Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, June 11, 2009

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia - Mukim Ayer Hangat

~Email diterima ~

Program Kesihatan di kalangan rakyat Malaysia bagi Parlimen Langkawi utk Mukim Ayer Hangat, Langkawi berlangsung pada 10 June 2009. Jam 8.00 - 12.30 tghari.

Anjuran Ahli Parlimen Langkawi dgn Kerjasama Pengerusi JKKKP Parlimen Langkawi & Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Langkawi.

Ia dihadiri oleh Dato' Paduka Abu Bakar Taib & Program dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi.

Program gotong-royong melibatkan penduduk Kampung di Mukim Ayer Hangat, PLKN, TLDM & APMM serta Anggota Polis Daerah Langkawi. Sukaneka juga diadakan melibatkan kanak-kanak Tabika Kemas Mukim Ayer Hangat.

Kawasan-kawasan gotong royong adalah di kawasan jln utama & jln kampung kampung berkenaan, kawasan-kawasan kampung berkenaan, kawasan masjid serta tanah perkuburan.

Program ini adalah Program Ke-3 selepas Mukim Kedawang pada 16 Mei 2009 & Mukim Padang Maktsirat pada 23 Mei 2009 lalu. Kenduri rakyat juga dibuat untuk makan tengahari di Program ini.

Alhamdulillah. Kehadiran penduduk & pemimpin sebanyak lebih kurang 600 orang memeriahkan lagi majlis ini. Malah pemeriksaan kesihatan percuma juga dibuat utk penduduk-penduduk kampung.
~ Dari Petikan Sinar Harian ~
AYER HANGAT - Seramai 600 penduduk dan pemimpin kampung bergabung tenaga bergotong-royong pada Program Kesihatan Di Kalangan Rakyat Malaysia bahagian Parlimen Langkawi, di sini. Ahli Parlimennya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sebanyak 10 kampung menyertai program itu bagi peringkat kedua di Mukim Ayer Hangat.
Menurutnya, gotong-royong selama tiga jam itu menumpukan kawasan pantai, masjid, bahu jalan, padang rakyat dan kawasan perkuburan. “Kami juga mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin dan beberapa agensi kerajaan lain.
“Di samping program ini juga terdapat pemeriksaan kesihatan setempat percuma dan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Tenaga Kerja,” katanya ketika merasmikan program tersebut di padang rakyat Kampung Pasir Hitam.
Dato' Abu Bakar berkata, semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diarahkan membersihkan kawasan kampung masing-masing. Menurutnya, kesedaran kebersihan ini penting bagi menghindari sebarang penyakit berjangkit dan wabak yang mula menular di bahagian utara tanah air. “Langkah kebersihan yang dilakukan di kampung ini lebih tertumpu kepada pembersihan longkang dan tempat pembiakan Aedes,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang rekod demam serius dilaporkan tetapi Parlimen Langkawi sentiasa melakukan langkah pencegahan. “Pulau ini adalah pulau peranginan dan menjadi tumpuan pelancong, malah pada ketika ini jumlah pelancong yang datang meningkat dan peningkatan ini akan berlaku sehingga kehadiran Pertunjukan Udara dan Maritim (LIMA09).
“Oleh itu dari sekarang penduduk di Langkawi mula meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan setempat dan bebas dari sebarang wabak,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar berharap program itu dapat dilakukan di semua mukim di pulau itu sebelum penambahan pelancong yang dijangka 4.4 juta bagi tahun ini.

No comments: