Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, February 2, 2010

Kharulnizam Menepati Sasaran Ungguli Laser Standard


LANGKAWI, 31 Jan (Bernama) -- Pelayar kebangsaan Kharulnizam Mohd Afendy menepati sasaran mengungguli kategori Laser Standard selepas menamatkan 12 perlumbaan pada hari terakhir KFC Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 ketujuh di sini Ahad."Saya berpuas hati dengan pencapaian ini, walaupun Laser Standard baru bagi saya", katanya selepas perlumbaan itu.Tiupan angin yang agak baik antara 12 hingga 15 knot, kata Kharulnizam membantunya menamatkan dua perlumbaan hari ini dengan selesa sekaligus meraih kejuaraan.Jurulatih kebangsaan Abdul Rani Idris berkata kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan Kharulnizam turut membantu kejayaannya. Dua rakannya Harrithammry Nassution kekal dengan kedudukan tangga kedua dan ketiga Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan. Pelayar elit negara Mohd Romzi Mohamad pula kekal ditangga kedua selepas menghadapi kesukaran mengatasi Juara dunia, Kee Rai Bualong dari Thailand menjadi yang menjuarai kategori Laser Radial.Dua pelayar negara Mohd Amirul Shafiq dan Kharuneeta Mohd Afendy, masing-masing kekal tempat pertama dan kedua acara Byte CII manakala Muhamad Syahril dari Pulau Pinang di tangga ketiga.Gandingan pelayar elit, Ku Anas Ku Zainal dan Muhammad Hafizuddin Mazelan menjuarai acara Internasional 420 manakala Navee Thamsoontorn/Atiwat Chomtongoee (Thailand) tangga kedua dan Muhamd Zambri dan Muhammad Hanafi menduduki tempat ketiga.Tiga pelapis negara Ahmad Latif Khan, Ahmad Shukri dan Muhammad Faizal Norizan membuktikan kemampuan apabila menguasai tempat pertama hingga ketiga kategori Optimist.Pelayar Al Mustakim Mutrin (MSN/paralimpik) menjuarai kategori paralimpik yang buat pertama kali dipertandingkan dengan enam pelayar paralimpik Orang Kurang Upaya (OKU) mengambil bahagian.

No comments: