Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, April 26, 2010

Hari TLDM Ke-76 Di Langkawi 1 Mei Ini Sajikan Pameran Asetnya

LANGKAWI, 26 April (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan satu pameran khas sempena Hari TLDM ke-76 di pengkalan TLDM Langkawi di sini pada 1 Mei ini, yang akan memberi peluang kepada orang ramai meninjau pelbagai asetnya seperti helikopter dan kapal dengan lebih dekat.Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan TLDM Langkawi Lt Rashidi Ramli berkata helikopter Fennec didatangkan khas bersama dengan kapal KD Kedah bagi menjayakan pertunjukan yang julung-julung kali diadakan pada Hari Terbuka TLDM di pangkalan itu. Beliau berkata selain itu pengunjung juga berpeluang melawat tiga kapal TLDM iaitu kapal KD Kedah, KD Perantau dan KD Laksamana Tan Pusmah.

"Hari terbuka yang diadakan akan membolehkan orang ramai melihat secara dekat operasi kapal dan bertemu dengan para petugas dalam usaha mendekatkan anggota TLDM dengan masyarakat," katanya kepada pemberita.Beliau berkata sambutan itu turut dimeriahkan dengan pertunjukan motosikal berkuasa tinggi dan pelayar-pelayar Optimist.Menurutnya pelbagai aktiviti lain seperti perbarisan, kempen derma darah, pertandingan memancing, majlis membaca Yasin dan tahlil akan diadakan di Masjid Al Ehsan Temoyong Langkawi.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Mai pi beramai2. BUkan senang nak masuk kem..

Segalanya lengkap di The Lanai Langkawi

KEISTIMEWAAN Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini bukan hanya pada keindahan alam semula jadinya malah lengkap dengan semua jenis tarikan. Keunikan bentuk muka bumi di darat dan laut, pusat membeli-belah bebas cukai hinggalah aktiviti sukan air dan rekreasi darat, semuanya tersedia untuk dinikmati.
Kenangan percutian di pulau lagenda Mahsuri itu pasti akan lebih manis sekiranya mendapat penginapan yang memenuhi kehendak dan cita rasa.

The Lanai Beach Resort Langkawi (Lanai) adalah antara nama yang sering dicadangkan terutama bagi yang mencari penginapan tepi pantai jauh daripada kesibukan di pulau yang semakin pesat membangun itu.
Berbeza dengan penginapan kos sederhana lain, resort tiga bintang ini menjanjikan penginapan berteman desiran ombak. Sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Resort tepi laut yang mengadap Selat Melaka ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Dengan tambang kira-kira RM15, perjalanan menaiki teksi ke resort ini hanya memakan masa kira-kira 15 minit.
Lanai yang terletak di bahagian paling hujung Pantai Tengah menyediakan 100 bilik dan lapan buah vila. Lokasinya hanya kira-kira 50 meter dari pantai manakala di bahagian belakang tersergam bukit-bukau yang menyejukkan mata.
Bukan sahaja dikelilingi pemandangan alam semula jadi yang indah, suasana di dalam kawasan resort ini juga boleh mengatasi harga penginapan sederhana yang dibayar pelawat.
Bagi percutian keluarga, vila berkeluasan 700 kaki persegi mungkin menjadi pilihan paling berbaloi. Pada harga RM428 semalam, pelawat disediakan dua bilik tidur dengan satu katil besar dan dua katil bujang.

Untuk penginapan lebih kecil, bilik untuk dua orang pada harga RM268 sudah memadai. Tanpa hiasan kontemporari seperti di bilik hotel, bilik Lanai yang dilengkapi pendingin udara, televisyen dan cerek air yang berfungsi dengan baik sudah cukup selesa.
Nilai penginapan yang dibayar juga berbaloi dengan kebersihan bilik dan persekitaran yang sentiasa terjaga.
Satu kelengkapan yang tidak disediakan pada setiap bilik adalah peti keselamatan yang diperlukan oleh pelanggan untuk menyimpan barang-barang berharga. Untuk lebih selamat, penginap boleh menyerahkan barang berharga ke kaunter resort.
Bagi yang tidak turun ke pantai, sebuah kolam renang tersedia di tengah-tengah kawasan resort. Dengan saiz yang besar untuk menampung jumlah tetamu. Ia adalah tarikan paling utama di resort ini.

Peluang untuk berendam di dalam kolam sambil ditemani deruan ombak dari pantai dan hembusan bayu laut pastinya cukup menghiburkan terutama bagi keluarga bersama anak-anak kecil. Resort dengan hamparan pasir putih dan bersih itu juga menjadi lokasi yang baik untuk bermandi-manda. Meskipun tidak sepopular seperti Pantai Cenang, suasana tenang Pantai Tengah yang tidak terlalu sibuk dengan lintasan manusia boleh dianggap satu bonus bagi mereka yang menginap di resort ini. Ditambah dengan pemandangan matahari terbenam di hujung garisan laut pada lewat petang.

Selain keindahan yang mengelilingi tempat penginapan, kemesraan dan keramahan kakitangan resort yang tidak lokek dengan senyuman juga satu perkara yang memuaskan hati. Daripada pengemas bilik hinggalah ke petugas di kaunter pendaftaran semuanya sedia untuk membantu dan menyelesaikan masalah pelawat. Untuk memenuhi selera pelawat, Lanai menyediakan dua buah restoran iaitu Kafe Yan dan Bar Pantai yang menyediakan pelbagai menu dan cita rasa. Pada setiap pagi di Kafe Yan, pelbagai pilihan makanan ala Barat tersedia untuk sarapan pagi. Bukan sahaja kopi dan teh, jus oren dan mempelam segar juga dihidangkan.

Bagi memenuhi keperluan percutian, kaunter khas juga disediakan untuk membantu pelawat mendapatkan perkhidmatan teksi, sewa kenderaan, pakej snorkeling ke taman laut dan sebagainya. Dengan penginapan yang selesa seperti itu, percutian di Langkawi sudah semestinya menjadi pengalaman yang menarik untuk dikenang dan dikongsi.

Maklumat mengenai The Lanai Beach Resort Langkawi boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.lanaibeach.com.my/.

Persandingan Wan Aishah meriah ~ Waris Mahsuri.

PHUKET 24 April – Perarakan persandingan Wan Aishah Wan Nawawi dan suami, Alee Tongyun hari ini berlangsung dalam suasana meriah diiringi hampir 70 orang termasuk 30 petugas Kota Mahsuri yang dibawa khas dari Pulau Langkawi.
Bermula dari rumah Wan Aishah, pasangan pengantin dan rombongan berjalan sejauh 500 meter ke pekarangan Masjid Kampung Tambon Kemala di mana majlis perkahwinan Wan Aishah dilangsungkan, didahului dengan pembawa bunga manggar dan bunga emas serta iringan muzik tradisional Gendang Pribumi Kota Mahsuri, Pulau Langkawi.
Anggun berkebaya pendek moden bertatah batu swaroswky merah jambu dan bertudung senada warna dan corak, Wan Aishah kelihatan manis diapit suaminya Alee Tongyun yang berpakaian serba putih.

Penduduk kampung berdiri di kiri kanan jalan menghala ke masjid untuk melihat wajah pasangan pengantin yang diibaratkan seperti ‘pinang dibelah dua’.
Pasangan pengantin kemudian dibawa melalui sebuah pintu gerbang yang dibuat daripada buluh dan dihias dengan bunga hidup sebelum dibawa ke pentas khas untuk upacara bergambar bersama kenalan dan sanak saudara.
Tetamu, rakan-rakan dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk bersalam dan memberi sumbangan kepada pasangan pengantin. Tiada ada upacara merenjis seperti dalam masyarakat Melayu Malaysia.

Hampir 700 tetamu jemputan mula sampai sejak pukul 9 pagi untuk meraikan majlis perkahwinan Wan Aishah dan menjamu selera dengan masakan tradisi masyarakat Melayu Phuket.
Seperti dalam masyarakat Melayu, penduduk Kampung Tambon Kemala masih mengekalkan istiadat Melayu dengan menggunakan tenaga penanggah untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu disajikan dengan persembahan hiburan dan nyanyian oleh Kumpulan Muzik Seni Kota Mahsuri yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi diketuai Ismail Hanapiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mail.

Menurut Ismail, kedatangan rombongan Kota Mahsuri adalah bagi meraikan majlis perkahwinan Wan Aishah yang mempunyai kaitan dengan sejarah legenda Pulau Langkawi.
“Saya sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga Kota Mahsuri di Langkawi terpanggil untuk ikut sama memeriahkan perkahwinan cicit Mahsuri itu dengan mengadakannya mengikut adat istiadat Melayu kita. Bunga manggar, bunga telur dan muzik tradisi yang kami bawa adalah pelengkap kepada sambutan majlis perkahwinan ini.

“Saya berharap persembahan kami dapat menggembirakan masyarakat Melayu di Phuket khasnya di Kampung Tambon Kemala ini,” katanya.
Terdahulu kedatangan pengantin lelaki Alee Tongyun disambut meriah oleh tuan rumah dan keluarga pihak pengantin perempuan.
Diiringi seorang budak lelaki berusia lingkungan enam tahun yang lengkap berpakaian seperti pengantin, Alee ditahan sebanyak tiga kali di pintu masuk sebelum dilepaskan setelah membayar ‘wang tol’. Di tangga rumah ke tingkat atas di mana pengantin perempuan menunggu, dua budak perempuan memegang tali pinggang emas menghalang laluan pengantin lelaki.

Bagaimanapun setelah dihulurkan wang tol, pengantin lelaki dibenarkan naik bertemu pengantin perempuan. Upacara membaca doa dilakukan di bilik pengantin perempuan oleh ibu saudara Wan Aishah.

Wan Aishah Wan Nawawi, 25, dinikahkan oleh datuknya Karim Dumluck dengan Alee, 27, malam Jumaat lalu di kediaman ibu bapa Wan Aishah.
Pada majlis hari ini, Wan Aishah menerima 11 hantaran berupa pakaian, makanan, manisan, barang kemas dan sejumlah wang tunai. – Mingguan

Anaklangkawi :-
Akhirnya waris kepada mahsuri kawin jugak. Maka gigit jarilah jejaka di Langkawi hahah..

Wednesday, April 21, 2010

Langkawi International Mountain Bike Tawar Hadiah Berjumlah RM250,000

LANGKAWI, 21 April (Bernama) -- Kejohanan Langkawi International Mountain Bike Challege 2010 selama tiga hari mulai 6 Ogos ini menawarkan hadiah berjumlah RM250,000. Syarikat penganjurnya Human Voyage berkata kejohanan itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari dalam mahupun luar negara, dan para pelumba diingatkan supaya mendaftar awal untuk mengelak peluang mereka untuk menyertai kejohanan antarabangsa itu terjejas. Menurut jurucakapnya ini kerana penganjur menetapkan bahawa jumlah penyertaan hanya 1,000 peserta, dengan separuh daripada jumlah itu dikhususkan untuk peserta tempatan, dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www.mtbmalaysia.com untuk menghantar borang penyertaan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan itu.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat Langkawi baru-baru ini mengumumkan pengenalan kejohanan itu yang bertujuan mengantikan Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) yang mengeluarkan pulau peranginan itu sebagai laluan kejohanan sejak beberapa tahun lepas."Penganjuran kejohanan kali pertama ini mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI), Kementerian Belia dan Sukan serta Kelab Basikal Lasak Langkawi," kata jurucakap penganjur, Human Voyage (M) Sdn Bhd kepada Bernama.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Elokla ada kejohanan lain diadakan di Langkawi. Le Tour de Langkawi nama ja Langkawi tapi tak buat kat langkawi pun sejak bbrp tahun ni..

Offers Of Help For Pupil With Kidney Failure

LANGKAWI, April 19 (Bernama) -- Offers to help lighten the financial burden of Year Six pupil Mohd Hafizudin Amirul Azizi, who is suffering from kidney failure, have poured in since his plight was highlighted by Bernama last week. Kuah assemblyman Datuk Nawawi Ahmad said he was discussing with the Welfare Department about providing monthly financial assistance for the boy's family."We hope the Langkawi District Hospital can also help out by getting the medicines, solution for cleaning his kidneys and the equipment for Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) from the Penang Hospital for Mohd Hafizudin.

"This will not only save the family money but also his mother from travelling to Penang Hospital and back to get what is needed for the boy," said Nawawi who visited the boy and presented a personal donation to the family.Mohd Hafizudin and his mother, Hasmeton Azmy, 33, a widow, are living with his grandmother after his father died eight years ago.

Hasmeton said she was grateful to the public for their donations since her son's plight was highligted.She said her son had to undergo CAPD four times a day for his kidney failure, and his poor health had forced him to stop schooling although he was keen to attend school. Those wishing to assist the boy's family in their time of need can channel their contribution to CIMB bank account number 02130074969525 or call 017-5628073.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
meh sama2 kita menderma.. takat Rm10.00 sorang.. moga diringankn beban.. (beli dvd sekeping sampai rm7.00 biasa ja.. takkan 10.00 takboleh kot)

Tuesday, April 20, 2010

Halimaton tidak sabar kembali ke sekolah

BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.

Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
"Dia sudah tidak sabar untuk belajar semula sehingga menangis kerana rindukan alam persekolahan yang ditinggalkannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Normah, urusan persekolahan anaknya itu kini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, difahamkan, Halimaton mungkin tidak lagi belajar di sekolah lamanya, sebaliknya akan memulakan sesi persekolahan di sekolah yang akan ditentukan jabatan berkenaan. Kisah Halimaton mula mendapat perhatian apabila pelajar itu bersembunyi di Langkawi sejak beberapa minggu lalu selepas dilaporkan hilang ketika berkunjung ke rumah kakaknya di Sungai Petani. Halimaton dilaporkan berkeras mahu berkahwin dengan teman lelakinya biarpun mendapat halangan daripada pihak keluarga.

Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarganya dari Langkawi baru-baru ini dengan bantuan pegawai polis dan JKM. Menurut Normah, anaknya turut meminta dia menyediakan segala kelengkapan persekolahan termasuk buku-buku.
Tambahnya, anaknya dalam pada itu turut memohon maaf di atas apa yang berlaku selain berharap dia dapat membekalkan naskah al-Quran untuknya.

"Berkali-kali Halimaton memohon maaf pada saya dan berpesan supaya dibekalkan al-Quran untuk dia baca," ujarnya. Menurut Normah, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu selepas kembali dari Langkawi beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, usaha memulihkan pelajar tersebut melalui kaedah perubatan Islam terus dilakukan keluarga berkenaan termasuk mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin.
Bagi Normah, apa yang berlaku terhadap anaknya adalah satu ujian yang terpaksa dilaluinya sebagai seorang ibu.

"Mungkin apa yang berlaku satu hikmah kepada saya dan keluarga namun saya reda menerimanya," ujarnya. Sementara itu, Normah berkata, dia turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini untuk memberi keterangan.

Anaklangkawi :-
Kecik2 dah nak kawin.. Masyallah.. takpala.. nasib dah sedaq.. pada ibu bapa pantaulah anak2 kita.. mcm2 la zaman skrg ni..

Utusan

Tuesday, April 13, 2010

Lelaki Menyamar Pegawai Daerah Tawar Kontrak Projek Sekolah

LANGKAWI, 9 April (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Langkawi, mengesan kes penipuan penawaran projek menaik taraf beberapa sekolah di pulau ini membabitkan kerugian ribuan ringgit. Pengerusinya Mohd Sofi Hashim mendakwa kegiatan penipuan itu dilakukan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi sejak 5 April lalu dan sehingga kini lebih 20 kontraktor telah terbabit."Setiap kontraktor ditawarkan projek untuk laluan pejalan kaki dan mengecat sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Sekolah Kebangsaan Kelibang, Sekolah Kebangsaan Bayar dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak.

"Mereka dikenakan bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 dan diminta memasukkan ke dalam dua akaun berlainan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini pada Jumaat. Sehubungan itu, Mohd Sofi mengingatkan lebih 100 anggota di bawah persatuannya supaya berhati-hati dengan tawaran itu serta membuat laporan polis segera jika mendapat tawaran itu.Katanya kegiatan penipuan itu turut dikesan di beberapa bandar lain di Alor Setar, Kulim dan Sungai Petani.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
La sedih betuila.. benda2 mcm ni pun boleh kena tipu.. Apalagi reportla SPRM..

Monday, April 12, 2010

Langkah penjimatan jejas industri hotel Langkawi

Pengusaha hotel dan chalet di Pulau Langkawi merayu pihak kerajaan mengkaji semula had penggunaan hotel dan chalet untuk seminar, kursus dan mesyuarat di Pulau Langkawi. Perkara itu disuarakan pengusaha dan pemilik hotel, peniaga bebas cukai dan pemilik syarikat pengangkutan awam selepas mengumpul 46 tandatangan berhubung masalah itu. Sekiranya perkara itu berlanjutan, sektor perhotelan di pulau bebas cukai ini bakal berdepan dengan risiko kemerosotan perniagaan atau mungkin ditutup. Selain itu, lebih 10,000 pekerja hotel juga akan diberhentikan sekali gus merencatkan sumber ekonomi pulau ini. Jawatankuasa bertindak ditubuhkan bagi membuat rayuan terhadapan pekeliling yang dikeluarkan kerajaan.

Pengerusinya yang juga Pengurus Besar Hotel Langkawi Seaview, Ooi Cheng Ping berkata, sejak surat pekeliling itu dikeluarkan kebanyakan hotel bertaraf tiga bintang ke bawah mengalami kemerosotan pendapatan sehingga 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. Cheng Ping berkata, hotel empat bintang ke bawah ini, menawarkan harga patut dan bersesuaian dengan kadar peruntukan kerajaan malah. Menurutnya, kebiasaannya setiap kali seminar atau mesyuarat dilakukan di hotel, mereka bebas menggunakan peralatan tanpa kekangan masa termasuk penyediaan makan dan minuman.

Menurutnya, semua pihak hotel yang merayu bersedia berunding dengan pihak kerajaan bagi menawarkan pakej atau bersama mengkaji semula surat pekeliling yang dikeluarkan. “Dalam surat pekeliling itu zon pakej diperkenalkan dengan pasaran perhotelan di Langkawi yang berada di Kedah hanya terbuka kepada jabatan kerajaan dari Perlis, Pulau Pinang dan Perak sahaja,” katanya ketika sidang media di hotel Langkawi Seaview di Kuah. Pengusaha kedai bebas cukai dan pengangkutan awam turut terjejas Kemelut itu turut dirasai pengusaha kedai bebas cukai terkemuka di Langkawi dan pengusaha kereta sewa dan teksi.

Pengarah Urusan kedai bebas cukai M Chuharmall Sdn Bnd, M Suresh Kumar Ratnani berkata, kuasa membeli (purchasing power) menurun sejak awal tahun ini. M Suresh berkata, hampir 30 peratus penjualannya menurun dalam tiga bulan pertama berbanding tahun lalu. “Tahun lalu, apabila kakitangan kerajaan menghadiri kursus atau mesyuarat dari Isnin hingga Khamis terdapat ramai pembeli, namun pada tahun ini perkara sebaliknya berlaku.

“Kemelut ini menyebabkan kami tidak berupaya mengambil pekerja baru, namun tidak akan membuang pekerja,” katanya. Masalah yang sama turut menjejaskan industri kereta sewa dan teksi di pulau peranginan ini. Yang Dipertua Persatuan Tuan Empunya Pemandu Kereta Sewa Langkawi (PTEPKSL), Alwi Baharudin turut merasai tempias masalah itu. Alwi berkata, kira-kira 30 peratus pendapatan pemandu teksi terjejas berikutan kekurangan pelanggan. Menurutnya, kerajaan disaran melonggarkan syarat pekeliling itu bagi menghidupkan semula industri pelancongan di Langkawi.

“Pihak kerajaan boleh berbincang semula dengan penggiat pelancongan bagi mendapatkan harga yang berpatutan sejajar dengan langkah penjimatan,” katanya. Keluhan pekerja hotel Sinar harian turut mendapatkan keluhan dan kegusaran pekerja hotel yang bakal berhadapan dengan risiko dibuang kerja sekiranya masalah ini berlanjutan. Pengurus Pemasaran, hotel Seaview Langkawi, M Nelson berkata, masalah ini berkemampuan menyebabkan ramai pekerja hotel diberhentikan. Menurutnya, sekiranya pihak hotel terpaksa membuat langkah penjimatan yang maksimum ada kemungkinan pekerja akan diberhentikan. “Kami tidak mahu perkara ini berlaku kerana sektor perhotelan adalah sumber pekerjaan utama di pulau ini,” katanya.

Bagi pembantu Sous Chef di hotel yang sama juga, Mohd Zamzuri Ismail menyifatkan masalah ini turut menjejaskan masa depan pekerja hotel terutamanya pekerja yang mempunyai keluarga besar. Menurutnya, hampir 80 peratus kakitangan hotel di Langkawi adalah anak tempatan pulau ini, jika perkara ini tidak segera diselesaikan makan kadar pengangguran akan meningkat. Hotel lain ambil langkah bijak Namun berbanding pula pendekatan yang dilakukan kumpulan Hotel de Baron yang turut merasai tempias masalah ini.

Kumpulan Hotel D’Baron mempunyai rangkaian hotel terbesar dengan menjalankan perniagaan di bawah premis de’Baron Resort, Hotel Baron,Malibest Resort, Langura Baron Resort dan Hotel Best Star. Pengurus Besar de Baron Resort, Nizam Ahmad berkata, kehadiran kakitangan jabatan kerajaan dan pelancong seimbang buat masa ini. Menurutnya, kesemua resort dan hotelnya mempunyai kelebihan dari segi lokasi dan harga yang ditawarkan.

Nizam berkata, langkah awal yang dilakukan sejak pekeliling itu dikeluarkan pihak pengurusan mula mengambil langkah dengan melakukan promosi bersama melalui Tourisme Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi dan agensi pelancongan. “Selepas kami menyedari risiko yang bakal dihadapi, kami segera lakukan promosi dengan menyertai MATTA Fair dan menyertai semua jenis bentuk promosi pelancongan yang diadakan di seluruh negara.

“Promosi juga dilakukan melalui majalah pelancongan atas talian,” katanya. Menurutnya, dengan senario yang berlaku kini, semua hotel disaran bergabung dengan penggiat industri pelancongan malah tidak mempunyai sikap tamak. “Kami harap saranan ini tidak sehingga menurunkan harga hotel ke tahap minima dan memulakan perang harga yang tidak munasabah sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan hotel,” katanya. ~ Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Sikap org2 Langkawi yg terlalu mengharapkan kerajaan utk seminar & kursus dilangkawi perlu dihakis oleh semua org Langkawi. Promosi pelancongan juga perlu berterusan supaya tidak keputusan pengunjung..

Satu lagi.. Anak2 langkawi di perantauan perlu memainkan peranan sebagai duta kecil utk Pulau Langkawi. Promosilah pulau kita.. Kalau bukan kita yg promote sapa lagi?

400 sertai sidang Geopark di Langkawi

LANGKAWI 8 April - Seramai 400 peserta dari luar negara serta 100 peserta dari Malaysia akan menghadiri Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berkaitan Geopark kali ke-4 di Awana Porto Malai di sini bermula esok hingga 15 April ini.

Persidangan bertemakan Globalisasi Geopark - Menuju ke Hadapan Bersama Alam Semulajadi itu bakal menyaksikan sebanyak 120 kertas kerja dibentangkan sepanjang seminar lima hari itu.
China merupakan negara paling banyak membentangkan kertas kerja daripada seramai 200 pesertanya.

Langkawi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi persidangan tersebut selepas persidangan ketiga yang telah diadakan di Jerman. Persidangan ini berlangsung selama dua tahun sekali dan negara yang ingin menjadi penganjur akan membuat bidaan untuk melayakkannya menjadi tuan rumah.

Timbalan Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman berkata, negara-negara peserta akan membentangkan kertas kerja berkaitan pembangunan dan penyelarasan yang dilakukan supaya dapat dinilai oleh badan penilai UNESCO untuk menjadi sebuah Geopark.
Kata beliau, setiap Geopark juga akan dinilai dua tahun sekali sebelum tarafnya disambung semula dengan Geopark di Langkawi dinilai semula pada 2011 untuk memastikan semua ciri-ciri Geopark dikekalkan.

Menurut beliau, persidangan itu akan dimulakan dengan pelancaran Pesta Geopark yang bermula Sabtu hingga Ahad ini, antaranya sebanyak 64 gerai disediakan untuk mempamerkan maklumat tentang Geopark di seluruh dunia selain acara kebudayaan.
Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azman Umar, berkata, sejak Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Geopark, pelbagai faedah dapat dirasai oleh semua masyarakat di Langkawi.

"Sebagai contoh, kawasan Sungai Kilim kini menjadi destinasi utama dengan sejumlah 100,000 pengunjung membuat lawatan ke Kilim Geoforest Park setahun."

"LADA juga akan terus membangunkan tapak-tapak Geopark lain kerana manfaat yang diperoleh akan meningkatkan sektor pelancongan dipulau legenda ini," kata beliau. - Utusan Malaysia

Anaklangkawi :-
Bersidangla elok2. Tambah nilai pada Program Geopark di Langkawi. BUkan takat bersidang aja..

Iklan Homestay ~ Kg Bayas

Homestay di Kg Bayas, Mukim Ulu Melaka
07000 Langkawi.

Lokasi : Berdekatan dgn Nusantara

Keadaan Rumah :
~ 3 Pintu Berkembar,
~ 2 bilik air aircond, 1 kipas syiling & bilik air
~ Water heater dgn Kemudahan astro dapur BBQ, Peti Ais.

10 minit dari airport langkawi..
15 minit dari jeti kuah...

LADA Steps Up Drive To Draw More Tourists To Langkawi

By Zulkafli Ibrahim

LANGKAWI, April 8 (Bernama) -- Over the years Langkawi has been firmly entrenched in the world tourism map as a 'must visit' resort island. However in recent years, the promotion drive to lure tourists here appeared to be losing some of its steam. At the moment there is no major project being implemented on the island. This could be due to the massive 'slash' in the budget for the Langkawi Development Authority or LADA.

In the Eighth Malaysia Plan (8MP), a total of RM431 million was set aside for LADA but in the 9MP, the authority received only RM173 million for development projects in Langkawi. Since its inception in 1991, the government had pumped RM1.6 billion into LADA and this had been well utilised to provide various social, economic and tourism infrastructures.

During that period, the island which is known for the legend of Mahsuri, had experienced a tremendous facelift that included the expansion of the Langkawi International Airport. Other implemented projects were the Kuah Jetty, network of roads, international sports complex and the LADA Complex itself. Existence of infrastructures have made the resort island a haven for tourists. In 2005, 1.8 million people visited Langkawi and this figure rose to 2.1 million in 2006.

Aggressive promotions held by Tourism Malaysia and other agencies helped to push the tourist arrival to 2.33 million in 2007, 2.3 million (2008) and 2.49 million last year. Other events staged such as the staging of Langkawi International Maritime and Aeropsace (LIMA) Exposition and Langkawi Ironman triathlon meet had also assisted in drawing the tourists.During the last LIMA held in December 2009, Langkawi recorded the arrival of 317,590 domestic tourists as compared against 293,166 in December 2007.

PROMOTIONS LADA

General Manager Azman Umar said the authority, with the collaboration of Tourism Malaysia, is taking measures to intensify tourism promotions for Langkawi.

He said LADA has mapped out several international events for its 'roadshows' abroad and these included the Asean Tourism Forum. LADA representatives had also visited Denmark and Finland last year and they will be in India and Australia next month."We are looking at the new market such as Australia and India as the two countries have many tourists who are interested in visiting Langkawi," he said after studying findings made by the LADA representatives who went to both nations early this year.He also calls on Langkawi residents to maintain cleanliness on the island without depending too much on the authorities to do the job.

INDEBTED TO TUN DR MAHATHIR

Meanwhile the State Legislative Assembly Representative for Kuah, Datuk Nawawi Ahmad said Langkawi residents and tourism operators are indebted to former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad for turning Langkawi into an international tourist destination. Nawawi said without Dr Mahathir's efforts and determination, Langkawi will not be transformed into Malaysia's leading resort island where from an island which was 'unknown', Langkawi had bloomed into that which features among others, the cable car, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Bird Park and Handicraft Complex.

Nawawi also hopes that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would be able to continue Dr Mahathir's efforts in developing Langkawi. Najib had recently allocated RM7 million for the construction of a fishing jetty at Sungai Chenang here.The state assembly representative admitted that development in Langkawi in recent years had lost steam if compared against the time when Dr Mahathir was the prime minister.

FATHER OF DEVELOPMENT

Langkawi resident Ku Mansor Ku Sulong 53, said Tun Dr Mahathir is Langkawi's 'father of development' and the latter's efforts had prompted many of the island's residents to grab the economic opportunities made available.

Among these is the homestay programme and many houses in villages such as Kampung Wang Tok Rendong, Kampung Kuala Melaka, Kilim and Pulau Tuba have signed for the homestay packages. Chairman of the Kedah Chapter for the Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) Pishol Ishak said Langkawi's tourism products should be diversified in order to maintain the steady stream of visitors to the tax-free island.Langkawi does not really need intensive and rapid development but it still needs to give attention on the infrastructures and environmental conservation to ensure the island remains a top-notch tourist draw.-- BERNAMA
Anaklangkawi :-
I dont know about this article. But for me LADA is not doing enough to promote Langkawi. Looking at the allocation been given to LADA & tourist arrival is still not satisfactory. Jika dilihat peruntukan yg diberikan utk status Geo-Park pun dah tau yg LADA tidak menggunakan sumber kewangan dgn efficietn. (Soalan Parlimen & jawapan sbg bukti)

Tuesday, April 6, 2010

Pesta Air Malaysia 2010 Di Langkawi Sasar 120,000 Penyertaan

ALOR SETAR, 6 April (Bernama) -- Pesta Air Malaysia 2010 yang akan diadakan dari 9 hingga 11 April ini di Pantai Chenang, Langkawi, menyasarkan kira-kira 120,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah Anuar Abdul Razak berkata pesta sukan air dan pantai terbesar itu akan mempertandingkan pelbagai acara antaranya lumba perahu naga, lumba sampan, pertandingan kayak dan rakit."Ada juga aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan santai seperti sepak raga pantai, bola sepak pantai, bola tampar pantai serta membina istana pasir.

"Penganjuran pesta ini juga bertujuan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama khususnya pantai Chenang sebagai salah satu 'tourist spot'," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata setakat ini lebih 4,000 peserta tempatan dan dari Satun, Thailand telah mengesahkan penyertaan dalam pesta sukan air itu.Anuar berkata sebanyak 30 gerai pameran dan jualan hasil-hasil tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan turut diadakan.-- BERNAMA

13 sampel darah positif H1N1

ALOR SETAR 5 April – Sebanyak 13 sampel terpilih yang diambil daripada para pelajar di tiga buah sekolah di Langkawi baru-baru ini didapati positif selesema babi atau influenza A (H1N1).
Sekolah-sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba yang telah diarah tutup sejak Selasa lalu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Selat Nyiur yang ditutup sehari selepas itu.

Sebuah lagi sekolah yang telah diarah tutup sejak Khamis lalu ialah Sekolah Menengah (SM) Teknik Langkawi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Ismail Salleh berkata, sampel-sampel berkenaan telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk diuji selepas terdapat pelajar sekolah tersebut mengalami gejala seakan influenza (ILI). Katanya, semua pelajar yang dikesan mempunyai simptom virus berkenaan telah diberi rawatan mengikut prosedur diperlukan.

“Tindakan segera seperti menutup sekolah-sekolah terbabit telah dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail memberitahu, selain kes tersebut, hanya satu kes positif influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini dari tempoh 1 Januari sehingga 24 Mac lalu. Katanya, tiada sebarang kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Berdasarkan keadaan semasa, keadaan wabak berkenaan di negeri ini masih terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir atau panik dengan situasi berkenaan,” katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simptom penyakit berkenaan seperti selesema dan demam dengan pergi ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman berkata, SMK Langkawi Pulau Tuba dan SK Bagan Selat Nyiur telah dibuka semula hari ini manakala SM Teknik Langkawi dijangka beroperasi semula esok.

Bagaimanapun, katanya, dalam perkembangan terkini terdapat sebuah sekolah lagi di Langkawi iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa telah diarah tutup mulai esok sehingga 10 April ini kerana terdapat pelajarnya yang mempunyai simptom influenza.
Katanya, arahan penutupan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada Jabatan Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyekat sebarang jangkitan daripada merebak. Utusan Malaysia

Anaklangkawi :-
Berita yg amat menakutkan penduduk Langkawi. Dinasihatkan mereka2 yg mempunyai simptom H1N1 pergilah ke Hospital Langkawi. Jgn ditunggu lagi.

Elakkan keluar bersama anak2 di tempat awam & amalkan membasuh tangan & kebersihan.

Monday, April 5, 2010

Murid Tahun Enam Mati Lemas Di Langkawi

LANGKAWI, 5 April (Bernama) -- Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang, Mohamad Firdaus Mohd Yusof 12, mati lemas ketika mandi di laut di hadapan sebuah hotel di Telok Nibong di sini Ahad petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Harith Kam Abdullah berkata, mayat Mohamad Firdaus dijumpai oleh orang awam di pantai hotel itu pada kira-kira pukul 7 petang.

"Setelah menjumpai mayat Mohamad Firdaus, orang awam memaklumkannya kepada pengawal hotel itu sebelum membuat laporan polis dan mayatnya dihantar ke hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Mayat Mohamad Firdaus telah dituntut oleh keluarganya pada kira-kira pukul 12 tengah malam. Sementara itu, ibu kepada Mohamad Firdaus, Norli Ismail 32, berkata hasrat anaknya untuk mencatat keputusan cemerlang 5A pada Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tidak kesampaian. Katanya sebelum itu, Mohamad Firdaus dipercayai keluar bersama-sama rakannya untuk bermain pada kira-kira 1 tengah hari dan beliau tidak menyangka anaknya itu pergi bermandi laut.
-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Al-fatihah..

Yahoo! Travel Magazine Lists Malaysia Among Top 10 Destinations

FRANKFURT, April 2 (Bernama) -- Malaysia is among the top 10 most affordable destinations in the world where Europeans can go a long way with their Euros for a memorable holiday, according to the German-language Yahoo! Travel Magazine. It listed Malaysia along with Thailand, India, Sri Lanka, Mexico, Croatia, Bulgaria, Turkey, Egypt and Hungary. Malaysia's Langkawi island was praised for its long, white sandy beaches, palm trees and fascinating coral reefs. Nature lovers too get "full worth" for their money with the abundance of flora and fauna.

"Your holiday budget is spared: life here is exceptionally affordable!" said the Yahoo! site. BERNAMA

Anaklangkawi :-
Go langkawi!!!

60 doktor masuk desa dekati rakyat

KUAH - Doktor kini didedahkan dengan suasana desa sejajar penubuhan klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mengambil inisiatif itu, kira-kira 60 bakal doktor ditempatkan di setiap daerah termasuk Langkawi. Bakal doktor graduan dari universiti tempatan dan India itu turut menjalankan pemeriksaan percuma dan terlibat dalam program anak angkat di kampung terpilih. Penyelia program, Profesor Dr Abdul Latif Mohamed berkata, setiap tahun kira-kira 4,000 graduan kedoktoran dilahirkan. Abdul Latif berkata, namun kebanyakan mereka lebih suka ditempatkan di bandar berbanding desa kerana mendapat keuntungan yang besar. Menurutnya, program doktor desa itu berupaya mengubah persepsi graduan kedoktoran terhadap faktor meraih keuntungan. “Seramai 60 doktor menyertai program itu di beberapa daerah dan mereka kini lebih sedar akan kepentingan kehadiran mereka di kampung.

“Kami turut menjalankan program anak angkat di mana doktor berkenaan akan tinggal bersama keluarga dan mengetahui cara hidup masyarakat kampung,” katanya. Beliau berkata, secara tidak langsung kerjaya doktor mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk mengikut jejak langkah menjadi doktor. Sementara itu, pada program yang dijalankan di Sungai Menghulu, kira-kira 10 bakal doktor dalam pelbagai kepakaran menjalankan pemeriksaan percuma. Bagi, Fatimah Abdullah, 54, kehadiran bakal doktor itu memudahkannya untuk menjalani rawatan kesihatan. “Sekiranya di hospital atau klinik kami terpaksa beratur dan menaiki teksi, tetapi kedatangan rombongan itu memudahkan mereka. “Program itu harus dilakukan setiap bulan dan kanak-kanak juga tidak berasa takut menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ditemani keluarga dan rakan-rakan,” katanya. -Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Elokla.. jgn depa mai melancong dah la..