Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, January 22, 2010

Pastikan Langkawi tetap hebat

BENARKAH pulau pelancongan indah, Langkawi, kini kotor? Sekurang- kurangnya itulah pengamatan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen baru-baru ini apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Langkawi kotor.

Saya berpeluang melawat Langkawi ketika cuti sekolah baru-baru ini. Memang benar ada beberapa tempat di pulau tersebut yang agak kotor dan tidak diurus dengan baik. Tetapi untuk mengatakan Langkawi kotor secara keseluruhannya adalah tidak tepat.
Nyata pulau tersebut masih menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara dengan tarikan-tarikan pelancongan tertentu di pulau tersebut menjadi tumpuan ramai. Keindahan Pulau Langkawi tetap terserlah.

Namun satu perkara yang ingin saya sentuh ialah Langkawi kini seolah-olah tidak lagi diberi perhatian sewajarnya dibandingkan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Sejajar dengan itu beliau memberikan perhatian yang teliti dan minat yang mendalam untuk memastikan Langkawi maju sebagai destinasi pelancongan.
Tidak lupa pada masa yang sama, seiring dengan pembangunan Langkawi, Dr. Mahathir juga berusaha memastikan penduduk Langkawi tidak ketinggalan dalam pembangunan. Sebaliknya mereka dibantu untuk bersama-sama maju seiring kemajuan pulau itu.

Saya sendiri mengikuti bagaimana Dr. Mahathir kerap berulang-alik ke Langkawi dalam kesibukan tugasnya, semata-mata untuk memastikan semua projek yang dirancang berjalan lancar dan siap pada waktu yang ditetapkan.

Dengan segala projek pembangunan yang dilaksanakan, serta pemantauan peribadi Dr. Mahathir, ternyata Langkawi menyerlah sebagai pusat pelancongan yang unggul dengan pelbagai kemudahan pelancongan disediakan.

Penduduk tempatan juga menerima tempias daripada pembangunan ini di mana mereka juga berjaya meningkatkan taraf kehidupan ekoran kepesatan sektor pelancongan di pulau itu.
Dr. Mahathir telah membawa Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara (LIMA) ke Langkawi, satu temasya yang meletakkan Malaysia di peta dunia. Beliau juga menggerakkan pembinaan lebih banyak hotel serta pelbagai tarikan pelacongan seperti kereta kabel, marina dan sebagainya.

Namun apabila Dr. Mahathir sudah tidak memimpin negara, para pemimpin kita seolah-olah 'menjauhkan' diri dari Langkawi. Yang pasti sehingga kini Dr. Mahathir masih tetap berkunjung dan mengikuti dengan penuh minat perkembangan di pulau tersebut.
Pada saya, pembangunan Langkawi bukan projek peribadi Dr. Mahathir walaupun ia mungkin salah satu projek kesayangannya. Pembangunan Langkawi adalah projek negara bertujuan meningkatkan sektor pelancongan. Justeru, siapa juga yang memimpin negara wajar memberikan perhatian terhadap Langkawi, malah destinasi pelancongan lain.

Harapan saya agar kedudukan Langkawi sebagai aset pelancongan dipertahankan. Berilah perhatian berterusan. Jangan hanya berkata ia kotor tetapi berusahalah membersihkannya. Kecemerlangan Langkawi yang telah dipelopori Dr. Mahathir usah dibiarkan menjadi malap.

PANDAK MAYAH - Utusan

Anaklangkawi :-
Apa yg dikomen ada lah amat tepat sekali. Dulu.. Waktu Paklah boleh dikira dgn jari berapa kali ja dia mai Langkawi sepanjang 2 penggal. Bukan nak salahkan dia.. Maklumlah sibuk mengurus 'Negara & Keluarga'.

PM yg baru ni jgnla pulak ikut rentak dia.. Langkawi mmg dah terkenal dgn hub pelancongan & pertemuan byk pemimpin luar.. perhatian utk rancakkn lagi langkawi perlu.. Ikutilah contoh Bandar Melaka yg pada saya sekrg lagi hebat dr langkawi dr segi pelancongan..

2 comments:

Unknown said...

Apakah selamanya kita nak bergayut pada TDM?? Beliau telah berjasa dengan meletak asas yg kukuh untuk menjadikan LGK seperti pada hari ini. Tugas dan amanah patut dipikul oleh pegawai kerajaan (negeri dan pusat) untuk meneruskan legasi ini. Ramai KCS di majlis bandaran tidak sungguh2 menumpukan tugas demi pulau ini. Menurut sumber, depa hanya ada dua hari saja di sini, lain di mainland. Ahad program di mainland, isnin tengahari baru ada di pulau, selasa ada, rabu tengahri keluar, Khamis ...program di mainland, Jumaat-Sabtu off, macam tulah rotation depa.. Macam mana nak bagi masa pi tengok sampah???

anaklangkawi said...

Ya betul.. mmgla kita tak patut bergantung pada TDM.. tapi kalo dipikir bila TDM barula KCS & depa2 ni majlis bandaran bagi attention pada langkawi.. maklumlah bos paling besaq selalu turun.. kena tequq kang tak pasai2 kena..

patutnya tak kira la sapa.. langkawi kena bagi tumpuan.. kepada kerajaan kedah.. Langkawi merupakan antara sumber kerajaan negeri yg paling byk kalau dibandingkan dgn daerah lain.. jadi bagila perhatian lebih sikit..

p/s: jgn sampai kita tebang balak pun dikatakn sumber negeri..