KUAH - Masalah gagal membaca dalam kalangan kanak-kanak di Langkawi kini berada pada peringkat membimbangkan malah ada di antara mereka juga gagal menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sepenuhnya walaupun berada di peringkat sekolah menengah.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan berkata, masalah tersebut harus ditangani segera pada peringkat akar umbi. Menurutnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting dan menunjukkan contoh terbaik bagi kanak-kanak dengan memupuk sikap membaca.
“Saya syorkan ibu bapa harus menanamkan sikap membaca di dalam diri mereka dengan sekurang-kurangnya meluangkan masa 10 minit setiap hari. Cara ini boleh dicontohi oleh anak-anak malah sikap membaca ini harus dipupuk dari kecil iaitu di peringkat pra sekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Nor Saidi berkata, tanggungjawab tersebut tidak boleh diserahkan kepada guru semata-mata, kerana ibu bapa lebih banyak meluangkan masa bersama anak di rumah berbanding guru. Menurutnya, terdapat golongan belia dan remaja di Langkawi yang tidak boleh membaca mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah negatif.
“Kerajaan harus menyediakan pusat kemahiran bagi mereka yang tercicir ini supaya mereka mempunyai masa depan cerah,” katanya. Menurutnya, sebilangan ibu bapa memandang ringan masalah tersebut kerana latar belakang pendidikan yang rendah malah kesedaran belum wujud dalam kalangan mereka.
~~~
Sinar Harian 2/8/09
Anaklangkawi :
Takkan cakap ja kot. Buat la aktiviti yg boleh membantu mereka. Dekati belia. Bagi panduan.. Jgn hanya cakap.. Lain la kita yg takdak apa..
3 comments:
Tu dia... Umno ni kan hanya pandai bercakap ajer, buat kerja tu tak pernah berjalan selain ataih kertas ajer.
What a shock to note there are still youngsters in Langkawi who cannot read (buta huruf) despite having noted Langkawi is an international tourist destination. English? I guess it is out of question. No wonder most of them are jobless.
What a shame for anak langkawi especially the parents who never think the future of their kids. Tarak alasan yg dpt aku terima selain membayangkan kehidupan di masa depan yg sukar bagi mereka. Dah ler ekonomi bangsa lain pegang, nak kerja elok apa selain buruh ajer atau nelayan saja yg pendapatan ciput ajer.
Wow! PPSMI is just awesome.
Kah kah kah...
Amat mudah kalo nak menuding jari.. amat mudah kalo nak tuding UMNO.. sedangkan ini tanggungjawab bersama..
mana PKR & PAS? sama ja.. semua lenaa..
p/s: kadang2 sstgh org ni ckp ja kuat..
Tu dia... kesimpulan aku mudah saja. Orang poliTAIK mcm anaklangkawi memang sama macam pak BODOHlah, semua kaki lenaaa... Biaq pi lah, nama pun kan poliTAIK.
Tapi dlm zaman serba maju sekarang dengan kawasan yg diiktiraf Geopark pa, penuh ngan pelancong antarabangsa, yg dikatakan maju TAPI masih ada golongan buta huruf??? Itu yg aku pelik nih.
Tak kan buta huruf tetiba menjadi selepas Kedah dapat kat PAS? Ini dah berlarutan dari dulu nih.
Apa yg kakitangan KERAjaan yg berkaitan dah buat pada Langkawi? Itu yg aku felik wal ajaib!
Boss The Westin kata org Langkawi is living under glass coconut shell. Buleh tengok luaq tapi tak leh kluaq. Dok di dalam kepompong mereka tapi lagak tu mcm hebat sangat, rupanya BUTA HURUP! Kwang kwangg kwanggg... Nasib baik anaklangkawi celik IT tu pun gagah nak bangkang PPSMI.
Wow! LANGKAWI CRYSTAL is too expensive
Kah kah kah...
Post a Comment