LANGKAWI memang terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan terkemuka. Pulau Legenda itu menawarkan pelbagai bentuk percutian menarik untuk pilihan pengunjung.
Dari pantai yang bersih dan putih kepada hutan semulajadi yang menenangkan.
Dari pantai yang bersih dan putih kepada hutan semulajadi yang menenangkan.
Bagi kaki golf pula ia ada tiga lapangan iaitu Kelab Golf Datai, Gunung Raya dan Kelab Golf Langkawi yang kini ditutup kepada umum kerana sedang dinaik taraf.
Bagi Datai mungkin ada yang sudah beraksi dan ada pula yang hanya mendengar cerita. Ia sebuah lapangan yang menggabungkan keindahan semulajadi sebagai cabaran utamanya.
Sebagai sebuah lapangan yang terletak di pulau pelancongan, penampilan Datai adalah lebih untuk memberikan ketenangan kepada pemainnya. Sambil beraksi pemain boleh merasainya suasana segar udara hutan sambil mendengar siulan suara unggas.
Namun di sebalik suasana santai dan menenangkan itu, lapangan ini turut mencabar keupayaan pemain melalui halangan tasik, bunker dan sudah tentunya hutan yang terdapat di kiri dan kanan fairway.Greennya laju dan bercerun. Fairway yang sempit dan hampir semuanya membengkok atau dogleg juga cukup menguji keupayaan pemain.
Uniknya kelab ini kerana mempunyai satu lubang tambahan iaitu lubang ke-19 par-3 yang terletak di tepi pantai menghadap Laut Andaman. Jika anda memilih untuk bermain di lubang 19, anda tidak perlu bermain lubang 17 yang juga Par-3. Lubang 19 ini unik kerana ia di tepi laut yang menyediakan cabaran seolah-olah beraksi di lapangan-lapangan hebat seperti St. Andrews.
Datai cukup sesuai untuk mereka yang ingin bersantai. Ia direkabentuk dan dimiliki oleh Landmark Berhad. Mula dibuka pada 1992 ia merupakan lapangan terbaik di Pulau Legenda.
Kedudukannya di kaki Gunung Mat Chincang dan menganjur ke Laut Andaman menghasilkan kombinasi antara hutan hujan tropika dengan keindahan pantai yang menarik.
Lapangan par-72 sepanjang 5,594 meter ini boleh dikatakan di kelilingi hutan yang berusia jutaan tahun serta Laut Andaman di timurnya. Sebab itu Datai dianggap sebagai salah satu lapangan golf yang mempunyai pemandangan paling unik dan cantik dam diiktiraf antara 10 kelab tercantik di Asia oleh majalah Golf Asia tahun lalu.
Anaklangkawi :-
Lama tak mandi ayiaq terjun temurun.. (masih ada lagi ka ayaq)
4 comments:
Tu dia... Sekalipun mahal tapi aku tetap memilih Datai sebagai tempat bermain golf setiap kali ada kerja di Langkawi.
Kira pi kira mai dekat seminggu sekali jugak tu. Tak per, aku leh claim entertainment. Apa nak kisah harga.
Memang canteekkk, penuh kehijauan, sunyi menenangkan fikiran yg berserabut.
Air Terjun Temurun tu kalau hujan ader ler ayaq dia. Kalau tak hujan, ayaq cetek penuh ngan daun plak tu.
Wow! BOWLING is just awesome.
Kah kah kah...
KOt pandai main golf boleh la kita jadi kedi.. boleh tak
Tu dia... Apasal nak jadi kedi plak? Belajarlah bermain. Tak kan standard anak langkawi jadi kedi saja sedangkan Langkawi adalah daerah yang ada golf course tercantik.
Jom kita main Sabtu, Ahad & Isnin minggu depan.
Wow! MAID is just awesome.
Kah kah kah...
nak main mcmana tak reti..
awai2 jadi tukang kutip bola orang tanjung dah laa..
Post a Comment