LANGKAWI, 7 Jan (Bernama) -- Sebanyak 11 kategori anugerah pelancongan disediakan pada Malam Anugerah Industri Pelancongan Langkawi di Auditorium Lada di sini pada 14 Januari ini.Pengurus perhubungan awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ramizi Hassan berkata antara anugerah yang disediakan ialah kategori hotel terbaik, pemandu pelancong, penulisan pelancongan dan agensi pelancongan.
Beliau berkata anugerah itu bertujuan memberi penghargaan kepada pihak yang terbabit dalam industri pelancongan khususnya di Langkawi yang menampilkan perkhidmatan terbaik.Katanya anugerah itu dianjur bersama Lada, Toriusm Malaysia, Persatuan ejen-ajen pelancongan dan pengembaraan (Matta) Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi dan semua pengusaha pelancongan Langkawi.
Ramizi berkata panel penghakiman dianggotai wakil dari pelbagai jabatan, swasta serta pengusaha yang terbabit dalam sektor pelancongan, dan menurutnya Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen akan menyampaikan anugerah tersebut pada malam itu.
Anaklangkawi :-
Agak2 sapa la yg menang. Apa-apapun Menteri Pelancongan patut kenalkan satu 'event' di langkawi. Jadikan ia target @ KPI kementerian..
No comments:
Post a Comment