Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, December 25, 2009

Lisram hanya gah pada nama

KUALA LUMPURLapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) hanya gah pada nama, tetapi pada hakikatnya ia tidak praktikal untuk dijadikan gelanggang kejohanan.
Selain memerlukan kos yang tinggi untuk menganjurkan sebarang kejohanan di sana, Lisram juga tidak memiliki kepakaran, manakala hampir separuh peralatannya telah rosak.
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Lisram, yang turut disenarai sebagai antara projek gajah putih pada Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 kelmarin adalah sama ada dengan menyerahkannya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau diswastakan.

Malah, lapang sasar tersebut juga memerlukan banyak kerja-kerja baik pulih, yang mungkin menelan kos jutaan ringgit sekiranya mahu dijadikan tuan rumah kejohanan antarabangsa. Ketika ini, Lisram dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), mengadakan kejohanan di Lapang Sasar Subang adalah lebih praktikal dari segi kos serta penyelenggaraan berbanding di Lisram.

“Sejak Lisram dibina, hanya ada tiga kejohanan besar pernah diadakan di situ, Kejohanan Menembak Komanwel (1997), Sukan Komanwel (1998) dan Kejohanan Asia (2000).

“Dengan kos pembinaan mencecah RM83 juta dan menggunakan sistem elektronik yang canggih, ia sepatutnya boleh dijadikan gelanggang untuk Kejohanan Dunia atau Piala Dunia, namun semua itu tidak dapat diadakan kerana ia tidak diselenggara dengan baik.

“Bagi NSAM pula, untuk mengadakan kejohanan tempatan di Lisram amat mustahil kerana ia menelan kos yang terlalu tinggi terutama untuk mengangkut senjata api, yang memerlukan pengangkutan udara kerana feri tidak mahu mengangkut senjata.

“Memandangkan kos untuk menyertai pertandingan dibiayai sendiri oleh persatuan negeri, mereka tidak mahu mengambil bahagian kalau kejohanan diadakan di Langkawi kerana tidak mampu menanggung kos yang tinggi,’’ ujar Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar Jasni Shaari.
Kata Jasni lagi, moral yang dapat dipelajari daripada apa yang berlaku bukan saja kepada Lisram, malah kepada stadium-stadium lain yang terbiar, pihak kerajaan sepatutnya mendapatkan pandangan daripada persatuan sukan yang lebih arif sebelum membina sesuatu projek.

Ujarnya, pemilihan Langkawi sendiri untuk membina Lapang Sasar Menembak Antarabangsa adalah satu kesilapan besar, kerana lokasinya yang menyukarkan sebarang kejohanan diadakan di sana.

“Kalau lapang sasar sehebat Lisram dibina di Kuala Lumpur, saya fikir ia akan digunakan secara maksimum dan banyak kejohanan boleh diadakan.
“Sekarang apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan keadaan, kita kena tubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada pengurus dan pakar untuk mengendalikan lapang sasar dengan baik dan kemudian, kita fikirkan rancangan yang boleh dibuat di sana,’’ katanya lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara pada Konvensyen Sukan Kebangsaan kelmarin.

Anaklangkawi :-
Betui apa yg dikatakan.. LISRAM tidak dipromosikan sebaik mungkin utk digunakan sepenuhnya.. Maka buatlah promosi baik2.. Kes org tembak binatang kat Pulau dah tutup belum?

No comments: