Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, September 13, 2010

Makin Ramai Pelancong Thailand Dijangka Ke Langkawi

LANGKAWI, 8 Sept (Bernama) -- Kemasukan pelancong Thailand ke Langkawi tahun ini diunjurkan meningkat 30 peratus daripada 200,000 orang pada tahun lepas.

Pengarah Urusan Langkawi Satun Ferry Sdn Bhd, anak syarikat Konsortium Feri Langkawi, Ku Azhar Ku Razak berkata, peningkatan itu membolehkan syarikat itu mengadakan perkhidmatan tambahan ke Satun di Thailand yang dijadual beroperasi 1 Okt ini.

"Kita menerima jemputan dari pihak Satun untuk mengadakan perkhidmatan feri tambahan berikutan permintaan yang semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) antara konsortium itu dan Syarikat Satun Inter Ferry Co Ltd di sini Selasa malam.

Konsortium itu diwakili empat syarikat iaitu Ekspress Bahagia (Langkawi) Sdn Bhd, JVM Ferry Services Sdn Bhd, Rowest (Langkawi) Sdn Bhd dan Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd dengan menyediakan 38 buah feri.

Ku Azhar berkata MoU itu bagi membolehkan syarikat berkenaan mengadakan perkhidmatan feri tambahan berikutan ramai pelancong Thailand berminat berkunjung ke Langkawi.

Terdapat enam perjalanan ulang alik antara Langkawi dan Satun dengan dikenakan bayaran RM30 seorang untuk satu perjalanan.

Perkhidmatan itu yang mula beroperasi tahun lepas menjadi tarikan baru kepada pelancong ke Langkawi untuk menikmati keindahan panorama pulau peranginan itu dari udara.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Elokla, ini berita baik utk anak-anak langkawi. Diharap dgn penambahan pelancong dr Thailand maka industri pelancongan kita makin meriah. Jgn nnti tumbuh mcm cendawan pusat2 urut thai sudahla..

No comments: