PANTAI CHENANG - Sempena kehadiran musim buah-buahan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengambil langkah memasarkan produk buah-buahan dengan lebih cekap dan berkesan. Pegawai Fama dari Unit Pembangunan Promosi dan Hal Ehwal Korporat Langkawi, Muhamad Zaidi Hussain berkata, seramai 50 peserta terdiri daripada peserta ladang kontrak dan pengedar buah-buahan diberi peluang mendaftarkan diri dalam khidmat pasaran buah-buahan bermusim
Menurutnya, rentetan daripada program itu, Fama kini juga giat mempromosikan produk keluarannya selain mengadakan ceramah Keringat di Bumi Bertuah dengan tajuk Tempat Kerja Bebas Dadah. “Program ini adalah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Veterinar dan Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (LPPK).
“Sepanjang seminar itu, pelbagai ceramah dan panduan disampaikan kepada peserta ladang kontrak dan pengedar buah-buahan seperti membentangkan isu tanaman serta pemilihan benih yang sesuai,” katanya kepada wakil Sinar Harian. Muhamad Zaidi berkata, dalam bidang penternakan pula Jabatan Veterinar cuma meluaskan pasaran produk susu kerbau bagi tujuan komersial.
Menurutnya, selain itu, LPPK turut mendedahkan teknik pembajaan, jenis racun yang sesuai digunakan untuk tumbuhan mereka. “Bagi pihak Fama pula, promosi produk agro mas giat dipertingkatkan dengan pelbagai produk seperti tepung goreng pisang, makanan segera dan kuah rojak pelbagai perisa,” katanya.
Anaklangkawi :-
Diharap FAMA semakin aktif dalam menolong petani2 dalam memasarkan hasil keluaran mereka. Mungkin FAMA perlu mewujudkan one stop centre yg berdekatan dengan kawasan pelancongan utk membantu petani memasarkan barangan keluaran mereka.
Atau mungkin mewujudkan pasar tadi di kawasan Pantai Chenang pada waktu puncak hujung minggu.
Sinar Harian - 1 June 09
No comments:
Post a Comment