Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, May 28, 2010

Lada Tingkatkan Promosi Tarik Pelancong Singapura

LANGKAWI, 28 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) bersama 10 agensi pelancongan dari Langkawi mengadakan promosi di Singapura bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara jiran itu ke pulau bebas cukai tersebut.

Ketua Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Lada Azmil Munif Mohd Bukhari berkata promosi itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pakej pelancongan ke Langkawi bernilai RM90,000 dapat dijual pada promosi tiga hari itu bermula 14 Mei lepas.

Katanya pihak hotel di Langkawi menawarkan pakej penginapan yang menarik manakala agensi pelancongan pula menawarkan beberapa lawatan ke tempat menarik seperti kereta kabel, Underwater World Langkawi (UWL), Kota Mahsuri, Galeria Perdana dan Taman Burung.

"Kita melihat Singapura sebagai potensi baik sebagai hub penerbangan yang mampu membawa ramai pelancong republik itu dan asing ke pulau bebas cukai ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata sambutan yang diterima pada promosi itu lebih baik berbanding promosi yang diadakan di negara itu sebelum ini.

Mengikut perangkaan unit pelancongan Lada, lebih 40,000 pelancong Singapura dan dari negara lain berkunjung ke Langkawi pada tahun lepas. Pada masa ini empat syarikat penerbangan iaitu Silk Air Singapura, Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tiger Always mengadakan penerbangan terus dari Singapura ke Langkawi.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Mmg eloklah LADA buat promosi ke Singapura. ASyik ke JB ja tiap2 minggu.. Tukar la sikit kalini..

800 Expected At Langkawi Mountain Bike Challenge

KUALA LUMPUR, May 26 (Bernama) -- The Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC) 2010, to be held in Langkawi on Aug 7, is expected to see the participation of 800 riders.

Human Voyage Sdn Bhd (M) chief executive officer Datuk Malik Mydin said so far 300 participants had confirmed their participations.

"Besides locals, we also have participations from Singapore, Germany, the Netherlands and Thailand," he said when announcing the company as organiser of the competition here Wednesday.

Malik said the two-day competition consisted of four categories -- men's junior (Under 18), men's elite (19 years and above), women's elite (19 years and above) and men's masters (35 years and above).

An endurance race would also be held, he said.

Interested individuals can apply at www.mtbmalaysia.com and the closing date is June 30.

-- BERNAMA

AL:
Good to hear such event been held here in Langkawi. I do hope more promotion been done in area's especially KL to woo more participants..

Tuesday, May 25, 2010

80 Peratus Kekosongan Jawatan Di Langkawi Dari Sektor Perhotelan

LANGKAWI, 24 Mei (Bernama) -- Kira-kira 80 peratus daripada 1,309 kekosongan jawatan di Langkawi pada ketika ini adalah dalam sektor perhotelan, kata Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Langkawi Arzanil Bahadon.

Beliau berkata kekosongan adalah untuk jawatan pengurusan peringkat bawahan yang tidak diisi sejak awal tahun ini.

"Peluang kerja itu tidak diambil oleh pencari kerja. Sektor perhotelan mungkin terjejas jika kekosongan tersebut tidak diisi segera," katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Beliau berkata jabatan itu akan mengadakan karnival mini perkerjaan setiap bulan bermula bulan ini bagi memastikan kekosongan jawatan itu disi.

Majikan yang memerlukan pekerja juga dipelawa menyertai karnival mini itu, katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi : Berita baik utk warga langkawi. Ttp selalunya yg mengisi kekosongan adalah org luaq. Nak kata salah org luaq x juga sbb sbg warga langkawi kadang2 kita tak tangkap peluang yg ada.. Kita selesa dgn buat apa yg ada.. Jadi nasihatlah pada adik beradik kita saudara mara yg xdak keja @ tgh belajaq utk ambik bidang perhotelan terutama sekali tourism management.. (kalo adalah)

Monday, May 10, 2010

Pelancong teruja tepung tawar Aishah

KUAH - Kira-kira 3,000 penduduk tempatan Langkawi mengambil kesempatan meraikan generasi ketujuh Mahsuri, Aishah Wan Nawawi, bersama suaminya Alee Tongyon bersanding di pekarangan Pekan Rabu di Kuah. Kedua mempelai lengkap berbaju Melayu dan kebaya menyerlahkan kejelitaan dan ketampanan kedua pasangan itu. Majlis itu turut dibanjiri pelancong asing dan tempatan serta beberapa tetamu kehormat.

Bagi Christine Jane dari Kanada dia hanya mengetahui mengenai pasangan itu selepas melihat kain rentang yang dipasang di sekitar Pekan Rabu. Dia yang berlayar mengelilingi dunia berasa teruja dapat bertemu dengan ikon sejarah Langkawi yang menjadi bualan. Menurutnya, kecantikan dan budaya Melayu dalam perkahwinan penuh adat itu turut dapat disaksikan bagi melengkapkan koleksi peribadi pengalamannya mengelilingi dunia.

“Ini kali pertama saya melihat perkahwinan di Malaysia, pengantin dihiasi cantik dan penuh sambutan warna-warni. “Kami berasa bangga dapat bertemu dan bersalaman dengan ikon sejarah Langkawi, selama ini saya hanya membaca kisah moyangnya di internet sahaja,” katanya ketika ditemui di Pekan Rabu, Kuah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Seorang pemandu pelancong, Mohd Sidik Adul Rahman, 45, berkata, kisah Mahsuri masih kuat tertanam bagi kalangan penduduk Langkawi. Menurutnya, kisah legenda itu sering diingati olehnya termasuk menjadi daya penarik pelancongan.

“Kami sering memaparkan kisah Mahsuri untuk dikongsi bersama pelancong asing ketika menjejak kaki di Langkawi. “Sungguhpun hanya mitos namun terdapat kaitan sejarah sehingga memberi kesan ke atas pembangunan Langkawi kini,” katanya. Dia berharap pasangan itu akan kerap ke Langkawi bagi menghidupkan kembali sejarah silam moyangnya itu sebagai bukti kewujudan Mahsuri suatu masa dahulu.

Sinar Harian

Anaklangkawi :- Elokla.. paling kurang jadi produk pelancongan..

Thursday, May 6, 2010

Penceroboh perairan negara tumpas

KUAH - Empat bot nelayan asing dengan 21 anak kapal dirampas ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara, di Pulau Perak kira-kira 86 batu nautika dari Langkawi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot itu selepas didapati tidak mempunyai permit penangkapan ikan yang sah. Selain itu, awak-awaknya berusia antara 21 hingga 55 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Operasi berjaya mengesan tiga bot pertama dengan 16 awak-awak termasuk tekong pada jam 10.30 pagi sedang melakukan aktiviti penangkapan dengan memasuki perairan negara melebihi 12 batu nautika dari garis sempadan ketika rondaan penguatkuasaan operasi Satria utara di perairan Selat Melaka utara. Manakala bot kedua dikesan kira-kira 22 batu nautika dari bot pertama dengan kapal pengesan, KM Siamil yang diketuai oleh Leftenan Maritim Hilmi Abdullah bersama 25 anggota.

“Tiga bot pertama dikesan ketika mereka menjalankan aktiviti merawai dalam perairan negara berasaskan bacaan koordinat yang disahkan. “Dalam perjalanan ke pangkalan, kami mengesan sebuah lagi bot asing dinaiki seorang tekong dan lima awak-awak dari negara sama kira-kira jam 1.03 petang sedang berlabuh sambil melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya.

Menurutnya, nelayan dari Belawan, Indonesia terbabit mendapat pelbagai jenis ikan sebanyak satu tong seberat 50 kilogram setelah berada di perairan selama empat hari. Zulkifli berkata, siasatan lanjut akan dibuat bagi mendakwa nelayan terbabit kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan Malaysia kerana menangkap ikan di perairan tanpa permit sah.

Menurutnya, alasan sesat menjadi topik utama selepas ditahan pihak berkuasa dan mengakui ini kali pertama dia memasuki perairan negara.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Biasala alasan sesat.. kadang2 tu tak paham awat la sampai sini curi ikan..
kat negara depa takdak ikan ka!

Tuesday, May 4, 2010

Perasmian Gelanggang Silat Pauh ~ Kg Kisap

Email Diterima..

Pada 16 April 2010 Dato' Abu Bakar Taib telah merasmikan Gelanggang Silat Pauh di Kg Kisap Mukim Kuah Langkawi.

Dalam ucapan perasmian ini Dato Bakaq menyeru semua langkawi supaya mendekati persatuan silat bagi memupuk semangat jati diri & mempertahankan diri. Beliau juga berkata Silat yg merupakan Warisan Org Melayu sudah tidak asing lagi dipersada antarabangsa sehinggakan mendapat pengiktirafan bila ia salah satu seni mempertahankan diri Dunia yg dipaparkan dalam National Geography.

Adalah menjadi tanggungjawab org Melayu khasnya utk menjaga warisan ini & menjadikan ia setaraf dgn seni mempertahankan diri yg lain didunia.

Anaklangkawi :
Silat mmg merupakan antara sukan yg memupuk cintakan negara & bangsa.. Sama2 kita suruh anak2 kita masuk kalo boleh..

65 Bakal Jemaah Umrah Dari Langkawi Dakwa Ditipu

LANGKAWI, 30 April (Bernama) -- Hasrat 65 jemaah Langkawi untuk menunaikan umrah ke Mekah tidak kesampaian, apabila sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor yang menawarkan pakej itu didapati 'ghaib'.Wakil kumpulan jemaah, Zinuddin Mahmud, 48, berkata mereka menyedari ditipu apabila syarikat terbabit gagal menyediakan penerbangan yang dijadual berlepas pukul 3 petang semalam dari Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan. Katanya pelbagai alasan diberi oleh wakil syarikat berikutan dengan penerbangan yang beberapa kali telah ditunda sejak 23 April lepas.
"Semua 65 jemaah Langkawi yang terkandas, telah pulang ke Langkawi malam tadi dan hari ini," katanya di sini Jumaat.Katanya, setiap jemaah itu hanya dikenakan RM2,500 untuk menunaikan umrah manakala baki kos kononnya akan ditaja oleh pihak tertentu.Zinuddin berkata syarikat berkenaan juga didapati tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kumpulan terbabit telah membuat laporan polis di Langkawi untuk tindakan lanjut.-- BERNAMA
Anaklangkawi :-
Alamak sedih mendgr berita mcm ni. Niat nak pi umrah terkandas dek disbbkan benda2 mcm ni.. Tapi takpa kot.. Pahala dapat kot sbb niat dah ada..
Pada yg belum kena pastikan berhati2 bila memilih agensi.

Langkawi On Tourism Promotion Drive In West Asia

LANGKAWI, May 3 (Bernama) - Langkawi expects tourist arrivals from West Asian countries will exceed last year's figure of 89,000 with its participation at the three-day Arab Travel Mart in Dubai starting Monday. Langkawi Development Authority (Lada) public relations officer Ramizi Hassan said Lada and Tourism Malaysia were promoting various packages including honeymoon and yachting packages at the exhibition.Be said besides the travel mart, Lada would also be holding roadshows in Kuwait and Qatar from tomorrow till May 11.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Continous effort need to be done to ensure continous flow of tourist to Langkawi.
But the locals also need to maintain Langkawi as clean & beauty as possible so that the effort made is not a waste..

Aksi wheelie sekat hajat Hariff

KUALA LUMPUR - Jika tidak melakukan aksi wheelie, berkemungkinan Mohd. Hariff Salleh muncul juara Kriterium Langkawi pada Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia (JM) 2010, di Pulau Langkawi semalam.
Hariff terlepas gelaran juara tersebut kepada pesaing terdekat, Hanco Kachelhoffer dari pasukan Medscheme, gara-gara melakukan henjutan terakhir menuju ke garisan penamat dengan tayar hadapan basikalnya terangkat. Ini menyebabkan komisar perlumbaan menyalahkan perbuatannya itu. Komisar perlumbaan beranggapan Hariff sengaja melakukan perbuatan tersebut, dan ia bertentangan dengan peraturan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), dengan alasan ia membahayakan keselamatan pelumba lain. Akibat kesalahan tersebut Hariff dikenakan penalti, sekali gus menyaksikan potong kepada 24 mata.

Ini menyebabkan dia terpaksa menyerahkan kejuaraan kepada Kachelhoffer, yang mengumpul 25 mata. Menurut Hariff, dia bukan sengaja untuk melakukan aksi wheelie seperti yang didakwa oleh komisar, tetapi melakukan henjutan terakhir seperti mana kebiasaannya akan menyebabkan tayar hadapan terangkat sedikit.

"Saya sendiri tidak perasan tayar basikal saya terangkat.
''Ini terjadi kerana saya hanya menumpukan perhatian kepada pecutan terakhir yang saya lakukan ketika bersaing dengan Hanco,"
kata Hariff ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, aksi tersebut selalu terjadi kepada pelumba lain ketika melakukan pecutan terakhir menuju ke garisan penamat. Bagaimanapun, dia tidak menyangka ia berlaku kepada dirinya.

"Nampaknya nasib tidak menyebelahi saya hari ini, semua tenaga yang saya curahkan untuk bergelar juara kriterium sia-sia," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.
Keputusan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati pasukan kebangsaan dan mendapat bantahan jurulatih, William Walker serta bekas pelumba negara yang juga jurulatih Wilayah Persekutuan, Musairi Musa. Namun bantahan tidak diterima oleh komisar.
Tempat ketiga pula milik Mat Senan Mohd. Shaufie, dari Terengganu.
Sementara itu, Walker terkilan dengan keputusan komisar perlumbaan dan mempertahankan tindakan Hariff, yang didakwa biasa dalam perlumbaan.

"Saya rasa keputusan ini sangat tidak masuk akal. Mengapa komisar beranggapan Hariff sengaja mengangkat tayar.
"Tayar hadapan pastinya terangkat sedikit kerana Hariff memang kuat dari segi kayuhannya.
''Perkara ini juga berlaku dalam perlumbaan di luar negara tetapi tidak dikenakan penalti,''
katanya. - Utusan Malaysia

Anaklangkawi :- Itulah gah punya pasal.. Tak dapat juara.