Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, April 21, 2010

Langkawi International Mountain Bike Tawar Hadiah Berjumlah RM250,000

LANGKAWI, 21 April (Bernama) -- Kejohanan Langkawi International Mountain Bike Challege 2010 selama tiga hari mulai 6 Ogos ini menawarkan hadiah berjumlah RM250,000. Syarikat penganjurnya Human Voyage berkata kejohanan itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari dalam mahupun luar negara, dan para pelumba diingatkan supaya mendaftar awal untuk mengelak peluang mereka untuk menyertai kejohanan antarabangsa itu terjejas. Menurut jurucakapnya ini kerana penganjur menetapkan bahawa jumlah penyertaan hanya 1,000 peserta, dengan separuh daripada jumlah itu dikhususkan untuk peserta tempatan, dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www.mtbmalaysia.com untuk menghantar borang penyertaan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan itu.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat Langkawi baru-baru ini mengumumkan pengenalan kejohanan itu yang bertujuan mengantikan Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) yang mengeluarkan pulau peranginan itu sebagai laluan kejohanan sejak beberapa tahun lepas."Penganjuran kejohanan kali pertama ini mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI), Kementerian Belia dan Sukan serta Kelab Basikal Lasak Langkawi," kata jurucakap penganjur, Human Voyage (M) Sdn Bhd kepada Bernama.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Elokla ada kejohanan lain diadakan di Langkawi. Le Tour de Langkawi nama ja Langkawi tapi tak buat kat langkawi pun sejak bbrp tahun ni..

No comments: