Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, September 23, 2010

Feri Penumpang Tenggelam Ketika Disenggara Di Langkawi

LANGKAWI, 21 Sept (Bernama) -- Sebuah feri yang sebelum ini diguna membawa penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi tenggelam ketika disenggara di Jeti Kuah di sini.

Pengarah Urusan JMV Ferry Service Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata insiden itu disedari berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi oleh pekerja syarikat tersebut.

Feri itu tenggelam sepenuhnya pukul 7.30 pagi tadi, katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Beliau berkata feri tersebut yang boleh memuatkan sehingga 90 penumpang dihantar untuk penyenggaraan selepas berlaku kebocoran pada bahagian ekzos.

Kerugian ditaksir lebih RM1 juta.

Difahamkan usaha menaikkan feri seberat 25 tan dengan panjang lebih 20 meter itu sedang dijalankan menggunakan kren, manakala tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati anggota Jabatan Laut sedang mengawal tumpahan minyak dari feri tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Mohamad Sayuti Sapie berkata pihaknya telah mengambil sampel tumpahan minyak di kawasan kejadian.

"Kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk memantau keadaan kawasan itu," katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

AL :-
Nasib Feri tu tak karam waktu belayar. Nak kena tanya inside story dr Org Tanjung ni.. Kapal ni under Classification apa yek.. Apa2 pun, harapan DOE pantau kesan pencemaran yg bakal berlaku terhadap kawasan sekitar..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Salam Anak Langkawi...

3 tahun sudah feri Hubungan 1 tu telah diketahui bocor. Kalau tak salah di bahagian hadapan sebelah kanan seat row no 5. Tak pasti samada telah dibaiki atau tidak atau berkait ke tak dengan kejadian ni.

Saya menjangkakan bahawa kebocoran ini berpunca dari kurang penyelenggaraan terutama dari aspek kebersihan bilik engine. Tumpahan minyak diesel atau lain-lain minyak kalau tidak dibersihkan segera akan menyebabkan ianya menyerap ke dalam fiber dan mengurangkan daya tahan fiber berkenaan. Along the time, fiber akan terhakis dan boleh menyebabkan kebocoran.

Saya juga merasakan bahawa setiap kali feri Langkawi due for inspection, pihak berkenaan gagal menjalankan pemeriksaan dengan telus, bukan nak tuduh. Semua peralatan mcm life jacket kelihatan baru tapi selepas itu ditukarkan kepada yang lama. Kita tidak perlu statement dari pihak berkenaan yg menyatakan bahawa feri penumpang diperiksa secara berkala tetapi kita nak pemeriksaan mengejut dijalankan sepanjang masa.

Adakah anak-anak kapal terlatih di dalam aspek keselamatan dan tindakan yg perlu diambil kiranya berlaku kemalangan? Rasanya tidak kerana tengok muka saja mereka di rasanya lebih sesuai utk pecah rumah.

Banyak lagi yg boleh diperkatakan berkenaan dengan feri Langkawi ni tapi nampaknya nyawa org Langkawi hanyalah semahal RM23 shj. Kami di Penang ni sentiasa gelak bila membaca berita berkenaan.

anaklangkawi said...

Kamal..
Its a very strong word from yourside.. kalau betul apa yg saudara cakap this is quite alarming..
Anyhow.. I'll try to escalate your comment to higher authority.. kalo boleh la..

Pada saya annual inspection kena buat tak kira sapa.. kalau ada kebocoran kena ada procedure yg sesuai utk repair area yg rosak..

i agree..yg kadang2 spot check lebih bagus daripada schedule check sbb kadang2 owner akan ready bila schdule inspection..

p/s: takkan nyawa org langkawi RM 23jaaa.. sedih dengaq..