Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, April 26, 2010

Hari TLDM Ke-76 Di Langkawi 1 Mei Ini Sajikan Pameran Asetnya

LANGKAWI, 26 April (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan satu pameran khas sempena Hari TLDM ke-76 di pengkalan TLDM Langkawi di sini pada 1 Mei ini, yang akan memberi peluang kepada orang ramai meninjau pelbagai asetnya seperti helikopter dan kapal dengan lebih dekat.Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan TLDM Langkawi Lt Rashidi Ramli berkata helikopter Fennec didatangkan khas bersama dengan kapal KD Kedah bagi menjayakan pertunjukan yang julung-julung kali diadakan pada Hari Terbuka TLDM di pangkalan itu. Beliau berkata selain itu pengunjung juga berpeluang melawat tiga kapal TLDM iaitu kapal KD Kedah, KD Perantau dan KD Laksamana Tan Pusmah.

"Hari terbuka yang diadakan akan membolehkan orang ramai melihat secara dekat operasi kapal dan bertemu dengan para petugas dalam usaha mendekatkan anggota TLDM dengan masyarakat," katanya kepada pemberita.Beliau berkata sambutan itu turut dimeriahkan dengan pertunjukan motosikal berkuasa tinggi dan pelayar-pelayar Optimist.Menurutnya pelbagai aktiviti lain seperti perbarisan, kempen derma darah, pertandingan memancing, majlis membaca Yasin dan tahlil akan diadakan di Masjid Al Ehsan Temoyong Langkawi.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Mai pi beramai2. BUkan senang nak masuk kem..

No comments: