Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, January 19, 2010

Majlis Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan ~ Persatuan Nelayan Langkawi

Email diterima :-
Dirasmikan oleh YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib,Ahli Parlimen Langkawi pd 10 Jan 2010 jam 10.00 pagi di Kompleks Sukan Langkawi, Jalan Ayer Hangat,Kuah,Langkawi. Juga telah di hadiri oleh YB Mohd Rawi Hj Abd Hamid, ADUN Ayer Hangat & Tn Hj Mohd Nor ,Pengarah LKIM Negeri Kedah. Melibatkan lebih kurang 1500 nelayan seluruh Langkawi.

YB Dato Paduka berkata ini alaun sara hidup ini di beri oleh kerajaan pusat dan dalam yang menerima pada hari ini terdiri dari pelbagai bangsa (1 malaysia) dan juga pelbagai parti politik. Jadi harapan beliau agar ingat dan sokonglah kerajaan pusat dan hargailah pemberian ini.

Walaubagaimana pun beliau amat berterima kasih sebab dalam pilihanraya yang lalu beliau terpilih sebagai calon Ahli Parlimen Langkawi dan telah di beri mandat daripada pengundi Langkawi dengan memenangi pemilihan tersebut.

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Nak membayor elaun sara hidup pun kena buat majlis? Macam nak cari political mileage ajer.

Dengaq citer, MP Langkawi ni dah last term, betui ka?

Lama betui tak pi Langkawi nih... Projek dah selesai, apa alasan aku nak ke sana? Huwaaaa....

Kah kah kah!!!...

anaklangkawi said...

Org Tanjung,

Majlis kena buat.. bukan apa .. kalo wakilkan nanti takut tak sampai..hahahah..

Yup.. confirm last term.. Kalo teringin nak jadi calon rajin2 la buat nama .. hahah..

p/s: Projek apa skrg?