Menurutnya, kerjasama itu bakal menjadikan beberapa bandar di negara ini sebagai bandar kembar dengan bandar negara jiran selain potensi membangunkan destinasi baru yang mampu menarik lebih ramai pelancong asing mengunjungi negara ini. “Selain itu, kerjasama itu juga dapat merangsang lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negara,” katanya ketika merasmikan Program Latihan Eksekutif mengenai polisi dan strategi pelancongan peringkat Asia Pasifik di Teluk Datai.
Program anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWTO) dan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan itu berakhir Sabtu ini dan disertai 22 peserta dari 16 negara.
Yen Yen berkata, selain itu penekanan turut diberikan kepada Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan bagi mengekalkan industri pelancongan tanpa mengganggu sistem kehijauan dan semula jadi yang terdapat di sesebuah destinasi pelancongan. Menurutnya, dalam Pelan pelancongan negara bagi 2011 hingga 2020 faktor mengekalkan alam sekitar telah diambil kira.
“Kami tidak mahu terlalu gah membangunkan industri pelancongan sehingga mengabaikan kehijauan dan ekosistem,” katanya. Beliau berkata, buat permulaan ini Langkawi akan dijadikan model terbaik dalam mempromosikan industri pelancongan yang masih mengekalkan ciri-ciri kehijauan.
“Bidang pelancongan tidak tertumpu kepada industri pelancongan sahaja malah bidang itu semakin meluas dengan merangkumi, pendidikan, sosial, tanggungjawab dan politik.
“Oleh itu, semua faktor tersebut diberi penekanan dalam setiap pelan pelancongan dan perlaksanaannya,” katanya, Pada majlis itu, beliau berkata, seramai 22 juta pelancong asing yang mengunjungi Malaysia tahun lepas membelanjakan kira-kira RM49 bilion bagaimanapun angka itu dijangka merosot tahun ini.
Sehubungan itu, kementerian akan membuat kajian semula sasaran kedatangan pelancong untuk mengambil langkah perlu supaya sektor pelancongan negara dapat dipulihkan, katanya. S
Sumber ~ Sinar Harian
Anaklangkawi :- Adalah elok jika kiranya Kementerian Pelancongan bersama2 dgn kementerian pengangkutan mempromosikan direct flight ke Langkawi daripada Jakarta. Maka bertambahlah pelancong di Langkawi dr Jakarta.. Sekaligus menjadikan Langkawi sbg destinasi Korperat gateaway utk syarikat berpusat di Jakarta.
Related News :
No comments:
Post a Comment