Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, July 14, 2011

Restoran Antarabangsa Dibangunkan Di Pantai Cenang

LANGKAWI, 12 Julai (Bernama) -- Sebuah restoran antarabangsa akan dibangunkan di Pantai Cenang di sini, yang diharapkan menjadi satu lagi tarikan untuk pelancong terutama pelancong asing.

Restoran antarabangsa itu akan dibangunkan oleh Syarikat Palm Star Sdn Bhd, dan projek itu turut melibatkan pembinaan hotel empat bintang, service apartment dan bangunan perniagaan di atas kawasan seluas 2.48 hektar dengan peruntukan keseluruhannya bernilai RM150 juta.

Pengarah Urusan syarikat berkenaan Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata keseluruhan projek itu akan dijalankan dalam tiga fasa.

Katanya restoran antarabangsa itu akan mengandungi beberapa unit iaitu makanan Melayu, Jepun, Arab, Thai, India, Itali dan makanan barat.

"Projek itu adalah satu ikon pelancongan kepada pulau peranginan ini," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian pajakan dan pembangunan projek itu di Bangunan Lada di sini Selasa.

Pada majlis itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) yang merupakan pemilik tanah tersebut diwakili oleh Pengurus Besarnya Datuk Azman Umar manakala syarikat itu diwakili oleh Mohd Khay.

AL :-
Diharap sistem pembuangan sisa makanan & kumbuhan diteliti dalam projek ini. Sbb lokasi Restoran amat sensitif. Sebarang pencemaran akan boleh menyebabkan kerosakan kepada pantai berdekatan.  

No comments: