LANGKAWI, 21 Jun (Bernama) -- Seramai 33 pekerja sebuah hotel di Pantai Cenang di sini mendakwa diberhentikan tanpa diberikan notis berkuat kuasa Ahad malam.Kesemua pekerja terbabit membuat laporan polis dan membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja Langkawi di sini Isnin.Jurucakap pekerja berkenaan, Zahid Ahmad berkata tiada sebarang notis dan bayaran gaji dibuat kepada pekerja yang dihentikan dan alasan yang diberikan ialah tidak mematuhi arahan majikan."Kami berharap jabatan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah dan membantu kami." katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. Penolong Pengarah Tenaga Kerja Langkawi Arzanil Bahadon berkata kes pemberhentian pekerja secara beramai-ramai itu merupakan kes pertama di Langkawi. Katanya pihaknya akan mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan hotel berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu.--
BERNAMA
Anaklangkawi :-
Perlu dikaji prosedur perberhentian adakah mengikut garis panduan akta pekerja. Setahu cek kalau nak berhentikan pekerja mesti diberi pampasan yg sewajarnya kalau mereka adalah pekerja sepenuh masa. Tetapi lain la kalau pekerja kontrak. Jika pekerja kontrak sekalipun mesti mengikut LOA (letter of appointment).
No comments:
Post a Comment