LANGKAWI, 9 April (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Langkawi, mengesan kes penipuan penawaran projek menaik taraf beberapa sekolah di pulau ini membabitkan kerugian ribuan ringgit. Pengerusinya Mohd Sofi Hashim mendakwa kegiatan penipuan itu dilakukan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi sejak 5 April lalu dan sehingga kini lebih 20 kontraktor telah terbabit."Setiap kontraktor ditawarkan projek untuk laluan pejalan kaki dan mengecat sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Sekolah Kebangsaan Kelibang, Sekolah Kebangsaan Bayar dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak.
"Mereka dikenakan bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 dan diminta memasukkan ke dalam dua akaun berlainan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini pada Jumaat. Sehubungan itu, Mohd Sofi mengingatkan lebih 100 anggota di bawah persatuannya supaya berhati-hati dengan tawaran itu serta membuat laporan polis segera jika mendapat tawaran itu.Katanya kegiatan penipuan itu turut dikesan di beberapa bandar lain di Alor Setar, Kulim dan Sungai Petani.-- BERNAMA
Anaklangkawi :-
La sedih betuila.. benda2 mcm ni pun boleh kena tipu.. Apalagi reportla SPRM..
2 comments:
Nampak sangat kontraktor yg terbabit amat terdesak sampai tak kenal di antara siapa org yg menyamar dan siapa yg sebenarnya.
Dah tu, tahap exco dan ketua pengarah pun kena kencing ngan budak pelatih PLKN.
Kah kah kah!!!...
:).. hahaha.. mmg pun.. mangkok betul la.. buat malu jaa
Post a Comment