Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, November 26, 2009

Peniaga Diingatkan Jangan Naikkan Harga Ketika Pameran Lima '09 - Ahmad Zahid

LANGKAWI, 24 Nov (Bernama) -- Peniaga dan penjaja di Langkawi diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan makanan ketika berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA'09) mulai 1 hingga 5 Dis ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, para peniaga perlu mengenakan harga berpatutan supaya tidak menimbulkan masalah kepada pengunjung pameran itu.

"Kita harus menjaga imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dan penganjuran LIMA," katanya pada kepada pemberita selepas meninjau persiapan segmen udara pameran itu di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini Selasa.Sehingga kini, lebih 300 syarikat dari 24 negara telah mengesahkan penyertaan pada LIMA '09.Katanya pengunjung pameran itu dijangka meningkat kerana buat pertama kalinya, segmen maritim LIMA'09 di Awana Porto Malai akan dibuka kepada orang ramai sepanjang pameran itu.

Beliau berkata, lebih setengah juta pengunjung dijangka akan menyaksikan pameran lima hari itu. Ahmad Zahid turut meminta syarikat penerbangan seperti Penerbangan Malaysia (Mas) mengadakan penerbangan lebih kerap ke pulau itu dengan menggunakan pesawat lebih besar bagi memenuhi permintaan. Begitu juga dengan perkhidmatan feri penumpang yang berulang-alik dari Langkawi ke tanah besar agar dapat menambah perkhidmatan bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat, katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Diharap kita jgnlah dok naikkan harga sewenang-wenang.. Biaq pelancong dtg & pergi dgn seribu kenangan indah bukan kenangan pahit.

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Sejarah penganjuran LIMA ni, sejak dulu, kini dan selamanya harga akan naik.

Tak kira barang apa sekalipun, semuanya berlaku peningkatan tetapi peniaga cover dengan bunting, poster dan iklan Year End Sales (YES).

Kah kah kah!!!...

Salam Aidil Adha

anaklangkawi said...

:) tak dapat dinafikan tapi itulah hakikat.. dek kerana penganjuran 2 tahun sekali byk yg mengambil kesempatan utk menaikkn harga..

Salam aidil Adha OT..