Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, July 24, 2009

Mutu khidmat feri perlu dipertingkat ~ Kuah

KUAH - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha feri di Langkawi supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan bersesuaian dengan tambang yang dikenakan. Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kementerian sentiasa memantau mutu perkhidmatan feri bukan sahaja di Langkawi tetapi di negeri lain yang menjalankan perusahaan sama.

Menurutnya, faktor keselesaan dan keselamatan serta ketepatan masa adalah perkara yang ditekankan dalam memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi pelancong asing. “Kami berharap pengusaha feri dapat memberi keselesaan kepada penumpang dengan keadaan feri yang baik dan mengikut ketetapan masa. “Feri adalah pengangkutan utama di pulau ini dan kementerian masih boleh bertolak ansur dengan tidak menyentuh harga tambang,” katanya ketika merasmikan bangunan baru MCA Bahagian Langkawi di Kuah.

Tee Keat berkata, situasi menang-menang antara pengusaha dan penumpang harus diwujudkan bagi keselesaan bersama. Menurutnya, perkhidmatan feri adalah salah satu daripada pemangkin ekonomi dalam menyumbang kepada sumber kewangan di pulau pelancongan itu. Sementara itu, beliau akan mengusahakan satu lagi cadangan bagi sektor pengangkutan udara dengan mengadakan laluan terus Langkawi ke Bangkok dan penerbangan dari London ke Langkawi.

“Perkara ini akan dikaji dan dinilai bagi mendapat persetujuan dari pihak penerbangan terutama syarikat penerbangan tambang murah,” katanya. Beliau berkata, tawaran itu akan dikaji semula memandangkan sebelum ini laluan itu terdapat di Langkawi. “Oleh kerana situasi ekonomi tidak menentu, maka syarikat tersebut terpaksa memberhentikan penerbangan tetapi kementerian berjanji akan mengkajinya semula,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian bangunan baru MCA bahagian Langkawi itu telah disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Chen Liau Weng dan turut mengiringi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Bangunan bernilai RM310,000 itu dibeli pada tahun 2006 bagi kegunaan 5,000 masyarakat Cina di Langkawi.

SinarHarian 23/7/09

Anaklangkawi :-
Diharap kementerian membuka lebih laluan utk kapal utk keluar masuk langkawi. Jgn dimonopoli oleh sesebuah pihak sahaja.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Tu dia... Selagi perkhidmatan feri tu dikuasai cina, menteri pengangkutan pulak cina, selagi tu nga pukui nga, org langkawi dok nganga saja. Ada company melayu (kononnya) pun JV ngan cina jugak. Untung aku kerana byk naik Firefly dari naik feri.

Airline mana nak buat semula laluan yg merugikan. Adat meniaga mesti nak untung, klu rugi tutup ajer laluan tu. Lagi sekali org langkawi ternganga mengharap janji menteri tu. Nak kaji apa, yg patut mengkaji adalah operator tu bukan MOT.

MCA ada jugak bangunan baru. UMNO langkawi punya plan nak bina bangunan sendiri tepi sungai tu apa dah jadi??? Lagi sekali org umno langkawi tunggu sampai janggut jadi taliban.

Wow! LAI BENG is just awesome.

Kah kah kah...

Lisa said...

I've been traveling to Langkawi for many times since 2005. From what I can see, this issue is a never ending story.

It would take a strong political will to resolve it but do all the political parties in Langkawi are strong enough? I guess not. What Langkawians can do rather than bite the bullet.

I have a chance once to attend a meeting chaired by YB Nawawi together with the ferry operators.

To my surprise, the umno representative (if I'm not mistaken Art Juta) was speechless when he was showed a P&L statement and challenged to run own ferry company. Even the chairman was clueless. Not to mention others around the table.

Till then, Langkawian especially politicians are highlighting this issue for the sake of getting the mileage.

What say you when the ferry operators ask you to take other mean of transportation should the current ferry service is not up to your standard?

Even the minister cannot do anything, what can you? NOTHING.

Use it or leave it, your call.

anaklangkawi said...

Org Tanjung & Lisa,

Both are true.. Its a never ending story. I've meet with one of the Malay JV guy.. he also inform & make 'cabaran' to those in polical parties to come out with a company..

Yes, the fact is to run the ferry services in Langkawi is very expensive. Look what happen to LADA ferry services.. Even they have a lot of money also gone to drain.

The political parties in Langkawi should ask company like Prasarana to involve in this such high $$$ services..

p/s: that;s the reason why peole fly rather than take ferry,,