Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, January 24, 2010

47 Pelukis Tempatan Pamer Karya Di Galeri Underwater World Langkawi

LANGKAWI, 21 Jan (Bernama) -- Sebanyak 60 lukisan hasil karya 47 pelukis tempatan dipamerkan sempena pameran Seni Visual di galeri Underwater World Langkawi (UWL), di Pantai Cenang di sini.Naib pengerusi Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (Lavaa), Khairudin Abdul Hamid berkata, pameran itu berlangsung selama dua bulan bermula 1 Dis tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan serta asing.

Katanya, pameran seumpama ini merupakan kali ketiga diadakan, selepas pameran Seni Lukisan Geopark Langkawi pada Oktober hingga Disember 2008 dan pameran Seni pada Februari tahun lepas.Beliau berkata, pameran kali ini mempamerkan kepelbagaian koleksi karya seni seperti lukisan, catan, fotografi, arca dan batik. Menurutnya sehingga kini, enam lukisan yang dipamerkan telah dibeli oleh pengunjung pameran itu, yang dijual pada harga RM500 hingga RM1,500 seunit. Khairudin turut mencadangkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mewujudkan sebuah galeri bagi mempamerkan karya pelukis tempatan di pulau itu.

Anaklangkawi :-
Elokla underwater bagi sokongan kepada artis tempatan.. Terima kasih..

p/s: takyah la jual mahai sangat.

No comments: