Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, July 24, 2009

Punca jambatan Sungai Kuah terbengkalai


SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk Apa Sudah Jadi Dengan Langkawi? oleh Cucu Mahsuri yang tersiar di ruangan ini pada 16 Julai 2009.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak termasuk penduduk, peniaga dan pelancong berikutan masalah pembinaan jambatan Sungai Kuah yang terbengkalai.

Jambatan Sungai Kuah telah diberi milik tapak kepada kontraktor pada 1 November 2006 dan dijadualkan siap pada 2 Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, penyiapan projek telah tergendala disebabkan kontraktor menghadapi masalah kewangan yang serius.

Sehubungan itu, kontraktor penyelamat telah dilantik pada 30 April 2008. Projek ini kemudiannya telah diberi lanjutan masa sehingga 31 Disember 2008. Namun demikian, kontraktor penyelamat juga menghadapi masalah kewangan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan masalah untuk berurusan dengan kontraktor asal yang tidak lagi aktif, selain masalah dengan pihak juru perunding.

Kelewatan projek semakin meruncing apabila pemilik kontraktor penyelamat meninggal dunia baru-baru ini menyebabkan tiada peneraju di pihak kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek ini walaupun baki kerja yang tinggal hanyalah sebanyak tujuh peratus sahaja lagi untuk disiapkan.

Bagi membantu kontraktor bumiputera, LADA sentiasa memberikan mereka peluang yang munasabah untuk menyiapkan projek walaupun kami sedar ia berjalan dengan amat perlahan.
Ini adalah suatu usaha yang diambil oleh LADA untuk membangunkan kontraktor bumiputera supaya mereka tidak disenaraihitamkan. Namun ia didapati tidak membantu LADA khususnya dan penduduk Langkawi amnya.

Sehubungan itu, LADA telah memutuskan untuk menamatkan khidmat kontraktor dan juga juru perunding yang berkenaan kerana gagal menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan.
LADA sedang mengambil tindakan untuk melantik juru perunding baru dan seterusnya menguruskan pelantikan kontraktor yang baru. Ia dijangka mengambil sedikit masa kerana kami perlu mematuhi peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa berhubung pelantikan tersebut dan juga menilai kos pembinaan sebenar yang telah dibelanjakan oleh kontraktor terdahulu.

LADA melahirkan rasa amat dukacita dengan permasalahan ini kerana tidak dapat memenuhi hasrat penduduk Langkawi untuk menggunakan jambatan Sungai Kuah dalam masa terdekat ini.

Pihak pengurusan LADA berjanji akan memperkemaskan lagi sistem pemilihan juru perunding dan kontraktor projek-projek LADA pada masa hadapan supaya masalah seperti ini tidak berulang.

RAMIZI HASSAN Utusan 22/7/09
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Pembangunan Langkawi

Komen yg serupa berada dalam Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Apa2 pun diharap LADA dapat meletakkan tarikh jambatan tersebut akan siap..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Tu dia... Info yg aku dapat adalah:

Kontraktor 1 = Adik YB Nawi punya. Lingkup sebab tak reti nak buat contract management & tiada financial back-up & cash flow tight, tergulinggg... Hutang cina supplier $70,000 tak bayaq lagi.

Kontraktor 2 = kroni umno jugak on direct nego tapi tuan punya mati, harga minyak & raw material naik, terguling jugakkk...

Nak buka tender baru, sure kos akan naik. Jambatan sekangkang anaklangkawi lebih mahai dari yg sepatutnya. Tak membazir ka tu??? Salah sapa? Rakyat jugak ka?

Yang dok kaya adalah geng teknikal LADA, JKR & Majlis jugak. Heheeheee!!!

Wow! CONTRACT GOMEN is just wasting.

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

:) thanks for the info.. tak tau betul ka tak.. tapi kalo yg berkenaan terdengar jaw Org Tanjung tolong2 jawab..