Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, January 24, 2010

LADA Sertai Misi Jualan Pelancongan Ke Finland Dan Denmark

LANGKAWI, 20 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memberi tumpuan promosi ke Finland dan Denmark kerana dua negara berkenaan mempunyai pasaran baik menarik lebih ramai pelancongnya ke pulau bebas cukai ini. Pengurus Pelancongan LADA, Megat Shahrul Azman Abas berkata LADA mengambil peluang mengadakan promosi itu setelah melihat ramai pelancong Finland dan Denmark ke Langkawi menerusi penerbangan sewa khas sejak Disember tahun lepas.Katanya sebanyak tujuh penerbangan sewa khas diadakan dua minggu sekali oleh syarikat penerbangan Fin Air yang mengadakan penerbangan terus dari Finland ke lapangan terbang antarabangsa Langkawi dan setiap penerbangan membawa lebih 200 pelancong.Mengikut rekod Unit Pelancongan LADA, lebih 11,000 pelancong Finland dan Denmark berkunjung ke Langkawi sepanjang tahun lepas.

Megat Shahrul Azman yakin menerusi misi kedua-dua negara atas jemputan Tourism Malaysia selama sepuluh hari mulai esok akan meningkatkan kehadiran pelancong negar-negara itu ke pulau peranginan Langkawi. Insentif Mesyuarat, Konvensyen dan Pameran Terbaik (MICE), tempat perkahwinan, bulan madu dan beristirehat yang terdapat di Langkawi adalah antara produk yang akan dipromosikan pada misi itu.Katanya, Langkawi mempunyai kemudahan mencukupi seperti dewan yang mampu menampung lebih 2,500 orang pada satu masa, lebih 7,500 bilik hotel mampu menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negeri.

Anaklangkawi :-
Kita tgk nanti ada tak peningkatan pelancong dr Finland & denmark.

p/s: jgn jadi family trip udah le..

No comments: