Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, November 11, 2009

Bomba Selamatkan Pejabat SPRM Langkawi Dari Terbakar

LANGKAWI, 10 Nov (Bernama) -- Pasukan Bomba dan Penyelamat Langkawi berjaya menyelamatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini daripada musnah dalam satu kebakaran lewat petang semalam. Ketua balai bomba Langkawi Ishak Hashim berkata 16 anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal api yang sedang marak di bahagian stor pejabat yang terletak di tingkat satu Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) itu.

"Dua jentera bersama 16 anggota dari Jalan Kisap dan Jalan Persiaran Putra bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada kira-kira pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Anaklangkawi :-
Polis kena siasat punca. Mungkin ada org nak hapuskan bukti kot ,,,

2 comments:

Orang Tanjung said...

Punca kejadian adalah kerana percikan api dari alat pemateri utk kerja-kerja ubahsuai.

Stor yg terbakaq pun bukan tempat simpanan bahan bukti tapi simpanan barangan yg dah nak dibuang.

Kabel info anak langkawi ni slow laaa...

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Elokla tu.. kalau betui bukan stor barang bukti..maklumlah akhir2 ni semua kelam kabut..

p/s: sbb dah potong! itu pasal kabel slow.. hahah