Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, May 25, 2010

80 Peratus Kekosongan Jawatan Di Langkawi Dari Sektor Perhotelan

LANGKAWI, 24 Mei (Bernama) -- Kira-kira 80 peratus daripada 1,309 kekosongan jawatan di Langkawi pada ketika ini adalah dalam sektor perhotelan, kata Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Langkawi Arzanil Bahadon.

Beliau berkata kekosongan adalah untuk jawatan pengurusan peringkat bawahan yang tidak diisi sejak awal tahun ini.

"Peluang kerja itu tidak diambil oleh pencari kerja. Sektor perhotelan mungkin terjejas jika kekosongan tersebut tidak diisi segera," katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Beliau berkata jabatan itu akan mengadakan karnival mini perkerjaan setiap bulan bermula bulan ini bagi memastikan kekosongan jawatan itu disi.

Majikan yang memerlukan pekerja juga dipelawa menyertai karnival mini itu, katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi : Berita baik utk warga langkawi. Ttp selalunya yg mengisi kekosongan adalah org luaq. Nak kata salah org luaq x juga sbb sbg warga langkawi kadang2 kita tak tangkap peluang yg ada.. Kita selesa dgn buat apa yg ada.. Jadi nasihatlah pada adik beradik kita saudara mara yg xdak keja @ tgh belajaq utk ambik bidang perhotelan terutama sekali tourism management.. (kalo adalah)

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Ada banyak faktor kekosongan ini wujud.

1. Sekalipun warga Langkawi ada ijazah dlm tourism atau hotel management tetapi mai bab speaking, depa kantoi.
2. Style kerja di hotel lain, sekalipun ada ijazah tapi tiada pengalaman, warga Langkawi tak nak kerja dari bawah. Depa nak pangkat tinggi, kantoi.
3. Self-discipline amat rendah dan sukar pihak hotel nak isi kekosongan, kantoi.
4. Sifat inferior utk berdepan dengan org luar (pelancong, tetamu hotel), kantoi.

Woi, brapa byk puna kantoi daaaa... Tapi itulah cerita yg saya dapat dari kalangan pengamal bidang HR hotel di Langkawi. Tak heran kenapa level middle management dapat kat org luar, top management jgn dok katalah. Tapi semua tu mereka mula dari level bawah spt waiter, bellman, steward or cook 3




Kah kah kah!!!...

anaklangkawi said...

Org Tjg,
ada kebenaran tapi x semua.. tapi satu yg pasti kbykan dah rasa selesa dgn apa yg ada.. itu pasal org2 luaq dtg bekerja kat sini..