Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, April 17, 2012

Status Feri Langkawi ~ Soalan MP Langkawi 2012

9 April 2012

Soalan drpd Dato' Paduka Abu Bakar Taib [MP Langkawi]


Mintak MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-


a. memandangkan Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkn selalu rosak, adakah pihak Kerajaan bercadang utk menjual kapal tersebut dan menggantikannya dgn sebuah helikopter yg juga boleh digunakan oleh APMM utk rondaan udara; dan


b. mengapakah kerosakan ini terus berlaku & apakah tindakan serius yg diambil oleh kerajaan.


Jawapan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat] ;

Tuan yg di-Pertua, utk makluman Dewan yg mulia ini dakwaan bahawa Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkan selalu rosak adalah tidak tepat. Kapal MV Suhail yg dimiliki oleh Jabatan Laut Malaysia di Pulau Langkawi digunakan utk menjalankan dua tugas iaitu utk tujuan operasi seperti pemantauan & penyelenggaraan alat bantuan pelayaran di seluruh Wilayah Utara. Pemeriksaan & penguatkuasaan perkapalan di pelabuhan serta melawan tumpahan minyak & juga digunakn sbg Sea Ambulance bg operasi pemindahan perubatan kecemasan.

Menurut statistik, kapal MV Suhail telah melakukan 17 perjalanan pada 2009, 24 perjalanan pd tahun 2010, 7 perjalanan pada tahun 2011 & hanya satu perjalanan sehingga Mac 2012 bagi operasi pemindahan perubahan kecemasan. Dari aspek down time dgn izin, Kementerian Pengangkutan mengakui bahawa sepanjang tahun 2011, kapal MV Suhail telah merekodkan sebanyak enam insiden kerosakan pada bahagian kapal yg berlainan & tindakan akan diambil utk memperbaiki kerosakan berkenaan.

Dalam pada itu mengikut rekod peratusan penggunaan kapal tersebut tahun 2011, kapal tersebut digunakan pada tahap yg optimum iaitu 90% berbanding pada tahun 2009 & tahun 2010 sbyk 75% & 84% masing2. Oleh yg demikian, proses penyelenggaraan telah dijlnkn bg memastikan kapal MV Suhail dpt beroperasi  dlm keadaan baik & dpt menjlnkn fungsinya dgn lancar. Semasa tempoh pembaikan kapal juga, khitmat feri sedia ada telah digunakn bg operasi pemindahan perubatan kecemasan.

Kementerian Pengangkutan tiada perancangan utk menggantikan kapal MV Suhail di Langkawi dgn helikopter. Sekian. 

Dato' Paduka Abu Bakar Taib [Langkawi]

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah jangka jawapan sama sahaja. Jawapan dulu, sekarang dan.... [Dewan riuh]  jgnlah selama-lamanya. Kerana apa yg berlaku di bawah berlainan, malah feri digunakn utk mengangkut - jadi, saya mintalah pihak kementerian memantau.

Akan tetapi selepas 3 kali mengangkut telah rosak. Jadi mintaklah kapal utk org Langkawi baik sikit. Patut bukan utk kegunaan pemantauan minyak tumpahlah & hal lain. Sbb saya ingat boleh guna feri.

Tuan Jelaing anak Mersat ; 

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seperti yg saya sebutkn pd awal tadi tugas kapal MV Suhail ini adalah bukan tugas utamanya utk pemindahan perubatan ttp utk tugas2 lain. Jadi oleh krn tugas2 utk pemindahan perubatan ttp @pun perubatan ini ada Kementerian Kesihatan menyewa feri disewa khas utk menghantar pesakit2 & juga kalau pesakit ini terpaksa menggunakn kerusi yg lebih byk, ianya disewa khas utk menghantar pesakit.

Drpd 381 org pesakit yg dihantar, hanya 7 sahaja yg dihantar menggunakn kapal ini. Ini menunjukkn bahawa tugas utamanya bukanlah tugas utk menghantar pesakit. Saya juga ucapkn terima kasih bg kepada YB kerana prihatin & mmbuat cadangan utk kita memperbaiki servis kita kpd Pulau Langkawi & rakyat di situ. Sekian.
~~~~~~~~~
Anak Langkawi :-
Cerita serupa, jawapan serupa dulu, kini, selamanya.. Soalan & cerita sama berulang-ulang. Tiap kali soalan ditanya jawapan yg lebih kurang sama jawapannya. 

Boleh tgk soalan&jawapan yg sama tahun 2009  - Soalan MP langkawi 2009 .Asyik-asyik rosak, rosak, rosak, rosak. Kemudian pada 2010. MV Suhail direhatkan.. Sinar Harian 2010- Feri MV Suhail direhatkan.

Yg kelakarnya dalam cerita Sinar Harian kononnya bot tersebut telah berkhitmat utk 100 org. Tapi mengikut jawapan oleh Kementerian hanya 7 pesakit dihantar menggunakan kapal ini. Yang mana satu yg betui ni?

Satu persoalan yg bermain diminda.. Kenapa kapal yg dirasmikan gilang gemilang oleh Tun Mahathir begitu cap ayam sepanjang hayatnya. Sia-sia saja RM 8 juta utk kapal tersebut. Sekarang kata pulak yg kapal tu bukan utk pengangkutan pesakit pulak.. 

Bot ambulan - Kenapa bot diminta org Langkawi

Perlu diingat yg isu ambulan langkawi merupakan antara isu yg dekat dihati rakyat.. Maka kerajaan perlu buat sesuatu. Kajian PRU-12

No comments: