Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, July 20, 2009

Graduan dipelawa sertai APMM ~ Kuah

KUAH - Wanita kini berupaya mempelopori aktiviti menembak secara aktif dalam melaksanakan tugas terutama di perairan negara. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Amdan Kurish berkata, hal ini disebabkan terdapat kakitangan wanita dalam Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara yang berpangkalan di perairan Langkawi.
Menurutnya, sehingga kini terdapat kira-kira 10 peratus kakitangan wanita daripada 3,000 jumlah keseluruhan kakitangan APMM. “Graduan menganggur dipelawa menyertai APMM kerana proses merekrut kini giat dijalankan dari masa ke masa. “Pihak APMM kini mempunyai lebih daripada 3,000 anggota yang ditempatkan di lima wilayah termasuk Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika Kejohanan Menembak di Langkawi International Shooting range Malaysia (LISRAM) di Kuah.

Amdan berkata, penambahan anggota dilakukan dua kali setahun yang mana ia dilakukan secara berperingkat agar memudahkan anggota baru menjalani latihan di Pusat Latihan APMM di Bandar Indera Sri Mahkota, Pahang. Menurutnya, APMM kini bukan sahaja menumpukan kepada tugas menyelamat di laut sahaja tetapi anggota APMM kini boleh bertugas di bahagian udara dan APMM juga akan membuka peluang kepada anggotanya yang untuk menyertai unit menyelam tidak lama lagi.

Kini mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota APMM boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA),” katanya. Sementara itu, kira-kira 140 peserta diuji dalam kemahiran menembak dengan penyertaan media dan agensi keselamatan lain. Ujian menembak itu dilakukan menggunakan Rifel M16, acara tim jatuh piring dan precision individu. Kejohanan ini turut disertai Pusat latihan Maritim Malaysia yang berpusat di Kuantan Pahang.

Sinar Harian 20/7/09

Anaklangkawi :-
Cek sokong..

4 comments:

Kamal Sanusi said...

Tu dia... Byk kekosongan di dalam APMM ni. Cepat apply jgn terlambat.

Kalau apply nak masuk APMM semata-mata kerana gagal mencari kerja lain, hanya akan merosakkan nama APMM tu saja.

Setiap kerja harus dilakukan dengan penuh keikhlasan dan faham dunia ala-tentera nih.

Soalnya, mahukah org melayu terutama aweks menjalani latihan sebegitu tough?

Wow! GOOD LUCK is just awesome.

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Huih.. ingat awek langkawi lekeh ka.. kita mana tau..

Kamal Sanusi said...

Bukan nak peleceh awek Langkawi, tapi pengalaman aku, depa ni ramai yg kaki Enigma. Apa jadi dalam Enigma, lepas pada tu, anak langkawi paham-paham sendiri lor.

Kut Langkawi Fair & Langkawi Parade tu, leh kata semua jurujual aweks mudah diajak pi Enigma.

Oh ya, hang tau ka Enigma tu apa?

Wow! AWEKS LANGKAWI is just duty free

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Cek tak taula enigma tu apa ?
Apa dia tu..