Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, November 24, 2009

384 Syarikat Dari 24 Negara Sertai Pameran Lima

BAGAN DATOH, 22 Nov (Bernama) -- Sebanyak 384 syarikat dari 24 negara akan mempamerkan produk keluaran mereka pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 09) yang akan bermula dari 1 hingga 5 Dis ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 20 negara telah bersetuju untuk mengadakan pertunjukan statik maritim membabitkan 38 buah kapal di Awana Porto Malai.Katanya kira-kira setengah juta orang tempatan dijangka mengunjungi LIMA 09 dengan masuk secara percuma pada 5 Dis ini.

"Buat pertama kalinya orang ramai akan berpeluang melihat kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman pada 5 Dis ini. Namun atas sebab keselamatan, orang ramai hanya dibenarkan melihat dari luaran dan tidak dibenarkan melawat ke dalam kapal selam itu," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.Beliau berkata beberapa negara akan membuat pembelian pada LIMA 09 yang membabitkan kos RM1 bilion dan ini dijangka bertambah apabila Menteri Pertahanan dan panglima tentera dari negara-negara Asean melihat sendiri aset-aset pertahanan yang dipamerkan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pelancongan akan mengadakan pameran kesenian dan pertunjukan kebudayaan pada setiap malam mulai 30 Nov hingga 5 Dis sempena LIMA 09.Beliau berkata Kementerian Pelancongan juga akan mengadakan pasar malam setiap hari sepanjang LIMA 09 yang akan menjual pelbagai produk dari 14 negeri di Malaysia.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :- Kita tgk capai tak sasaran Kementerian Pertahanan utk transaksi RM1 billion.

No comments: