LANGKAWI, 19 Jan (Bernama) -- Seorang pelancong Itali, Chiarani Andirea, 26, maut selepas tergelincir ketika berjalan di atas batu besar dan jatuh semasa mandi di pusat peranginan Air Terjun Telaga Tujuh, Padang Matsirat di sini, petang Isnin. Pegawai Penjaga Bomba Langkawi, Ishak Hashim berkata Andirea dipercayai tergelincir dan jatuh dari ketinggian 65 meter di kawasan telaga tujuh itu.
Katanya, Andirea bersama teman wanitanya berkunjung ke tempat itu untuk mandi.Beliau berkata, teman Andirea kemudiannya meminta bantuan orang ramai sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat di sini dan mayat Andirea ditemui di tempat kejadian pada kira-kira pukul 4.50 petang.-- BERNAMA
Anaklangkawi :-
Macamana jadi macam ni.. Kawasan tu mmg 'keras' sikit. Maklumlah batu..
No comments:
Post a Comment