Ducktour di Melaka |
LANGKAWI - Pengendali perkhidmatan kereta kabel Langkawi, Panorama Langkawi Sdn Bhd melancarkan produk terbaru ”SkyCab Duck Tour”, yang membolehkan pelancong bersiar-siar di darat dan air menggunakan bas amfibia.
Menerusi pakej yang diusahakan bersama Duck Tour Sdn. Bhd. itu, pelancong dibawa bersiar sejauh dua kilometer ke Telaga Harbour sebelum meneruskan perjalanan di atas air di sekitar Telaga Harbour, kata Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Ebi Azly Abdullah.
"Kerjasama antara Panorama Langkawi dan Duck Tours Langkawi ini diyakini akan mempelbagaikan lagi produk-produk kami terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan alternatif kepada pelawat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
AL :-
Produk baru di Langkawi yg amat menarik utk dikunjungi. Syabas kpd Panorama kerana memperkenalkan produk baru ke Langkawi..
No comments:
Post a Comment