Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, October 20, 2010

Lada Lancar Driving Range Untuk Pemain Golf

LANGKAWI, 20 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkaw (Lada) pada Rabu melancarkan kemudahan`driving range' berhampiran Kompleks Sukan Langkawi bagi membolehkan pemain golf berlatih memukul bola golf.

"Bakat baru, penduduk dan peminat golf boleh mengunakan driving range ini untuk belajar bermain golf," kata Timbalan Pengurus Besar Lada, Hanafi Ahmad selepas merasmikan lapangan memukul bola golf tersebut.

"Peminat golf akan turut berpeluang bermain waktu malam apabila Lada memasang lampu di gelanggang sepanjang 250 meter ini, dijadual Disember ini.

"Lada membelanjakan kira-kira RM90,000 untuk mengadakan gelanggang ini termasuk pagar dan lampu," katanya.

-- BERNAMA

AL :-
Jgn jadi projek membazir sudahla.. Tapi pada yg nak tambahkan prospect kerja & contact boleh la berjinak2 dgn golf.

No comments: