Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, February 8, 2010

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Tangani Masalah Kebersihan

LANGKAWI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelancongan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak untuk menangani masalah kebersihan di pulau Langkawi. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Majlis Perbandaran Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi, Tourism Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut.

"Jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali atau mengikut keperluan untuk mendapat maklumbalas, selain itu pemantauan terus dibuat oleh kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata langkah kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat Environment Idaman (E-Idaman) mulai semalam adalah satu daripada langkah menangani masalah kebersihan di pulau bebas cukai itu. Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memasang lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa di tempat tumpuan pelancong bagi memudahkan mereka memahami keadaan sebenar kawasan itu termasuk aspek keselamatan. Selain bahasa Inggeris, papan tanda yang akan dipasang mengikut kehadiran pelancong seperti Jerman, Itali, Jepun dan Arab, katanya.-- BERNAMA

2 comments:

typhaa2 said...

Perbanyakkan papan tanda jalan memang idea bagus.Kita dok promote LGK suruh orang mai, orang mai dah keliru. La ni kalau kita dari jeti, sampai trafic light hospital lama tu, tourist (yg drive la) akan pening tak dak satu sign board pun. Dataran Lang dibina pada 1995, sapa boleh tunjuk di seluruh pulau ni di mana sign board tunjuk arah ke Dataran Lang??? Satu pun tak dak .......

anaklangkawi said...

:) yg betul.. confuse kadang2.. pastu takdak signboard kepada tourist spot yg betui.. duit dah habis berjuta2 dah..