penguatkuasaan yang terlalu keras dalam tempoh ini hanya akan memburukkan keadaan, memandangkan pengusaha pelancongan terbabit juga mempunyai tanggung jawab terhadap kakitangan dan keluarga masing-masing,” katanya. Beliau berkata, agensi pelancongan yang sebahagian besar dimiliki Bumiputera juga turut memberi komitmen tinggi untuk memajukan sektor pelancongan, sekali gus sedia berbincang dengan semua pihak untuk kebaikan bersama.

“Jika penguatkuasaan terlalu keras oleh JPJ berterusan, tidak mustahil lebih 2,000 kakitangan sepenuh masa yang bekerja dengan agensi pelancongan di pulau ini akan kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh terdekat. “Mereka (pengusaha kereta sewa) sedang berusaha keras untuk memohon permit sah, pada masa sama minta pihak berkaitan permudahkan urusan permohonannya. Lebih penting ialah kita mahu melihat industri pelancongan terus maju,” katanya.

Pertengahan bulan ini, lebih 800 pemandu teksi daerah ini mengadakan piket secara aman di Dataran Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), di sini, meminta JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas ke atas pengusaha kereta sewa haram yang kian berleluasa di Langkawi. Perhimpunan selama 15 jam itu berjaya disuraikan selepas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan turun padang dan berjanji kepada pemandu teksi untuk meneruskan operasi menyaman dan menyita kereta sewa haram di Langkawi.

Sinar Harian 27/8/09

Anaklangkawi :-
Kan ke elok mcm ni,, takyah nk buat demo..

2 comments:

wangtokraja said...

heheh...ada udang disebalik abtu mak oiii..lepas nih melayu kat langkawi melompong laaa. Tunggu dan tengok sapa yang akan lambakkan kereta sewa canggih berpermit. Melayu kaa cayanunalif!

Sejak dari dulu lagi..melayu akan menjadi pariah di dalam negara dia sendiri. Pasti akan berlaku di Langkawi.. Cuba kelih tengok berapa kerat sangat orang melayu langkawi yang terlibat secara langsung dalam indistri pelancongan? Boleh bilang dengan jari.

Dari restoran sehingga ke kepal dalam laut yang buat duit, kaut untung adalah bangsa lain. Melayu langkawi semakin syioq sendiri.

Hari ini pun kereta yang elok elok bukan pelancong melayu yang boleh sewa.semua hanya untuk bangsa lain. Sewa sewaktu raya deepavali dah melangit tinggi dia. Semua kerana terpaklsa bayar permit.

Takat kancil boleh laa pelancong dari Baling,Kupang, Nami Jeneri, Telok Kumbag.Telok bahang boleh sewa. Yang lain...takat jeling saja laa..

Tak apa inilah agenda Satu malaysia yang sedang dipraktikkan oleh JPJ Langkawi dan juga Mereka yang berluasa di langkawi.

Tak lama lagi..kita tengok ada berapa ribu kereta di langkawi yang akan masuk gudang BANK..

Teksi pula haaa masa ini lah boleh berlahak..tak ada persaingan kononnya. Pada hal pemandu teksi di langkawi 90% adalah pemandu yang paling malas peranh aku jumpa.

Pemandu yang hanya datang jadi Bos ,pelancong nak pakai kena pakat-pakat pi sembah depa di teksi stand sama ada dekat pelangi, pekan kuah mahu pun kat mana-mana.

Orang kampung bukan kelas penumpang untuk teksi langkawi. Orang kampung tidak ada harga kepada teksi di Langkawi. mereka suka arab, dan pelancong asia barat kerana boleh "pau atau tembak dengan pakej yang mencekik darah.

Tapi itu bukan masalah kepadfa Lembaga Pelancongan kerana mereka teksi dan mendapat baju kalis peluruh kritikan oleh pihak JPJ Langkawi.

Kita sedar siapa yang membekalkan kerata mewah Jguar kepada orang atasan JPJ baru-baru ini.. Tapi itu bukan rahsuah katanya hanya meraikan seseorang yang banyak berjasa nanti..

Tengok laa LIMA'09 nanti..adalah Merce 7 siri, akan menjadi kuda tunggangan pihak VIP dan menteri..haaa waktu itu JPJ jangan rambang mata..kena tahan jugak kena periksa dan kena saman serta sita kalau mereka mendapatkan kereta yang disewa.

JPJ jangan hipokrit nanti hanya kerana takutkan kedudukan akan menjunam kerana menahan orang besar-besar. kerana JPJ kini dengan anggota baru yang mudah dengan mulut yang tidak berinsuran sedang mempamerkan belang kuasa mereka.

Mungkin beberapa orang anggota JPJ terlupa mereka juga pernah menyewa kereta Mail Koboi, Lebai Arqam di jeti bersama keluarga mereka bulan 12 yang lalu. Tapi kini mereka sudah lupa .alaa..maklom laa melayu mudah lupa..kannnn

TUNGGU LIMA'09 NANTI..KITA TENGOK SIAPA YANG KENA....

Anonymous said...

IV K-Laser is different than other [url=http://www.salevivi.com]ヴィトン メンズ 財布[/url]helps freelancer to continue freelance job [url=http://www.salevivi.com]スーパーコピー 財布[/url]bears get a bad rap According to Stephen [url=http://www.salevivi.com]スーパーコピー 財布[/url]from the miscellaneous exhaust system http://www.salevivi.com[/url] cocktail party special beach bonfire http://www.salevivi.com[/url] new sub-clause has been included to exempt