Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, September 15, 2011

5,000 pelancong disasar kunjung `Jom Pi Homestay Kedah’

LANGKAWI 13 Sept. - Lebih 5,000 pelancong dalam dan luar negara disasarkan mengunjungi Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011 selama tiga hari di Kampung Wang Tok Rendong di sini mulai Jumaat ini.
Pengerusi karnival itu, Mokhtar Shabuddin berkata, mereka terdiri daripada pengusaha pelancong, pengunjung dan penduduk tempatan.
"Karnival tiga hari itu akan disertai lebih 500 pengusaha homestay dari seluruh negara," katanya di sini hari ini.
Mokhtar berkata, pelbagai aktiviti seperti pameran, pakej homestay, demonstrasi masakan negeri-negeri dan persembahan kebudayaan akan diadakan.
"Karnival ini diadakan untuk mempromosi homestay di seluruh negara serta memperkenalkan pakej-pakej baru," katanya.
Sebanyak 12 gerai akan disediakan untuk negeri-negeri mengambil bahagian. Mokhtar berharap agensi dan pengusaha pelancongan akan membawa lebih ramai pelancong yang menginap di hotel-hotel ke karnival itu yang julung kali diadakan.
Bagi Langkawi, sebanyak enam homestay akan mengambil bahagian. - Bernama

AL:-
Diharap lebih byk aktiviti seperti ini diterapkan utk pelancong.
Satu ja risau sikit mungkin kena la buat sikit aktiviti tolong org kampung dilanda bencana.  

No comments: