Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, April 11, 2011

Kerajaan Rancang Beri Nafas Baru Kepada Langkawi

LANGKAWI, 10 April (Bernama) -- Kerajaan kini merancang beberapa langkah proaktif untuk memberi 'nafas baru' kepada Langkawi dalam usaha menjadikan pulau peranginan itu sebagai destinasi pelancongan utama setanding Hawaii, Bali dan Phuket.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata antara yang dirancang ialah memperbanyakkan penerbangan berjadual dan sewa khas dari pelbagai destinasi dan kekerapan bot dari Pulau Pinang ke Langkawi.

Beliau berkata selain itu, tahap kebersihan perkhidmatan feri penumpang Langkawi, Kuala Perlis dan Kuala Kedah juga akan ditingkatkan untuk keselesaan penumpang

"Fokus akan diberi kepada pembangunan eko-pelancongan kerana Langkawi mempunyai banyak kelebihan dan keunikan berbanding negara lain," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat bagi mewujudkan plan asas untuk membangunkan Langkawi secara lebih berkesan, di sini Ahad.

Mesyuarat tertutup itu turut dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, wakil-wakil jabatan kerajaan serta pengusaha pelancongan.

Nor Mohamed berkata kerajaan yakin Langkawi mempunyai potensi sebagai destinasi pelancongan yang setanding dengan Hawaii, Bali dan Phuket tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini berlaku kemurungan dan pulau itu kurang menyerlah.

Kerjasama erat pelbagai pihak seperti Unit Perancangan Ekonomi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri amat penting bagi menjayakan usaha ke arah membangunkan pulau itu, katanya.

-- BERNAMA

AL :-
Langkawi perlukan perancangan terancang & lebih fokus kepada sesuatu bidang yg khusus. Langkawi tak boleh dicampur adukkan semua pembangunan nak dibangunkan. Jadikanlah langkawi pusat pelancongan & sebarang rancangan patutnya terarah kepada utk menambah baik aktiviti pelancongan & menambah kapasiti kawasan yg boleh dilawati pelancong.. 

No comments: