Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, June 24, 2010

PNKL Rancang Wujudkan Restoran Ikan Bakar Dan Chalet Di Langkawi

LANGKAWI, 17 Jun (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi (PNKL) akan mewujudkan restoran ikan bakar dan chalet sebagai usaha awal untuk terlibat dalam industri pelancongan dan menambah sumber pendapatan persatuan itu. Pengerusi PNKL Mahadzir Ibrahim berkata bangunan pejabat PNKL di Penarak di sini akan diubah suai untuk dijadikan restoran ikan bakar yang pertama milik persatuan.Kerja-kerja itu tidak memerlukan perbelanjaan banyak kerana ia bangunan sendiri, katanya di sini.Beliau berkata kakitangan PNKL akan berpindah ke bangunan baru di Kompleks Nelayan, juga di Penarak, bulan depan bagi membolehkan bangunan sekarang dimanfaatkan untuk dijadikan restoran. Kompleks itu turut menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi. Mahadzir berkata pihaknya juga akan memohon kebenaran daripada LKIM Kedah untuk menjadikan pejabat LKIM daerah di Jalan Persiaran Putra di sini sebagai chalet, selepas pejabat itu berpindah ke Kompleks Nelayan. Beliau berkata PNKL akan mengadakan bilik-bilik penginapan untuk menampung permintaan pelancong, katanya. PNKL pada masa ini melaksanakan beberapa projek termasuk ternakan ikan dalam sangkar di perairan Penarak dan membekalkan diesel kepada nelayan.-- BERNAMA

Anaklangkawi :
Di alu-alukan PNKL adakan medan ikan bakar di Langkawi. Chalet rasanya2 tak payah pun takpa sbb dah byk dah chalet di Langkawi. Tapi medan ikan bakar amat diperlukan kerana tak banyak resteron ikan bakar di langkawi.

Langkawi kaya dgn sumber lautan tetapi di eksploitasikan sepenuhnya. Ada kiranya ikut mcm medan ikan bakar di Umbai melaka sebagai contoh..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Elok sangat kalau dibuat medan ikan bakar macam di Pantai Seagate.

Yang dok ada skrg ni semuanya masakan ala Siam seperti:
- Ikan 3 rasa
- Ikan Stim
- Tomyam
- Udang lipan goreng cili

Mai tang ikan bakaq, cukup susah nak cari. Jemu dok makan di Aliyah Restoran atau Hj Ramli.




Kah kah kah!!!...

anaklangkawi said...

:).. betui tu.. iKan byk bersepah.. tapi dok byk makan ala siam..