Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, May 4, 2010

65 Bakal Jemaah Umrah Dari Langkawi Dakwa Ditipu

LANGKAWI, 30 April (Bernama) -- Hasrat 65 jemaah Langkawi untuk menunaikan umrah ke Mekah tidak kesampaian, apabila sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor yang menawarkan pakej itu didapati 'ghaib'.Wakil kumpulan jemaah, Zinuddin Mahmud, 48, berkata mereka menyedari ditipu apabila syarikat terbabit gagal menyediakan penerbangan yang dijadual berlepas pukul 3 petang semalam dari Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan. Katanya pelbagai alasan diberi oleh wakil syarikat berikutan dengan penerbangan yang beberapa kali telah ditunda sejak 23 April lepas.
"Semua 65 jemaah Langkawi yang terkandas, telah pulang ke Langkawi malam tadi dan hari ini," katanya di sini Jumaat.Katanya, setiap jemaah itu hanya dikenakan RM2,500 untuk menunaikan umrah manakala baki kos kononnya akan ditaja oleh pihak tertentu.Zinuddin berkata syarikat berkenaan juga didapati tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kumpulan terbabit telah membuat laporan polis di Langkawi untuk tindakan lanjut.-- BERNAMA
Anaklangkawi :-
Alamak sedih mendgr berita mcm ni. Niat nak pi umrah terkandas dek disbbkan benda2 mcm ni.. Tapi takpa kot.. Pahala dapat kot sbb niat dah ada..
Pada yg belum kena pastikan berhati2 bila memilih agensi.

No comments: