Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, November 16, 2009

Langkawi kaya tempat menarik

LANGKAWI memang tersohor di seluruh dunia sebagai lokasi percutian bertaraf antarabangsa.Jika merancang ke Langkawi sempena cuti persekolahan pertengahan bulan ini, pulau bersejarah itu mempunyai banyak tempat menarik.Jika memandu dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura, anda boleh memilih menaiki feri dari jeti terminal Kuala Kedah atau Kuala Perlis.Kenderaan boleh diletakkan di tempat disediakan pihak persendirian dengan kadar sewa berpatutan

Perkhidmatan bas terus ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah memang disediakan atau menaiki kereta api ke Arau dan menggunakan teksi ke Kuala Perlis.
  • Kereta Kabel. Ia kereta kabel tanpa tiang terpanjang di negara ini yang membawa penumpang sejauh 2.2 kilometer sehingga ke puncak Gunung Mat Chincang.
  • Dari ketinggian 713 meter, anda boleh melihat pemandangan Pulau Langkawi sehingga ke perairan Andaman. Kereta kabel beroperasi jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin-Khamis) dan 9.30 pagi hingga 7 malam (Jumaat-Ahad).
  • Dataran Lang. Terletak berhampiran pekan Kuah, dataran ini perlu dijadikan pelengkap lawatan ketika di Langkawi.
  • Pelawat dapat melihat replika helang setinggi 12 meter.
  • Taman Buaya. Lebih 1,000 buaya pelbagai spesies ditempatkan di sini yang terletak di Kubang Badak.
  • Underwater World Langkawi. Lebih 5,000 spesies ikan serta lebih 500 haiwan termasuk anjing laut, singa laut dan penguin boleh disaksikan di sini.
  • Galeria Perdana di Kilim: Ia menempatkan pelbagai bentuk cenderahati dan anugerah yang diterima bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dari seluruh dunia.
  • Air Terjun Telaga Tujuh yang mempunyai tujuh bahagian kolam di sekitarnya menjanjikan kepuasan dengan kedinginan airnya cukup menusuk kalbu.
  • Tasik Dayang Bunting. Selain menaiki bot, anda dapat melihat pemandangan cukup mengasyikkan di sekitar tasik.
  • Kota Mahsuri. Terletak 12 kilometer dari pekan Kuah, ia menempatkan muzium dan makam Mahsuri.
  • Nikmati keindahan Pantai Cenang, Kok, Tengah, Pasir Tengkorak, Burau Bay, Teluk Datai atau Tanjung Rhu.
  • Menyusuri Sungai Kilim: Aktiviti memberi makan helang pastinya pengalaman menyeronokkan.
Mymetro

No comments: