Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, December 30, 2009

Bot ikan bilis jejas pendapatan nelayan

PULAU PINANG 29 Dis. - Sebanyak 300 nelayan pantai di Kuala Sanglang, Kedah terjejas pendapatan akibat kegiatan bot ikan bilis dan pukat boya yang semakin berleluasa.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, masalah yang berlaku sejak lima tahun itu menyebabkan sumber laut di situ berkurangan sehingga hasil tangkapan nelayan merosot daripada 60 kepada lima kilogram sehari.
Pada masa sama katanya, kegiatan bot pukat bilis yang berpangkalan di Bukit Malut, Pulau Langkawi juga dikesan tidak menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap ikan kembung untuk dijadikan baja.

''CAP difahamkan permintaan tinggi dari pembekal ikan negara jiran menyebabkan kegiatan ini berlaku dengan sebuah bot pukat ikan bilis mampu memerangkap kira-kira 20 tan metrik ikan kembung setiap kali beroperasi.

''Kegiatan ini dikesan berlaku sekitar satu batu hingga lima batu nautika dari pantai berhampiran Kuala Sanglang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata, penggunaan pukat boya oleh segelintir nelayan di Kuala Kedah dan Kuala Perlis juga menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk apabila kawasan tangkapan nelayan di sini sering diceroboh.

Jelasnya, keadaan bertambah buruk apabila operasi bot pukat boya bukan sahaja memerangkap ikan-ikan kecil tetapi juga membunuh burung camar yang terperangkap pada pukat tersebut.
''CAP amat kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Jabatan Perikanan walaupun laporan mengenai kegiatan tersebut telah dibuat beberapa kali oleh nelayan-nelayan terbabit.
''CAP juga percaya sekiranya perkara ini dibiar berlarutan bukan sahaja nelayan pantai di sini akan terjejas kehidupan mereka pada masa depan, malah hidupan laut mungkin mengalami kepupusan,"
tegasnya.

Justeru, S.M. Mohamed meminta Jabatan Perikanan Kedah membuat pemantauan lebih kerap di kawasan terbabit di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 selain mengharamkan penggunaan pukat boya.

Anaklangkawi :-
Betuikan bot ikan bilis Langkawi terlibat. ? Pihak berwajib tolong siasat.

No comments: