Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, June 29, 2009

Warga emas mohon bantuan zink ganti atap bocor

KEDAWANG - Setiap hari, sepasang warga emas dari Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang ini tidak pernah putus asa mencari daun nipah untuk dijadikan atap bumbung. Selepas dicantas, nipah-nipah tersebut dianyam di anjung rumah yang bakal roboh, pada setiap petang sambil ditemani dua cucu kesayangan mereka.

Zainon Osman, 56, yang bekerja sebagai tukang kebun secara kontrak dan Zaharah Ismail, 54, suri rumah, hampir putus asa untuk meminta bantuan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) apabila aduan mereka umpama ‘mencurah air di daun keladi’.

Zainon berkata, JKKKP pernah berkunjung ke rumahnya tetapi tiada sebarang perkembangan, malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak membantu. “Kami hanya mahu memohon zink bagi menggantikan atap nipah bukannya wang ringgit, saya tidak mampu membeli zink.

“Setiap kali hujan pasti bocor dan rumah ini juga turut bergegar jika ribut atau petir,”
katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, rumah itu juga diperbuat dengan menggunakan pasak daripada kayu pokok dan keadaannya juga telah reput. Menurutnya, dia berasa kesal dengan JKKKP dan wakil rakyat yang seperti tidak mengendahkan penderitaan mereka.

“Ketika pilihan raya kami menyokong pemimpin yang boleh buat kerja, yang berjanji itu dan ini tetapi apabila kami dalam keadaan daif mereka seperti terlepas pandang,” katanya.

Sinar Harian 29/6/09
~~
Anaklangkawi :
Pakat2 pi jenguk Noo..

No comments: