Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, January 24, 2010

Penutupan Muzium Ibrahim Hussein satu kerugian

KEDAWANG - Aktiviti seni lukis di Langkawi semakin pudar apabila hasil seni karyawan tersohor negara diketepikan. Yayasan Kesenian dan Muzium Ibrahim Hussein (IHMCF) di Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Teluk Datai, Padang Mat Sirat, dekat sini, kini dipercayai telah ditutup untuk lawatan pengunjung. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, Kerajaan Pusat dan Persekutuan perlu mengambil langkah untuk membukanya semula. Menurutnya, beliau akan berbincang dengan beberapa individu berkaitan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Ibrahim Hussein atau Ib adalah pelukis terbilang dalam peringkat antarabangsa, penutupan muzium itu satu kerugian besar buat negara dan Langkawi khususnya. “Perlu ada pengurusan baru untuk menjaga dan membukanya kembali terutama dengan penglibatan ahli seni yang mahir dalam penjagaan lukisan yang mencecah ratusan ribu ringgit itu,” katanya ketika ditemui pada Pameran Seni Visual di Underwater World Langkawi (UWL),Pantai Chenang, Kedawang. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Mohd Rawi Abdul Hamid, Pengurus Besar UWL, Husain Abdul; Pengerusi Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (Lavaa), Md Salleh Dawam; Naib Yang Dipertuanya, Khhairudin Abdul Hamid, dan Ketua Polis daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan. Bagi Mohd Rawi pula, IHMCF boleh dijadikan pusat pengumpulan pelukis sekitar Langkawi. Menurutnya, pelukis tempatan boleh memanfaatkan IHMCF dengan menumpang muzium berkenaan dalam mempamerkan hasil karya mereka.

“Lokasi ini dapat mengeratkan hubungan sesama pelukis tempatan dan luar negara, malah pihak persatuan boleh menganjurkan sebarang aktiviti di muzium berkenaan,” katanya. Beliau berkata, Ib terkenal diseluruh pelusuk dunia, malah pemilihan Langkawi sebagai penempatan lukisannya satu produk pelancong yang sangat berharga. Pada pemeran itu sebanyak 60 lukisan termasuk arca, dipamerkan oleh 47 pelukis profesioanl dan amatur. Pelukis cilik Langkawi, Abu Shukran Md Salleh, 11, turut mempamerkan karya bertajuk ‘Jurassic Park’ berlatar belakang dinasour.

Sinar Harian

4 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam, saya sendiri masih belum berkesempatan ke sana. Rugilah kalau ditutup kepada pihak awam. Pun begitu,perlu ada usaha promosi jika mahu dikekalkan saebagai salah 'land mark'Langkawi

Unknown said...

Satu lagi episod gelap pada lgk... Bila tutup semua bukak mata. Masa buka apa kita buat?? Apa program utk hidupkan dan ceriakan muzium tu?? Mungkin kerajaan boleh ambil alih, letak di bawah menteri DS Rais Yatim macam galeria perdana, balai seni lukis dan lain-lain. Jadiikan ia sbg pusat berhimpun dan berkarya seniman lain, masa Allahyarham ada dulu mungkin tempat tu eklusif utk beliau saja.

Kamal Sanusi said...

Actually, tidak ramai pelancong yg tahu keujudan muzium tersebut despite byk road signage berkenaannya.

Kalau tahu pun, lokasinya agak jauh dari tempat tumpuan. Kena plak bukan semua pelancong malah buleh dikatakan tiada langsung pelancong yg meminati seni ni.

Jangan kata pelancong, silap-silap org Langkawi sendiri pun ramai yg tak pernah pergi ke situ.

Anak Langkawi dah pernah ke sana ker?

Iyor le tu....

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Orang Tanjung,
Honestly.. Cek tak pernah sampai sana.. lalu pernah la bila nak pi mandi kat pasir tengkorak.. al-maklumlah tak minat seni lagipun takut nak masuk..

betul apa yg nora fuad &typaa2 ckp.. takdak promosi sgt utk promosikan galeri tersebut.. satu bukan apa jauh sgt.. lagi satu mungkin tak masuk dlm program rancangan pelancong.. even mungkin dlm Peta pelancong pun takdak highlight tempat tu.. cuba check..

bangunan dah ada.. maka mmg eloklah kementerian kesenian under Rais yatim ambil alih.. & mungkin jadikan acara tahunan utk seni semacam LIMA..

baru meriah..!!