Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, February 10, 2011

Pantai Kok Di Langkawi Dicadang Jadi Tempat Aktiviti Jet Ski

LANGKAWI, 8 Feb (Bernama) -- Pantai Kok di Langkawi dicadang dijadikan zon khas untuk aktiviti sukan air kerana kawasan ini sesuai untuk kegiatan tersebut, menurut Pengerusi Persatuan Ajen-ajen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah, Pishol Ishak.

Kerajaan Kedah atau pihak berkuasa Langkawi hendaklah mewartakan Pantai Kok untuk kegiatan sukan jet-ski yang kini tertumpu di Pantai Cenang, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau juga menyokong saranan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen supaya kerajaan Pulau Pinang perlu mewujudkan zon khas untuk sukan air di pantai bagi mengelak kejadian kemalangan.

Dr Ng membuat saranan itu berikutan kejadian seorang pelancong warga China, Zhu Li, 47, patah kedua-dua kaki akibat dirempuh sebuah jet-ski di Batu Feringghi, Sabtu lepas.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah pula mahu aktiviti sukan air jeti-ski diadakan sekurang-kurangnya 200 meter dari pantai.

Katanya aktiviti jet-ski mengganggu latihan pelayar negara yang menjalani latihan di perairan di hadapan Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi di Pokok Asam, di sini.

-- BERNAMA

AL :- 
Tak tahulah idea ni elok ke idak. Kalau dari satu segi ok. Tapi Pantai Kok jauh dr tempat & chalet pelancong. Kecualilah lepas ni nak bagi kawasan Pantai Kok mcm jadi Pantai Chenang. Pada saya eloklah tgk balik @ buat guideline utk aktiviti sukan air supaya tragedi seperti haritu x berulang. 

No comments: