Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, September 28, 2010

Koperasi Disaran Terokai Peluang Dalam Sektor Pelancongan

LANGKAWI, 28 Sept (Bernama) -- Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia Che Wahid Mohamad Nor berkata koperasi mempunyai kedudukan yang baik untuk menawarkan pakej pelancongan lengkap menerusi pengangkutan, penginapan, lawatan, kraftangan dan juga restoran.

Koperasi boleh usahakan semua produk itu dan tawarkan kepada pelancong sebagai pakej lengkap, katanya berucap melancarkan teksi mewah/limosin Koperasi Pembangunan Perkhidmatan Pelancongan Langkawi Berhad (K3P), di sini pada Isnin.

Beliau mewakili Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebanyak 12 daripada 50 limosin dilancarkan manakala baki akan dibuat secara berperingkat.

Pengerusi K3P Saad Mahmud ketika ditemui selepas itu, berkata perkhidmatan limosin yang ditawarkan koperasi tersebut tidak akan menjejaskan pendapatan teksi dan kereta sewa di pulau berkenaan.

"Kita tidak mengambil pelancong di stesen-stesen teksi, sebaliknya mengikut tempahan di hotel dan permintaan," katanya.

Beliau juga berkata kesemua 50 permit limosin yang diluluskan kepada koperasi itu dijangka beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Buat masa ini hanya 12 beroperasi iaitu sejak April lepas, katanya.

-Bernama

AL:
Kenapa hanya 12 beroperasi sedangkan permit yg diluluskan 50.. adakah kelulusan diberikan berperingkat? Pihak koperasi perlu menggunakan sebaik-baiknya jika permit yg diberikan telah dapat sepenuhnya.. jgn simpan ..

No comments: